|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:09:23 GMT -5
Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka bentuk dan pengembangan atau pembinaan instruksi
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:09:47 GMT -5
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah:
Reka bentuk Pengembangan/Pembinaan Penggunaan Pengurusan Penilaian
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:11:16 GMT -5
Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional
Domain Penggunaan
Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana pembelajaran
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:11:45 GMT -5
Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain penggunaan terdapat empat kategori:
1. Penggunaan media dan kaedah 2. Penyerapan atau difusi inovasi 3. Pelaksanaan dan 4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:12:23 GMT -5
Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional (Yusup, 1993).
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:12:55 GMT -5
Pada tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:13:34 GMT -5
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan menengah ini antara lain menggalakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:14:13 GMT -5
Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:14:47 GMT -5
Beberapa buah buku teknologi instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:15:24 GMT -5
Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:15:56 GMT -5
Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:16:33 GMT -5
Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:17:14 GMT -5
Pelaksanaan pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah. Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam talian yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:17:51 GMT -5
Penyeliaan dan pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada akhirnya menjadi budaya dan amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Dec 20, 2011 7:18:41 GMT -5
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
|
|