|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 20, 2011 9:53:11 GMT -5
Kualiti pendidikan terhad juga antara faktor utama jika dibezakan dengan cara pendidkan biasa.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 20, 2011 9:55:32 GMT -5
Penyampaian pensyarah juga terhad dengan pendidikan jarak jauh. Namun pandangan saya tidak semua bidang atau program boleh dijalankan secara PJJ.
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 20, 2011 9:56:11 GMT -5
Menyedari akan kepentingan peningkatan akademik, semakin banyak pusat pengajian tinggi menawarkan program PJJ.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 10:01:24 GMT -5
Profesion perguruan lebih dipandang mulia... kerana guru-guru berpendidikan tinggi..
|
|
|
Post by faizahismailkdc5 on Nov 20, 2011 10:02:07 GMT -5
Apabila kita belajar secara PJJ ada kebaikan dan kekurangannya. Kebaikan -Pembelajaran dapat berlaku sepanjang hayat, peluang meningkatkan status akademik , membuka peluang pekerjaan yang lebih baik Kekurangan- Mungkin ada pihak pengurusan pendidikan yang menjadikannya sebagai urusniaga yang menguntungkan, kurang interaksi secara bersemuka dengan tenaga pengajar,ada kursus yang ditawarkan tidak mendapat pengiktirafan, fokus pembelajaran hanya kepada modul dan mungkin kualiti pembelajaran boleh dipertikaikan
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 10:03:20 GMT -5
Masyarakat tidak lagi memandang rendah kepada guru..
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 10:04:42 GMT -5
Kualiti pengajaran guru semakin baik hasil daripada ilmu yang diperolehi... guru semakin aktif dan maju..
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 20, 2011 10:08:10 GMT -5
Peluang datang sekali dalam hidup kita jangan dipersiakan bak kata orang tuntutlah ilmu hingga ke negeri China tapi kita ni sampai ke alam barzakh nak kena jawab lagi kelak
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 20, 2011 10:11:24 GMT -5
PJJ sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan taraf akademik dan taraf ekonomi itu sendiri......., pembelajaran boleh berlaku hanya dihujung jari, pembelajaran merentasi sempadan , belajar secara kendiri.... sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak merebut peluang seperti ini lebih-lebih lagi seperti program PPG ini.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 10:13:30 GMT -5
Saya memang dari dulu lagi ingin menyambung pelajaran melalui pendidikan jarak jauh. Alhamdulillah, hasrat saya tercapai jua akhirnya.
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 20, 2011 10:14:30 GMT -5
PJJ program yang bermanfaat kepada yang sudah ada kerjaya dan berjaya membahagikan masa untuk menambah ilmu pengetahuan ,wajarlah PJJ diteruskan supaya semua guru menjadi golongan profesional .
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 10:15:50 GMT -5
Dengan adanya pendidikan jarak jauh, individu yang berkerjaya pun akan dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan mereka.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 20, 2011 10:16:52 GMT -5
Pendidikan jarak jauh walaupun memudahkan kita semua tapi ianya perlu dirancang dengan baik supaya fokus utama untuk menyampaikan ilmu dapat diterima dengan baik.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 10:23:43 GMT -5
PJJ membuka peluang yang luas bagi mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Walaupun mereka bekerja dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, mereka masih boleh belajar. sesungguhnya tenaga kerja yang mahir, terlatih dan berilmu akan menguntungkan negara.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 10:25:28 GMT -5
Sistem pendidikan semakin terbuka... contoh PJJ untuk guru.. hampir 100% guru layak mengikuti PJJ walaupun result SPM / STPM kurang memuaskan..
|
|