|
Post by wrosmawatikdc4 on Nov 12, 2011 9:08:55 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional lebih menarik minat murid beerbanding dengan pengajaran berbentuk tradisional yang hanya menggunakan lisan dan tulisan.Lagipun ia boleh menjimatkan masa. Lagipun ia memang sesuai digunakan di era sekarang ini iaitu zaman siber dan teknologi.
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 12, 2011 9:19:06 GMT -5
Memang menarik jika kita sebagai guru mahir menggunakan perisian instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih menunjukan minat untuk belajar.
|
|
|
Post by SUHAILASABANKDC5 on Nov 12, 2011 10:02:36 GMT -5
penggunaan perisian instruksional adalah menarik.......selalunya kita akan gunakan bahan-bahan potostat, kertas majong dan sebagainya. dengan adanya perisian ini, maka situasi didalam kelas adalah berbeza, lebih seronok, lebih memudahkan guru mengajar dan menilai srta memudahkan murid memahami, mengikuti serta melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung. dengan ini pengajaran akan berlaku dengan seronok dalam situasi yang santai.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 12, 2011 12:43:54 GMT -5
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, guru yang mahir menggunakan perisian instruksional akan dapat menjimatkan masa murid dengan pelbagai kaedah pengajran yang digunakan.
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 12, 2011 13:17:07 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional dari segi pengajaran memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Perisian instruksionalyang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar.
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 12, 2011 13:20:30 GMT -5
Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 13, 2011 2:19:28 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional (pengajaran) menjadikan guru-guru lebih kreatif dalam mencari maklumat utk mengajar dan tidak bergantung kepada buku teks dan buku latihan yg dibekalkan oleh pihak sekolah. Ianya juga dpt menjimatkan masa belajar murid2 kerana proses pembelajaran boleh berlaku 24 jam tanpa ada batasan waktu dan ruang.Murid2 akn bebas utk belajar, tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata dan tidak hanya terhad di dalam bilik darjah so sudah semestinya ia sesuatu yg sgt baik utk perkembangan pelajaran ank2 di samping menjimatkan masa dan tenaga.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 13, 2011 2:39:31 GMT -5
Saya sangat setuju dengan topik ini kalau hendak gunakan perisian instruksional kenalah mahirkan diri seperti yang kita dapat ilmu di kolej atau ipta,tetapi dalam pendidikan islam bahan-bahan ini masih kurang lagi so macam mana nak dapatkan bahan2 ini
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 13, 2011 3:50:12 GMT -5
Sejarah penggunaan perisian instruksional sudah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi jadi generasi masa kini perlu bersyukur dan mengaplikasikan segala perisian ini agar terus menjadi satu sumber p&p berkesan dan membangunkan modal insan baik kepada guru atau murid
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 13, 2011 4:09:37 GMT -5
pada masa kini banyak buku-buku dijual beserta dengan cd pembelajaran. ia dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek dengan lebih berkesan
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 13, 2011 4:24:40 GMT -5
teknologi amat diperlukan pada masa kini. Pengintegrasian teknologi instruksi ke dalam teknologi amat diperlukan di sekolah, dan membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 13, 2011 4:31:17 GMT -5
nina kdd2..
terhibur tengok kartun tu. macam mana cikgu nak jawab ye. guru perlu sediakan jawapan yang boleh diterima oleh murid.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 13, 2011 8:21:56 GMT -5
Kalau ada banyak lagi perisian yang menarik, ianya perluklah diwarkan atau disediakan satu brosur oleh pihak yang berkenaan.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 13, 2011 9:44:14 GMT -5
penggunaan perisian instruksional membantu guru memudahkan p&p dan sebagai pemudah cara bagi murid mendapatkan ilmu dan sangat relevan digunakan di sekolah yang telah lengkap dengan kemudahan IT.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 13, 2011 23:21:43 GMT -5
Instruksional juga menjadikan guru seorang yang kreatif, inovatif dan proses p&p sangat bermakna. Saya pernah menggunakannya selama sepenggal(masa sedang rajin tu). Saya dapati peratusan peningkatan prestasi murid meningkat. Cubalah kawan2...
|
|