|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:25:23 GMT -5
Perancangan peringkat sekolah juga dapat dilaksanakan berdasarkan pengalaman2 sekolah-sekolah lain yang telah berjaya mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dan menyediakan garis panduan yang boleh dicontohi.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:27:57 GMT -5
Peringkat daerah bertanggungjawab menyebarkan sebarang maklumat berkaitan dari pihak kementerian agar perancangan dan perlaksanaan pengintegrasian teknologi di sekolah mencapai matlamat yang di tetapkan.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:31:54 GMT -5
Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi melibatkan semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas p&p. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan murid dan menjadikan proses p&p kurang berkesan.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:35:41 GMT -5
Tahu menggunakan komputer sahaja belum cukup membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam p&p. Yang penting pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:39:55 GMT -5
Perancangan teknologi yang tidak bersepadu dengan Rancangan Pembangunan Sekolah tidak akan bertahan lama. Perancangan teknologi mestilah menyokong matlamat-matlamat kurikulum sekolah yang terbabit.
|
|
|
Post by syedahmadjufrikdc4 on Nov 24, 2011 22:07:03 GMT -5
sebelum melaksanakan sesuatu mestilah ada perancangannya, begitu juga dengn P&P. Guru perlu merancang sumber teknologi pengajaran yang akan digunakan seperti :isi pelajaran, objektif pengajaran,teknik atau kaedah yang akan digunakan serta bahan bantu mengajar yang berkesan. Kita perlu merancang kerana P&P akan lebih tersusun dan menarik minat murid dan yang pentingnya objektif tercapai. Sebagai guru kita perlu bersedia untuk menghadapi rintangan dan kekangan di dalam proses P&P dengan menggunakan kaedah dan alternatif yang sesuai.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 1:41:00 GMT -5
PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI sekiranya gagal akan mengakibatkan .... 1. keadaan kelas yg tidak terkawal
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 1:49:17 GMT -5
keadaan kelas yg tak terkawal pula akanmenimbulkan masalah terutama kelas, guru dan sekolah.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 1:51:45 GMT -5
murid2 akan membuat bising, bermain2 sementara guru membetulkan penggunaan sumber teknologi, dan mungkin terbit pula masalah baru sepertipergaduhan dlm kelas.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 1:53:36 GMT -5
keadaan ini akan merumitkan lagi suasaana pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru2 perlu sentiasa bersedia dgn segala kemungkinan yg bakal mendatang.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 2:00:58 GMT -5
Bila perancangan sumber serba tak menjadi, sebagai guru kita boleh mengambil langkah berikut:- a. bawa murid keluar kelas ambil angin sambil mengaitkan persekitaran sekolah dgn P^P. Ini akan menutup kelemahan P&P kita tadi. Harap2 masa tu murid tak perasan perancangan sumber teknologi P&P kita sebenarnya tergendala....
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 2:05:16 GMT -5
Bila perancangan sumber serba tak menjadi, sebagai guru kita boleh mengambil langkah berikut:-
b. menukar strategi P&P kepada bentuk kuiz spontan. Biasanya budak2 suka sangat kuiz...nak-nak lagi kalau kuiz tu kita bagi kepada kumpulan2. Mereka bersaing untuk MENANG...budak2 tetap budak2. Bagi la hadiah sikit supaya mereka gembira dan rasa dihargai. ;D
|
|
|
Post by hirmeykdc3 on Nov 25, 2011 2:07:22 GMT -5
perancangan yang baik dan teliti serta pengurusan teknik yang tersusun akan menghasilkan proses pengajaran dan cpembelajaran yang lancar dan berkesan. perancangan yang tidak mantap akan menyebabkan keseluruhan proses p&p menjadi hambar dan tidak dapat menarik minat murid. Oleh itu beberapa perancangan perlu disediakan sekiranya perancangan asal menghadapi masalah, maka perancangan yang seterusnya akan digunakan sehingga proses p&p dilaksanakan dengan jayanya.
|
|
|
Post by hirmeykdc3 on Nov 25, 2011 2:07:37 GMT -5
perancangan yang baik dan teliti serta pengurusan teknik yang tersusun akan menghasilkan proses pengajaran dan cpembelajaran yang lancar dan berkesan. perancangan yang tidak mantap akan menyebabkan keseluruhan proses p&p menjadi hambar dan tidak dapat menarik minat murid. Oleh itu beberapa perancangan perlu disediakan sekiranya perancangan asal menghadapi masalah, maka perancangan yang seterusnya akan digunakan sehingga proses p&p dilaksanakan dengan jayanya.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 25, 2011 2:09:00 GMT -5
Bila perancangan sumber serba tak menjadi, sebagai guru kita boleh mengambil langkah berikut:- c. mungkin juga kita bawa murid ke "alam fantasi". Dah nak tunjuk gambar/ animasi tak dapat dek kerana gangguan yg tak dijangka, kita psiko je la budak2 dgn watak animasi kegemaran mereka. Mungkin dgn cara tu, kelas sedikit bising...tapi kelas yg bising tapi 'bermakna' lebih baik dari kelas yg diam tapi tak dapat apa2...
|
|