|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 10:29:48 GMT -5
PJJ perlu diteruskan.. sebaiknya semua guru kini memiliki tahap pendidikan yang tinggi.. sekolah rendah (sarjana muda) sekolah menengah (sarjana)
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 10:34:56 GMT -5
Pjj amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza drp pendidikan formal
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 20, 2011 10:35:44 GMT -5
PJJ adalah peluang bagi calon yang tidak berkesempatan untuk belajar sepenuh masa atas kekangan kerjaya atau keluarga tetapi ia menuntut pengorbanan yang tinggi
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 20, 2011 10:37:00 GMT -5
PJJ memberi ruang kepada semua kakitangan kerajaan dan swasta menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kualiti kerja.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 20, 2011 10:40:31 GMT -5
Guru-guru yang diberi peluang oleh Kerajaan menerusi PJJ harus bersyukur dan berteirma kasih.Ketabahan dan kesabaran akan menanti kejayaan pada masa hadapan.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 10:40:56 GMT -5
Assalamualaikum, sebenarnya PJJ ni dah lama kat negara kita ni, lebih kurang tahun 1970 ke 1980an, kite je yang tak perasan, sbb masa tu tak banyak IPTS, tak macam sekarang, senang sangat nak masuk universiti. Buktinya, ingat tak pembelajaran 'Gaya Pos ADABI'?Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada guru-guru seperti kami meningkatkan taraf akademik kami melalui sistem PJJ ini.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 20, 2011 10:41:08 GMT -5
bagi pelajar PJJ yang sudah berkeluarga perlu bijak membahagikan masa untuk kerja, keluarga dan pelajaran. bagi suami dan ayah mungkin tiada masalah tetapi bagi isteri dan ibu ... alahaiiiiiiii tak terkejar rasanya
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 20, 2011 10:41:36 GMT -5
Kesan PJJ,yang penting ilmu pengetahuan akan bertambah dan dapat meningkatkan kerjaya dengan taraf pendidikan yang diterima walaupun pensyarah jarang jumpa (PJJ).
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 10:43:21 GMT -5
Kemajuan sistem PJJ menjadi amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 10:44:23 GMT -5
PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 10:45:06 GMT -5
PJJ penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 20, 2011 10:46:23 GMT -5
Salam ,saya setuju pendapat rozitahabdullah PJJ diteruskan supaya semua guru dapat meningkatkan pengetahuan dan mendapat Ijazah diSek Rendah dan Master diperingkat Menengah .
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 10:46:45 GMT -5
kebanyakkan institusi PJJ di negara maju menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti radio, televisyen,video,komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran,pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk berkomunikasi seperti telefon,faksimili dan E-mail digunakan secara meluas.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 10:49:02 GMT -5
Pada pandangan peribadi saya, PJJ untuk kesan jangka panjang ia memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia meningkatkan taraf akademik sehingga ke tahap maksimum bagi melahirkan modal insan yang berilmu sepanjang hayat.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 20, 2011 10:50:12 GMT -5
Pengalaman menjadi pelajar PJJ amat meyeronokkan kerana belajar bercampur berbagai peringkat umur dan pengalaman rakan-rakan dalam kuliah menambahkan pengetahuan.
|
|