|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:04:10 GMT -5
Pendidikan jarak jauh(PJJ) telah memberi ruang kepada sesiapa yang ingin memajukan diri. Ianya bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu itu malah keluarga, nusa dan bangsa juga memperoleh manfaatnya.
|
|
|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:05:47 GMT -5
menuntut ilmu itu tiada batasannya.. ketinggian nilai diri sesorang itu bukan terletak pada banyaknya harta tetapi berapa tinggi ilmunya.
|
|
|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:07:10 GMT -5
jika kita inginkan dunia, hendaklah berilmu... jika kita mahukan akhirat, hendaklah berilmu ..... jika kita INGINKAN keduanya, hendaklah berilmu...
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 12:08:29 GMT -5
Belajar secara PJJ ni, memaksa saya memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajaran saya. saya perlu membuat perancangan dan persediaan dengan rapi untuk mencari bahan atau maklumat berkaitan dengan pembelajaran atas daya usaha dan inisiatif saya sendiri.
|
|
|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:08:47 GMT -5
Ilmu itu tidak seperti harta, kalau diberi kepada orang ia akan kehabisan, ilmu itu jika diberi kepada orang ia akan bertambah-tambah
|
|
|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:11:11 GMT -5
Kehebatan dan kemajuan sesebuah negara diukur kepada berapa ramai rakyatnya yang berilmu pengetahuan. Jadi, jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada ketinggian ilmu yang dimiliki oleh rakyat .
|
|
|
Post by norlidasallehkdc2 on Nov 20, 2011 12:12:08 GMT -5
Untuk membina negara bangsa yang dipandang mulia oleh dunia, rakyatnya mestilah memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 12:14:18 GMT -5
Setelah saya menerima untuk mengikuti PPG secara PJJ ini, saya mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat terpenting. Saya boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran saya. Saya juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga saya betul-betul faham.....
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 12:34:34 GMT -5
Sebagai seorang pelajar PJJ, saya menggunakan saya menggunakan e-mel sebagai alat yang membantu saya dalam proses komunikasi bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan kekangan jarak dan masa.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 12:44:32 GMT -5
Belajar sambil bekerja memang amat meletihkan... saya dikehendaki menghadiri kuliah dihujung minggu. Namun begitu, bahan-bahan pengajaran disamapaikan melalui laman web yang boleh dicapai oleh saya dimana-mana jua.... ;D
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 12:58:22 GMT -5
Kesan jangka panjang PJJ kepada sistem pendidikan tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia menyumbang kepada menjana masyarakat yang berilmu pengetahuan sepanjang hayat, kemajuan dalam pembangunan modal insan yang berinformasi sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi dan menaiktaraf sistem pendidikan di Malaysia.
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 12:58:53 GMT -5
Sesungguhnua PJJ memberikan kesan yang amat positif kepada sistem pendidikan negara. Melalui PJJ guru dapat meningkatkan taraf akademiknya . Sekaligus meningkatkan profesionalisme seseorang guru. maka terhasillah P & P yang berkualiti, maka jangka panjangnya terhasilah pendidikan yang mantap serta memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 13:01:08 GMT -5
Melalui PJJ dapat melahirkan guru sebagai modal insan yang berkualiti dan profesional. Yang dapat mengangkat mutu pendidikan negara ke mercu global.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 13:06:06 GMT -5
PJJ- Peluang guru untuk menaiktaraf pendidikan mereka semakin luas dan akan lahir guru yang lebih berilmiah dan berwibawa. Semakin tinggi belajar semakin banyak ilmu yang diperolehi.. Sentiasa berdoa untuk kawan2 yang belum terbuka minda untuk sambung belajar..
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 13:07:30 GMT -5
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lang Lahad".
Oleh itu, Walaupun sibuk dengan tugasan, demi anak bangsa dan memperkasakan mutu pendidikan negara, maka para guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, carilah sistem pengajian & pembelajaran yang sesuai dan seiring, seperti PJJ.
|
|