|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 20:30:45 GMT -5
Sebahagian teknologi mungkin sesuai hanya untuk murid tertentu. Contohnya murid yang mempunyai kecerdasan tinggi mungkin lebih sesuai menggunakan perisian simulasi berbanding murid kecerdasan rendah yang lebih serasi dengan perisian tutorial.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 20:33:57 GMT -5
Penilaian yang dilakukan membolehkan guru memilih sama ada pemilihan strategi pengajaran adalah bersesuaian dengan tekonogi ysng digunakan.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 20:38:14 GMT -5
Guru hendaklah merancang perisian yang tepat dan sesuai digunakan untuk proses pembelajaran. Dengan menggunakan perisian yang bersesuaian, guru dapat menyediakan bahan mengajar dalam waktu yang singkat.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 23, 2011 21:01:49 GMT -5
Guru perlu merancang P&P bagi memudahkan proses pengajaran sekaligus menjimatkan masa, tenaga dan wang. Bahan-bahan boleh disimpan dan dibawa kemana2 tapi jangan lupa back up.
|
|
|
Post by mrazalikdc3 on Nov 23, 2011 21:09:34 GMT -5
memastikan persiapan awal dalam apa jua pembentangan yang akan dipersembahkan adalah sangat penting termasuk dalam merancang sumber teknologi sebelum p&p bermula.Persediaan di sini bermaksud bahan yang akan dipaparkan dan yang kedua alatan yang digunakan.Dari segi bahan biarlah ianya sesuai darisegi penggunaan saiz tulisan, warna , kesan bunyi dan cara ianya dipaparkan.Dari segi alatan pula pastikan laptop sudah disambung ke LCD atau projektor dan sound sistem.Ini akan melancarkan proses pengajaran tersebut.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 23, 2011 21:09:34 GMT -5
Zaman IT semakin berkembang, kalau dulu guna OHP atau manila kad tapi sekarang lebih mudah dan menarik slide boleh masukkan music, movie. Perancangan yg bagus akan menjadikan P&P lebih menarik.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 23, 2011 21:16:11 GMT -5
Sekolah perlu bersedia, sokongan semua pihak diperlukan
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 24, 2011 1:28:43 GMT -5
Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 24, 2011 1:30:09 GMT -5
Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 24, 2011 1:33:18 GMT -5
Guru hendalah bersedia sekiranya apa yang dirancang untuk hari itu tidak dapat dilaksanakan .Pelbagai masalah boleh timbul contoh bekalan elektrik tiada .
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 24, 2011 2:15:49 GMT -5
Guru hendaklah merancang sumber teknologi yang hendak digunakan contohnya radio, komputer atau tv serta bersedia menghadapi segala kemungkinan . Perancangan amat peru bagi memastikan objektif pengajaran pada hari itu tercapai.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 24, 2011 2:26:39 GMT -5
perancangan sumber Teknologi mestilah berpandukan kepada masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti serta teknologi yang akan menyokong dalam menyelesaikan masalah berkenaan.
|
|
|
Post by dinkdc5 on Nov 24, 2011 5:44:08 GMT -5
merancang sumber teknologi pada fahaman saya ialah persediaan yang perlu dilakukan oleh guru sebelum memulakan pelajaran. Antara persediaan tersebut ialah menulis lesson plan , mencari bahan bantu mengajar, apakah pendekatan yang hendak diguna pakai dan strategi untuk menarik minat pelajar. Perancangan ini bertujuan memudahkan proses PdP.
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 24, 2011 6:10:52 GMT -5
kita perlu merancang agar pembelajaran tersusun dan teratur.Perancangan yang kucar kacir akan menghasilkan p&P yang tidak dinamik.Sekiranya gagal merancang akan bermakna merancang untuk gagal
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 24, 2011 6:12:50 GMT -5
Perancangan yang baik bukan sahaja melihat pada media yang digunakan bahkan juga ia meliputi tahap kecerdasan murid,pengetahuan sedia ada,kesdiaan mereka dan sebagainya
|
|