|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:19:19 GMT -5
Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:21:14 GMT -5
jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:21:44 GMT -5
jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:22:13 GMT -5
Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:22:40 GMT -5
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:23:10 GMT -5
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:23:42 GMT -5
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:24:12 GMT -5
Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:24:45 GMT -5
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:25:22 GMT -5
guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:25:44 GMT -5
Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:26:19 GMT -5
Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justru guru terus memulakan pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:27:15 GMT -5
Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:28:08 GMT -5
keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka instruksional berbincang cara merancang penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:28:44 GMT -5
instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar
|
|