|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 23, 2011 6:17:05 GMT -5
Perancanan kena betul kalu tidak kelas akan jadi huru hara dan murid tidak dapat pengajaran hari tersebut.
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 23, 2011 7:14:00 GMT -5
utk memastikan perancangan betul, guru harus cekap, cepat, pantas, tangkas, bijak serta flexible..
|
|
|
Post by zainabbidinkdc5 on Nov 23, 2011 8:04:00 GMT -5
Penggunaan teknologi mesti dirancang untuk melaksanakan pnp dalam tiga peringkat: 1. sebelum kegunaan: merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. 2. semasa kegunaan : merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. 3. selepas kegunaan : merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan kesimpulan dan penilaian.
|
|
|
Post by zainabbidinkdc5 on Nov 23, 2011 8:07:41 GMT -5
Ciri-ciri teknologi pendidikan yang baik untuk pnp: 1. Alat dan tulisan yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. 2. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. 3. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. apabila semua ciri-ciri ini dipenuhi teknologi tersebut akan dapat menarik minat murid-murid terutamanya murid kelas belakang.
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 23, 2011 8:26:41 GMT -5
Perancangan sumber teknologi sebelum pengajaran ialah perancangan penggunaan teknologi dalam bilik darjah yang meliputi : *perancangan mengenai apa yang akan diajar, *bagaiman ia akan diajar, *teknologi yang terlibat serta *bagaimana untuk mengintegrasikab teknologi dalam proses P&P...
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 23, 2011 8:33:19 GMT -5
Proses perancangan sumber teknologi ini melibatkan 2 peringkat : 1. Peringkat sekolah dan daerah. 2.Peringkat guru
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 23, 2011 8:37:22 GMT -5
Mengapa perlu merancang??? Ia bagi memastikan pengintegrasian teknologi disekolah berkesan dan dapat membantu murid untuk lebih bersedia menghadapi dunia luar yang semakin mencabar serta melahirkan murid yang berdaya saing......
|
|
|
Post by fatimahahmad76kdc1 on Nov 23, 2011 9:31:22 GMT -5
Pada pendapat saya merancang sumber teknologi sangat penting sebelum melaksanakan P&P. Sebagai seorang guru kita mesti bijak memilih sumber teknologi dan guru sewajarnya memastikan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap murid, memastikan slide yang ditayangkan menggunakan font yang sesuai dan jelas, gambar yang dipaparkan menarik dan guru juga perlu mahir menggendalikan ICT. Jika guru merancang menggunakan ICT, guru juga perlu menyediakan bahan bantu belajar secara manual sebagai alternatif jika terdapat gangguan seperti tiada bekalan elektrik dan sebagainya.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 23, 2011 9:32:51 GMT -5
Kita perlu merancang sebagai persediaan serta rancangan kita dapat berjalan dengan lancar dan sekiranya wujud cabaran atau rintangan kita boleh guna plan B atau alternatif lain.....
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 23, 2011 9:37:01 GMT -5
Merancang perlu agar p&p berjalan lancar..... Kelas terkawal....p&p berkesan.....murid faham...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 10:34:58 GMT -5
betul tu..." rancang dengan apa yang ada di tangan..."
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 23, 2011 17:00:07 GMT -5
Merancang sumber teknologi adalah menyusun material bagi p&p yang interaktif.Perancangan pula ada dalamjangka masa pendek dan jangka masa panjang.Mingguan dan bulanan.Perancangan merupakan proses awal untuk p&p gagal merancang maka p&P tidak akan kemana
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 23, 2011 17:01:49 GMT -5
Perancangan Teknologi sama dengan perancangan RPH .Akan nampak cacat cela sekiranya tidak merancang atau hentam kromo shaja.
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 23, 2011 17:03:41 GMT -5
Perancangan yang baik apabila menggunakan pelbagai media contohnya radio,komputer,internet,skype,cd,sidang video,filem dsb.Tidaklah bahan yang sama tiap tiap hari.Pelbagaikan media pasti mengujakan murid
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 23, 2011 17:04:57 GMT -5
Perancangan media juga mungkin boleh berlaku apabila murid pula turut serta di dalam pembinaan bahan ,bukan sahaj guru yang mencari bahan!
|
|