|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:26:41 GMT -5
Ini satu lagi.. 6. Masalah hakcipta. Teknologi komputer telah menjadi kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang iaitu dengan hanya menggunakan arahan file:save as pada pemapar web. Biasanya maklumat yang terdapat di internet diperolehi secara percuma. Dari sudut undang-undang, adalah menjadi kesalahan apabila seseorang menyiarkan semula sesuatu maklumat di web tanpa kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun demikian, terdapat ramai orang yang menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar grafik dari internet tanpa menghiraukan masalah hakcipta (Warren, 1998). Sehubungan dengan itu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 diwujudkan bagi melindungi hak cipta intektual pengeluar multimedia melalui pendaftaran produk di internet, perlesenan dan pemerolehan royalty. Di samping itu juga, akta ini melindungi dan menjaga bahan-bahan perantaraan seperti program komputer, teks, gambar rajah, foto, imejdan lain-lain yang dilindungi oleh akta hak cipta..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:29:03 GMT -5
Lebih utama lagi.. 7. Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian di kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan merekabentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:30:07 GMT -5
Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding penyediaan pengajaran secara traditional. Kajian yang dijalankan oleh National Education Association dalam Weiner (2000) terhadap guru-guru di Amerika mendapati 43% guru menyatakan penyediaan untuk pembelajaran secara talian memakan masa yang lebih lama kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan seperti merekabentuk laman web, siding 26 video dan membalas e-mel. Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:33:00 GMT -5
Lagi.. Beban tugas utama yang dihadapi oleh para guru adalah menyediakan tugasan secara talian dan membalas e-mel pelajar. Mark Kassop dalam Weiner (2000) menyatakan seorang guru yang menyediakan pembelajaran secara talian untuk 20 orang pelajar menerima 80 sehingga 90 respons daripada pelajar-pelajarnya. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas. Kajian yang sama juga mendapati 83% daripada guru menghubungi pelajar sekurang-kurangnya satu kali seminggu melalui emel dan kebanyakan masa kadarnya lebih daripada 1 kali (Weiner, 2000)..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:35:43 GMT -5
Lagi.. 8. Masalah kekurangan peralatan. Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internet daam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. Mengikut McKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit komputer di sekolah rendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah untuk membolehkan program berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan membuat penyelenggaraan komputer...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:38:00 GMT -5
Lebih memburukkan keadaan.. 9. Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi. Penggunaan internet walaupun ada kebaikan terdapat kekurangan dimana pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai; Sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka harus berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:43:53 GMT -5
Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? >Latihan untuk meningkatkan kepakaran dan inisiatif guru Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus. Berkemungkinan melalui rakan, mereka lebih faham dan bebas bertanya tanpa melibatkan kos
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:46:19 GMT -5
Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Strategi yang dapat menentukan agar input dan penglibatan guru itu sentiasa diperolehi secara konsisten dan sistematik.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:47:33 GMT -5
Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan harus dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet.. ;D
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 22:48:31 GMT -5
. Pilih media dan bahan Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 22:49:34 GMT -5
Gunakan alat/bahan pengajaran.
a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)?
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:49:42 GMT -5
Selain itu, peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 22:50:16 GMT -5
Libatkan pelajar Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 22:50:59 GMT -5
Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 22:51:27 GMT -5
Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan:
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
|
|