|
Post by roslizamohamadkdc1 on Oct 31, 2011 8:01:26 GMT -5
Salam 1Malaysia...Bagi pendapat saya, penggunaan ICT di sekolah pada zaman sekarang amat penting demi kejayaan dan kemajuan anak bangsa kita. Walaubagaimanapun, setiap sekolah mestilah mempunyai segala peralatan dan kemudahan yang berkaitan dengan ICT terlebih dahulu demi untuk mencapai keberkesanannya. Selain itu, guru-guru juga perlu ada kemahiran ICT, barulah dapat menyampaikan PnP dengan dengan menarik, mudah dan berkesan...Insya Allah
|
|
|
Post by norainkdc2 on Oct 31, 2011 10:59:49 GMT -5
Bagaimana hendak menjadikan ICT berkesan disekolah? Hmmm...banyak caranya. Satu, ialah dengan membudayakan penggunaan ICt disekolah. BUkan senang hendak membudayakan penggunaan ICT ini kerana ramai guru telah terbiasa dengan cara lama dengan mengisi markah secara manual. Ada benarnya bila guru-guru ini mengatakan keselesaan mereka sedemikian kerana sistem-sistem baru yang dicipta kadangkala agak sukar untuk digunakan dan renyah untuk diakses sepertimana sistem SAP yang memerlukan guru mengisikan markah secara online. Namun pembudayaan ini adalah perlu supaya kita dapat bersaing dengan dunia luar yang lebih ke hadapan. Hal ini sebenarnya telah digerakkan oleh KPM dengan memberi rating bintang (1-5 bintang)penggunaan ICT disekolah2 dengan pengisian SSQS dengan menjurus kepada pembestarian sekolah. Cuma masalahnya sekarang, adakah kita bersedia untuk menggalas cabaran dalam membudayakan penggunaan ICT disekolah kita? Hmmm....
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 31, 2011 13:13:57 GMT -5
Menjadikan ICT berkesan di sekolah, semua pihak perlu bertanggung jawab bagi mewujudkan iklim ICT. Peralatan yang dibekalkan jika tidak digunakan akan merugikan. Penggunaanya biarlah kearah kebaikan dan dikongsi bersama anak didik disekolah melalui PnP.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 18:16:40 GMT -5
semua warga sekolah perlu mengambil berat dalam hal ini. Bermula dari Pentadbir hingga ke peringkat murid..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 20:34:00 GMT -5
untuk menjadikan ICT berkesan di sekolah, Sekolah mestilah mempunyai Wi Fi. Setiap warga sekolah mempunyai akaun emel kerana ia boleh membantu pengedaran bahan dalam talian dan komunikasi dua hala diantara murid atau guru. Kedua, laman portal untuk membantu murid belajar secara e - learning. ;D
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 1, 2011 0:09:48 GMT -5
Betul tu nisa...kemudahan yang kita ada sekarang....semuanya berada di hujung jari....pempelajaran akan menjadi semakin menarik jika murid2 dpt mengambil bahagian di dlm p&p yang dijalankan oleh guru...kerja semakin mudah dan lebih berkesan.
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 1:18:13 GMT -5
saya setuju... pihak pentadbir perlu peka dengan keperluan ICT dengan memastikan peralatan dalam keadaan baik dan semua guru diberi latihan utk menguasai kemahiran penggunaannya.. Saya harap semua guru diberi peluang dan bukannya berdasarkan mata pelajaran tertentu sahaja....
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 1:21:40 GMT -5
satu lagi... sistem komputer di sekolah juga patut di upgrade dari semasa ke semasa sesuai dengan teknologi terkini.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 1, 2011 1:44:15 GMT -5
macam mana nak gunakan ICT di sekolah bila makmal selalu dikunci. Alasan takut budak-budak jahanamkan...
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 2:12:06 GMT -5
Saya setuju dgn syarinakdd1, guru mesti sentiasa di hadapan dan kursus juga amat perlu... Kita perlu mengorak langkah... bagi yang mengajar di bandar kebanyakan murid sudah advance tetapi kita perlu menerapkan nilai agar anak2 murid menggunakan teknologi utk tujuan yg bermanfaat....
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 2:15:30 GMT -5
kasihannya sitifatimahkdc4.... GB patut sedar komputer yang tak digunakanpun mudah rosak... Lagipun bkn keluar duit poket dia nk ganti balik....
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 2:21:49 GMT -5
Membudayakan ict sebenarnya boleh tetapi ramai di antara kita menggunakannya atas keperluan peribadi berbanding menjadikannya keperluan p&p... mcm tu lah yg berlaku di sekolah saya... yg celik IT ramai tp utk kepentingan diri je...
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 1, 2011 2:24:01 GMT -5
Betul tu norzilashamsudinkdc3...kesian ngan kak siti fatimah....sampai macam tu sekali kan sek akk....
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 1, 2011 8:02:56 GMT -5
bukan dekat sek akk je, rata2 masalah sama. laptop kpm yang berfasa2 tu digunakan oleh guru2 secara peribadi. tak pernah nampak mereka gunakan dalam p&p. Kalau berkursus nak pjm laptom mereka punyalah susah, pulak tu siap ada password. Alasan laptop tu tgjwb mereka. Hairannya bila dah rosak pulangkan ke pejabat tak pulak dibaiki. Siap mintak laptop lain lagi. bilalah nak berubah wahai guru2.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 1, 2011 8:31:52 GMT -5
emmmm x elok tu... ...guru sudah menyalahgunakan laptop yg diberi oleh kerajaan....tp,alhamdullillah...sek sy masih menggunakannya dgn cr yg betol....cuma kdg2 rs sedih juga la coz susah betol nk dpt tmpt dlm makmal komputer bila kita hendk menggunakan ICT dlm p&p....
|
|