|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:09:33 GMT -5
teknologi instruksional merupakan teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:10:35 GMT -5
Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:13:57 GMT -5
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang penggunaan perisian instruksionalsecara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:15:55 GMT -5
. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksional (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996).
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:16:33 GMT -5
ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 2:46:28 GMT -5
Perisian instruksional atau koswer ( courseware ) mula digunakan sbg BBM sejak tahun 60an dan 70an lagi.
|
|
|
Post by noorasiahkdc4 on Nov 22, 2011 2:51:07 GMT -5
apa yang penting pengajaran dengan menggunakan perisian instruksional menjimatkan masa murid dan guru.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 2:56:09 GMT -5
Sejak diperkenalkan, perisian instruksional telah melalui banyak evolusi dari segi persembahan untuk membantu guru merancang strategi P&P dengan lebih baik. Contohnya strategi latih tubi, tutorial, simulasi dan penyelesaian masalah.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:15:37 GMT -5
Dengan perkembangan teknologi rangkaian dan internet, strategi2 dalam P&P, sumber dan aktiviti dapat digabungjalinkan secara rangkaian atau atas talian yang dikenali sebagai Sistem Pembelajaran Bersepadu
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:26:24 GMT -5
Sehingga tahun 60an, TV Pendidikan merupakan satu2nya media instruktional yang dominan sehinggalah penemuan teknologi komputer. Sebelumnya penggunaan projektor filem digunakan sejak tahun 1905.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:33:17 GMT -5
Penggunakan komputer mula diperkenalkan seawal tahun 1960an apabila Patrick Suppes dan rakannya dari Universiti Stanford melaksanakan projek pembangunan koswer2 bagi tujuan pendidikan.
|
|
|
Post by harneedahasankdc1 on Nov 22, 2011 3:34:01 GMT -5
Jika dibandingkan dengan dengan media instruktional lain, komputer merupakan alat kognitif yang paling efisyen kerana kelebihannya dari sudut interaktif serta kawalan pengguna.Interaktif serta kawalan pengguna ini membolehkan murid mengawal,memanipulasikan dan menjelajah maklumat di dalam perisian instruksional dan aspek ini memberi kesan yang sangat positif terhadap murid.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:39:16 GMT -5
Pada awal 1960an juga, Universiti Illinios telah memperkenalkan projek PLATO ( Programmed Logic for Automatic Teaching Operation ) di mana melalui projek ini beratus2 perisian bagi pelbagai topik telah dibangunkan.
|
|
|
Post by harneedahasankdc1 on Nov 22, 2011 3:39:17 GMT -5
Pada peringkat awal, penggunaan perisian instruksional bagi tujuan pendidikan adalah terhad kerana menggunakan komputer kerangka utama dan komputer mini yang harganya mahal serta pengendaliannya yang ketika itu adalah rumit.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:47:07 GMT -5
Berbanding dengan media instruksional lain, komputer merupakan alat kognitif yang paling efisien dan efektif kerana kelebihannya dari sudut interaktiviti, kawalan pengguna serta lebih mudah digunakan.
|
|