|
Post by mohdhuzaifahkdc4 on Nov 20, 2011 21:46:42 GMT -5
kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan ini adalah lebih terbuka dan efisian sesuai dengan perubahan globalisasi.
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 20, 2011 21:51:45 GMT -5
PJJ adalah satu penyelesaian bagi sesiapa sahaja yang ingin bersaing di dalam era globalisasi terutamanya dalam bidang pendidikan yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
|
|
|
Post by norshamnasirkdd1 on Nov 20, 2011 22:01:43 GMT -5
PJJ merupakan satu lagi cara untukbelajar.ianya memberi peluang kepada semua warga untuk menambah ilmu pengetahuan.amat bersesuaian lah dengan agenda kerajaan yang mahu menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada warga Malaysia...
|
|
|
Post by bushraramlikdc5 on Nov 20, 2011 22:49:19 GMT -5
PJJ adalah salah satu program untuk guru-guru meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membiayai program ppg ini. Kesan jangka panjang: 1. Ramai guru yang berilmu pengetahuan 2. Melahirkan ramai guru yang mahir dalam bidang yang lebih khusus 3. Selaras dengan pendidikan sepanjang hayat 4. Akan melahirkan ramai golongan cendiakawan di kalangan masyarakat
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 20, 2011 23:25:04 GMT -5
sgt bersetuju jika program pjj dapat diteruskan. Jika nak tgu sepenuh masa ruang adalah terhad dan perlu bersaing dengan pemohon2 yg lain. Mode pjj paling sesuai utk golongan yg sedang bekerja. Tidak perlu mengorbankan senioriti apabila kita perlu cuti separuh atau tanpa gaji. Dr perspektif majikan, tidak ada masalah 'short of mainpower' kerana staf masih bekerja macam biasa. Untuk jgka pjg : lebih ramai dapat digraduasikan dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat. Sektor pendidikan misalnya memiliki tenaga-tenaga pengajar yang berilmu bertepatan dgn hasrat murni kerajaan yang mahukan seluruh warga pendidik meningkatkan taraf pendidikan di semua peringkat.
|
|
|
Post by bushraramlikdc5 on Nov 21, 2011 0:05:22 GMT -5
pjj merupakan satu lagi kemudahan yang diberikan bagi meningkatkan pengetahuan serta menambah pengingkatan ahli ilmu dikalangan warga pendidik
|
|
|
Post by bushraramlikdc5 on Nov 21, 2011 0:22:16 GMT -5
terdapat kesan buruk iaiatu 1. terlalu banyak institusi yang membuat pjj maka jika tidak ditapis maka kurang efektif kepada penggunanya. 2. kos yang diambil terlalu mahal maka susah untuk pengguna yang berpendapatan yang rendah untuk menyambung pelajaran mereka. 3. jangka masa yang telalu lama akan menambahkan kos kepada pengguna untuk membiayai kos pembalajaran 4. jarak pelajar yang jauh dan penggunaan server yang rendah akan menyukarkan pembelajaran pjj.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 21, 2011 1:06:48 GMT -5
Dengan adanya PJJ, sistem pendidikan akan lebih mantap dengan menuju matlamat semua guru mencapai tahap ijazah seperti yang diinginkan. Dengan mencapai tahap akademik yang lebih tinggi ditambah dengan pengalaman mengajar yang meluas, nescaya guru dapat melahirkan insan-insan mampu membanggakan negara..
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 21, 2011 1:18:14 GMT -5
PJJ hanya memerlukan sedikit pengorbanan dan hasilnya,insyaallah pasti' lumayan' .
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 21, 2011 1:20:37 GMT -5
pendidikan jarak jauh adalah salah satu cara untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya golongan yang telah bekerja bagi meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada...
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 1:26:17 GMT -5
:)PJJ merupakan dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secarabersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi secara dalam talian segerak (synchronous)atau tidak segerak (asynchronous)dalam pendekatan pembelajaran campuran ini.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 1:31:25 GMT -5
:)PJJ melalui pendekan ini juga,pelajarmempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pengajar.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 1:36:04 GMT -5
:)PJJ pada masa yang sama,murid dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 21, 2011 2:40:36 GMT -5
pjj banyak faedah dan kebaikannya,dimana dapat meningkatkan taraf pendidikan guru2 dan ekonominya.
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 21, 2011 3:03:26 GMT -5
saya setuju dengan program PJJ. dapat atasi masalah bagi yang sudah bekerja tetapi nak sambung belajar...
|
|