|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 24, 2011 6:16:04 GMT -5
Kadang kala perancangan yang dibuat tidak menjadi,mungkin kita akan belajar dari kesalahan dan cuba membaikinya pada masa hadapan.NEVER SAY NEVER!
|
|
|
Post by faizahismailkdc5 on Nov 24, 2011 7:11:49 GMT -5
Dalam menangani masalah yang timbul dalam penggunaan teknologi, pada saya sebagai seorang guru kita hendaklah lebih kreatif sebelum,semasa dan sesudah p&p atau lebih mudah ada plan A atau plan B dan juga mungkin perlu wujud plan C. Jadi kita dapat memilih yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi kerana yang dinamakan masalah tetap akan datang walaupun adakalanya tanpa dijemput.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 24, 2011 8:00:21 GMT -5
Merancang sumber teknologi..perancangan melibatkan dua peringkat iaitu peringkat sekolah dan kedua peringkat guru.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 24, 2011 8:01:03 GMT -5
tujuannya supaya ianya memberi kesan yang positif dan dapat membantu murid untuk lebih bersedia menghadapi dunia luar yang semakin mencabar serta melahirkan murid yang berdaya saing.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 24, 2011 8:05:09 GMT -5
banyak cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi tetapi kita perlu terus berusaha agar apa yang dirancangkan itu menjadi nyata.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 24, 2011 8:09:22 GMT -5
pnp yang berteraskan teknologi memang perlu dirancang. Walau bagaimanapun, perancangan perlulah ada alternatif kerana sekiranya berlaku gangguan bekalan, pnp masih boleh diteruskan. Begitu juga jika ada gangguan terhadap bahan yang telah disediakan kerana bahan2 teknologi ni adakalanya turut menghadapi masalah terutama jika alatan tidak diselenggara mengikut ketetapan. Sediakan payung sebelum hujan. Kita boleh juga menggunakan tv pendidikan atau cd utk audio. yang paling mudah bahan cetakan.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 24, 2011 8:56:41 GMT -5
Dalam melaksanakan sesuatu kerja perlukan perancangan yang baik barulah boleh gunakan apa-apa sahaja sumber dengan betul
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 24, 2011 8:57:05 GMT -5
Perancangan sumber teknologi.... guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan ianya berjaya. Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi melibatkan semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum, semasa dan penilaian selepas P&P.....Kegagalan dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan murid dan P&P kurang berkesan...
|
|
|
Post by suzanaibrahimkdc5 on Nov 24, 2011 9:10:27 GMT -5
Perancangan bermaksud sebelum memulakan pengajaran.Sumber teknologi bermaksud bahan-bahan yang menggunakan teknologi seperti komputer atau perisian2 yang dalam komputer. Jadi, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka kita sebagai guru perlu bijak mengambil tindakan dengan menukar teknik pengajaran kita supaya p n p kita berjalan lancar.
|
|
|
Post by norasikinismakdc1 on Nov 24, 2011 9:17:18 GMT -5
saya amat bersetuju dengan rakan-rakan semua....so selamat membuat perancangan ya...sebelum memasuki kelas pastikan kita semua sudah membuat perancangan :-*hehehehe
|
|
|
Post by shahrulbariahkdc6 on Nov 24, 2011 10:06:48 GMT -5
Perancangan yang sempurna pun kadang2 tergendala disebabkan beberapa faktor.... tapi sebagai guru yang profesional biasanya kita mampu menjadi pelakon untuk menutup kelemahan teknologi di hadapan murid....
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 24, 2011 10:20:31 GMT -5
Perancangan dibuat bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyediaan bahan yang berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 24, 2011 10:23:05 GMT -5
Perancangan membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 10:27:07 GMT -5
Setuju pendapat shahrulbariah. Kita kena tutup kelemahan dgn kreatif juga spy murid x dpt kesan..
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 24, 2011 10:27:18 GMT -5
Penggunaan sumber teknologi mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: i. sebelum kegunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. ii. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek- aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. iii.selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
|
|