|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 13:08:58 GMT -5
Sebagai seorang guru saya mesti mahir dalam penggunaan ICT. Dengan sistem PJJ yang saya lalui sekarang ini banyak membantu saya merancang pengajaran dan pembelajaran dan mencari maklumat yang jitu. ...
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 13:15:32 GMT -5
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) amat penting dalam bidang pendidikan terutama dalam sistem PJJ.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 13:16:31 GMT -5
Berburu di padang datar, Dapat rusa belang di kaki, Masuk U sebab nak belajar, Untuk pencapaian akademik lebih tinggi.. Juga untuk mendapat kepuasan diri.Seronok juga PJJ ni. Nak lahirkan insan berkualiti, guru kena berkualiti juga. Guru berkualiti aspirasi negara..
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 13:45:47 GMT -5
PJJ satu alternatif utk guru yang berkeluarga. Tidak perlu berjauhan terlalu lama dan yang penting P&P berjalan seperti biasa. PJJ didahulukan, murid diutamakan.. ;D
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 13:50:51 GMT -5
PJJ bantu guru celik ICT. Nak tak nak kena buka juga laptop sebab semua maklumat on line. So, akan lahir guru yang semakin hebat dalam pengunaan ICT.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 20, 2011 16:50:29 GMT -5
Pendidikan adalah salah satu faktor penting dan signifikan bagi seluruh umat manusia tak terkecuali umat Islam. Begitu pentingnya aspek pendidikan dalam kehidupan manusia, Rasul pernah bersabda bahwa belajar adalah kewajiban bagi seorang Muslim baik itu laki-laki atau pun perempuan. Lalu hadis lain menyatakan agar belajar dimulai dari buaian hingga liang lahat. Bahkan Rasul tak segan menyerukan umatnya agar menuntut ilmu sampai ke negeri Cina yang jika ditafsirkan untuk konteks zaman sekarang adalah tuntutlah ilmu sampai ke negeri yang terjauh sekalipun
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 20, 2011 16:56:25 GMT -5
Sistem PJJ ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Namun begitu usaha untuk mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah adalah menjadi matlamat yang pertama.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 20, 2011 17:22:05 GMT -5
PJJ dan ICT "bagai aur dengan tebing". Secara tidak langsung PJJ melahirkan tenaga profesional dan berkelayakan. PJJ juga memberi peluang kedua bagi seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah . ICT bertindak sebagai jambatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan. Syabas!
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 20, 2011 17:29:20 GMT -5
Masalah ingin belajar tetapi tersekat disebabkan masalah.Antaranya: 1. kesibukan berkerja, 2. hari tidak sesuai 3. susah hendak datang terlampau kerap 4. Jauh dari rumah, 5. penat sebab trafik jam 6. anak ramai nak jaga
Jadi kesimpulan kebanyakan mereka perlu sesuatu yang boleh belajar dari jauh dan sekali sekala berjumpa untuk dipraktikkan bersama ahli lain
Jadi bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah ini? Jawapannya : PJJ
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 18:09:30 GMT -5
Melalui PJJ mutu pendidikan negara akan bertambah maju dan setanding dengan negara luar. Sasaran KPM untuk memastikan semua guru memiliki ijazah akan tercapai.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 18:32:26 GMT -5
Pjj pada masa hadapan sudah pasti mampu melahirkan guru yang celik IT disamping meningkatkan mutu pendidikan yang sudah pasti mengalami inovasi yang pesat terutamanya dalam penggunaan ict.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 19:42:47 GMT -5
Pjj memberi manfaat kpd pelajar dan pensyarah, bagi pensyarah ia akan memudahkan pensyarah untuk upload nota, jimatkan kos kerana pensyarak tidak perlu print out nota untuk pelajar.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 19:46:52 GMT -5
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah suatu alternatif kepada mereka yang bekerja ingin menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi.. Yes!.. Antara kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan keseluruhannya selain memberi peluang kpd guru-guru meningkatkan taraf akademik. 1. Pelajar-pelajar secara jarak jauh @ pada masa yang sama adalah guru semakin bijak memahami penggunaan ICT. Ini disebabkan tren yang memuncak dalam sistem pendidikan kesan daripada penjanaan ilmu yang efisen dan efektif melalui pengaplikasian ICT dlm pembelajran.
|
|
|
Post by sharipahnorakdc5 on Nov 20, 2011 19:52:36 GMT -5
Pjj sememngnya alternatif kepada guru2 untuk menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.. kekangan masa adalah pendorong utama guru memilih pjj sebagai wahana meningkatkan taraf pendidikan.. ia juga sumber pendapatan bg intitusi pengajian..
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 20, 2011 21:46:13 GMT -5
PJJ akan dapat memenuhi hasrat Kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 dalam bidang pendidikan dengan menghasilkan keperluan sumber tenaga manusia terutamanya kepakaran dalam bidang jurutera dan juru teknik dalam menghadapi cabaran yang besar terutamanya kepada Pendidikan Teknik & Vokasional.
|
|