|
Post by norliawanikdd1 on Nov 22, 2011 3:51:11 GMT -5
Interaksi serta kawalan pengguna memudahkan murid mengawal, memanipulasi dan meneroka maklumat yang boleh di cari melalui perisian ini. Ia memberi kesan yang positif pada pembelajaran murid.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 22, 2011 4:22:00 GMT -5
SUMBANGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Instructional technology contribution to the instructional process: • The content of a topic can be more carefully selected and organized. • The delivery of instruction can be more standardized. • The instruction can be more interesting. • Learning becomes more interactive through applying accepted learning theory. • The length of time required for instruction can be reduced. • The quality of learning can be improved. • The instruction can be provided when and where desired or necessary. • The learning needs of individuals can be effectively and efficiently met. • The positive attitude of individuals toward what they are learning and to the learning process itself can be enhanced. • The role of the instructor can be appreciably changed in positive directions. Kemp, J.E. & Smellie, D.C. (1994). Planning, Producing and Using Instructional Technologies. (7th. Ed). Harper Collins. p. 3
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 4:58:08 GMT -5
Bagaimanakah penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid? Pada masa akan datang teknologi instruksional akan mendominasi bukan sahaja bidang pendidikan, malahan akan turut mempengaruhi sektor perdagangan dan industri. Perubahan dunia yang mahukan segalanya cepat dan mudah sangat memerlukan penggunaan teknologi instruksional yang efisien.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 5:00:04 GMT -5
Teknologi instruksional pada masa depan juga akan menjadi lebih saintifik. Menurut Merrill dan Wilson (2007, p. 338) Teknologi instruksional akan menjadi lebih saintifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat ini dapat dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja perlu menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi instruksional, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya dapat dibuktikan keberkesanannya...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 5:23:58 GMT -5
Telah dibuktikan bahawa penggunaan teknologi instruksional di dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding menggunakan kaedah tradisional. Cabaranya pula ialah apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan teknologi instruksional? ..
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 22, 2011 6:16:40 GMT -5
pada pemahaman saya,perisian ini dapat menjimatkan masa murid kerana perkembangan teknologi terkini sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran,ini memberi kesan yang sangat positif terhadap murid.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 22, 2011 6:24:33 GMT -5
Anjakan kearah pengunaan perisian instruksional adalah sangat penting di mana murid sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 22, 2011 6:30:14 GMT -5
Pengajaran tidak hanya terbatas kepada proses penyampai maklumat tetapi murid perlu diajar kemahiran untuk memperoleh maklumat.Perisian instruksional dengan pelbagai kelebihannya mampu memainkan peranan bagi mencapai objektif ini.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 6:43:38 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional menjadikan p&p lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. Pembelajaran yg berkesan terhasil daripada apa yang murid lihat berbanding apa yg di dengar. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya penggunaan perisian instruksional dalam dunia pendidikan. Penggunaan perisian instruksional ini adalah untuk memperbaiki tahap penguasaan pelajar serta mendorong minat para pelajar mempelajarinya menerusi bahan interaktif. Secara tidak langsung, penggunaan perisian ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat membantu pelajar dalam membina minda yang cergas.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 6:45:50 GMT -5
Perisian instruktional mampu menjadi medium komunikasi yang effaktif dan dan positif kerana teks, audio, video dan animasi pelbagai corak dan warna mampu dipaparkan dalam sebuah skrin pada masa yang sama
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 6:48:01 GMT -5
Ia juga mampu menarik perhatian serta mudah difahami berbanting dengan bahan-bahan statik dan bisu
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 6:51:40 GMT -5
Ia juga mampu menyokong pembelajaran bersifat penyelesaian masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian berasaskan keupayaan dan meningkatkan kreativiti pelajar
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 6:55:35 GMT -5
Perisian instruktional juga mampu meningkatkan motivasi, mengurangkan berlakunya salah konsep dalam p&p serta meningkatkan berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 7:20:30 GMT -5
Penggunaan perisian instruktional mampu 1. Peningkatkan minat pengguna - ia boleh menjadikan satu proses pencarian maklumat sesuatu yang seronok dan menghiburkan
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 7:23:29 GMT -5
Penggunaan perisian instruktional mampu : 2. Mengurangkan masa atau tempoh penguasaan sesuatu aplikasi - Ia membolehkan suatu aplikasi digunakan dengan mudah dan berkesan
|
|