|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:52:33 GMT -5
pjj merupakan salah satu cabang bagi guru-guru untuk meningkatkan taraf akademik.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:54:13 GMT -5
merupakan peluang untuk mereka yang berkerjaya melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:55:17 GMT -5
rebutlah peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui perogram pjj.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:56:11 GMT -5
semoga program yang seumpama ini memberi manafaat kepada mereka yang berkerjaya.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:36:55 GMT -5
Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994), terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ : Pertama : Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:38:59 GMT -5
Kedua : Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:45:23 GMT -5
Pada pendapat saya, kesan jangka panjang PJJ kepada sistem pendidikan keseluruhannya ialah : 1. Guru yang ada di sekolah sentiasa berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan taraf hidup. 2. Sistem pendidikan di sekolah lebih bermutu dan berkesan kerana mempunyai tenaga pengajar yang terlatih. 3. Pelajar / murid lebih menghormati dan memandang tinggi kepada guru-guru kerana guru mereka mempunyai kepakaran dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu yang diajar.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:24:04 GMT -5
Pelajar PJJ biasanya terdiri daripada orang dewasa yang telah bekerja tetapi masih mahu menyambung pelajaran tanpa perlu meninggalkan kerjaya. Ini adalah peluang terbaik bagi mereka bagi meningkatkan ilmu pengetahuan yang sentiasa berubah mengikut masa.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:27:50 GMT -5
Ilmu pengetahuan semakin canggih, jadi adalah menjadi keperluan bagi semua untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.. jawapannya PJJ
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:04:01 GMT -5
Ilmu tidak terhenti di bangku sekolah sahaja. Ia perlu diteruskan seiring dengan perkembangan semasa. Adalah rugi bagi seseorang yang tidak menyambung pelajaran untuk tujuan peningkatan ilmu. PJJ adalah salah satu caranya...
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:06:41 GMT -5
Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, ia boleh digunakan untuk berkongsi ilmu dengan orang lain sama ada semasa proses pembelajaran berlaku mahupun selepas tamat pembelajaran. PJJ banyak dapat membantu mencari serta menambah ilmu seseorang tanpa mengira latar belakang.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:10:23 GMT -5
Melalui PJJ seseorang bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan malah dapat meningkatkan tahap pemikiran menjadi lebih matang. Apa yang lebih utama dapat menyahut seruan KPM untuk menaik taraf pendidikan para pendidik.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:13:58 GMT -5
Hanya ilmu pengetahuan saja yang dapat membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Tidak kira apa saja bidang yang diambil sama ada ilmu dunia dan akhirat, adalah penting individu itu mempertingkatkan ilmu pengetahuan. PJJ banyak membantu nutuk mencapainya tanpa alasan.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:08:28 GMT -5
PJJ merupakan kaedah PnP yang membenarkan pelajar belajar berdasarkan pembelajaran kendiri sesuai dengan keperluan dan motivasi tinggi setiap pelajar.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:10:18 GMT -5
Dengan wujudnya pembelajaran PJJ ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
|
|