|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 24, 2011 10:28:45 GMT -5
Sumber teknologi mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 10:29:25 GMT -5
Perancangan tersebut juga haruslah ada plan A, kalau xjadi guna plan B, kalau Xjadi gak guna plan C...kalau xjadi gak..femili plan je la.... ;D
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 24, 2011 10:31:49 GMT -5
Merancang sumber teknologi sangat penting bagi menghasilkan P&P yang baik. Mcm lesson plan.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 24, 2011 10:33:24 GMT -5
Perancangan mesti secara teratur dan sistematik. kalau tidak jadi perlu plan back up seperti berkolaborasi dengan rakan sebelah.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 24, 2011 10:33:36 GMT -5
Kita perlu merancang apakah bahan yg akan digunakan, bagaimanakah lesson tersebut akan disampaikan dan guru juga harus mengambilkira sekiranya berlaku kekangan. Mesti ada back up plan.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 24, 2011 10:37:07 GMT -5
perancangan mestilah melalui pelbagai pendekatan dan strategi. Usah gelabah jika perancangan tidak menjadi.
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 24, 2011 10:47:22 GMT -5
Perancangan sumber teknologi amat penting dalam proses P&P kerana dengan penggunaan teknologi yang terancang boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos..
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 24, 2011 10:49:25 GMT -5
Penggunaan sumber teknlogi mesti dirancang penggunaannya dalam tiga peringkat : -sebelum kegunaan: merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. -semasa kegunaan : merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. -selepas kegunaan: merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 24, 2011 10:51:50 GMT -5
Betul tu ainon dengan nya kita dapat memaksimumkan penggunaan ICT. Perancangan yang hebat akan menjadikan pembelajaran itu bermakna.
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Nov 24, 2011 15:10:39 GMT -5
Saya juga setuju dengan pendapat ainon. Perancangan yang baik akan menjanjikan hasil yang baik dan menarik.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:08:51 GMT -5
Perancangan penggunaan teknologi dalam bilik darjah meliputi perancangan mengenai apa yang akan di ajar, bagaimana ia akan di ajar, teknologi yang terlibat serta bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses P&P.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:13:14 GMT -5
Untuk menggunakan teknologi dalam P&P mestilah melibatkan proses perancangan yang teliti yang mana melibatkan 2 peringkat iaitu 1. peringkat sekolah dan daerah 2. peringkat guru
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:13:31 GMT -5
Untuk menggunakan teknologi dalam P&P mestilah melibatkan proses perancangan yang teliti yang mana melibatkan 2 peringkat iaitu 1. peringkat sekolah dan daerah 2. peringkat guru
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:16:59 GMT -5
Perancangan sumber teknologi dapat memastikan pengintegrasian teknologi di sekolah berkesan dan dapat membantu murid untuk bersedia menghadapi dunia luar yang semakin mencabar serta melahirkan murid berdaya saing.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 24, 2011 16:21:32 GMT -5
Perancang teknologi akan lebih efektif jika melibatkan perkongsian visi dari kalangan pendidik, ibu bapa, ahli komuniti, dan ahli perniagaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi.
|
|