|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 9:18:12 GMT -5
Selain meningkatkan kualiti hidup, PJJ dianggap satu program yang telah memberi sinar baru kepada kita dan sudah pasti ia akan mampu bertahan lama dan akan menjadi pencetus kepada kemunculan pelajar yang berminda kelas pertama.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:18:50 GMT -5
PJJ juga merujuk kepada:- pengasingan jarak fizikal pengajar dan pelajar ;)memerlukan sistem komunikasi dua hala samada segerak(synchronous) ataupun tidak segerak(asynchronous) :Dpenggunaan pelbagai bahan media teknologi ;Dmengikut kemampuan pelajar sendiri tidak kira masa, tempat dan cara
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Nov 20, 2011 9:18:52 GMT -5
PJJ adalah salah satu usaha yang murni dijalankan untuk membantu para guru dalam meningkatkan ilmu dalam profesion perguruan selaras dengan PIPP yang dicadangkan . Kesan PJJ secara umumnya adalah baik pada masa akan datang kerana para pendidik dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang pastinya dapat disalurkan kepada para pelajar dalam membentuk generasi yang berilmu .....
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 20, 2011 9:19:49 GMT -5
assalam.... dalam kesibukan tugas sebagai pendidik,guru perlu sentiasa menambah ilmu dan kemahiran.PJJ merupakan salah satu wadah untuk meningkatkan prestasi diri.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 9:20:50 GMT -5
PJJ juga akan menjadi satu platform untuk generasi akan datang meneruskan pengajian walaupun mereka bekerja dan sudah pasti PJJ akan menjadi nadi penting kepada semua.
|
|
|
Post by rosmawatikdd1 on Nov 20, 2011 9:26:54 GMT -5
Kesan jangka panjang yg dapat dilihat, tahap profesionalisme individu dapat ditingkatkan.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:27:57 GMT -5
PJJ dapat mengangkat martabat profesion perguruan..
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:29:34 GMT -5
guru gred profesionalisme (bersiswazah) semakin meningkat...masyarakat memandang tinggi bidang perguruan
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 20, 2011 9:29:42 GMT -5
Moga ilmu yang diperolehi dari program PJJ ini dapat diaplikasikan dalam PnP seperti kuiz online. Memang menarik minat murid dan memudahkan guru.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:30:33 GMT -5
Apa yang penting ia dapat meningkatkan pengetahuan guru, menjadikan guru semakin berilmu terutama dalam bidang ICT
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 20, 2011 9:34:38 GMT -5
PJJ adalah satu altenatif pendidikan yang fleksibel, memberi peluang kepada semua belajar mengikut masa tanpa mengganggu tugas harian.
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 20, 2011 9:43:16 GMT -5
Berdasarkan pengalaman sendiri terlibat dengan PJJ, disamping belajar mengikut masa sendiri saya berpeluang meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan perisian online. ;D
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 20, 2011 9:47:13 GMT -5
Saya bersetuju semestinya ada kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan keseluruhannya dengan adanya PJJ.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 20, 2011 9:48:09 GMT -5
Memang bagus peluang melanjutkan pelajaran dalam pjj ini, dapat bertambah ilmu yang berguna di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakan sekuliah
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 20, 2011 9:51:29 GMT -5
Jangkamasa pembelajaran yang terhad secara bersemuka dengan pensyarah atau guru memungkinkan ilmu yang diterima agak terhad dengan pembelajaran PJJ.
|
|