|
Post by anastasiakdd1 on Nov 22, 2011 17:55:19 GMT -5
Mengapa kita perlu merancang? salam , perancangan sangat perlu kerana ia akan membantu melaksanakan secara tersusun dan mengikut langkah demi langkah. disamping itu kita boleh membuat penambahbaikan sekiranya sumber teknologi tersebut tidak sesuai atau mempunyai kelemahan
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Nov 22, 2011 18:07:30 GMT -5
Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? salam , pada pandangan saya cabaran yg mungkin akan berlaku adalah peralatan ict yg digunakan tidak boleh berfungsi pada masa tersebut. ia biasa juga terjadi pada diri saya kerana mungkin kekurangan ilmu tentang aspek penyelenggaraan peralatan ict.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Nov 22, 2011 18:17:03 GMT -5
Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? salam , selain itu faktor tempat turut memainkan peranan. jika di sekolah saya hanya di bilik2 tertentu mempunyai peralatan ict. agak sukar sekiranya ada kelas lain turut menggunakan bilik yang sama pada waktu PnP saya.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Nov 22, 2011 18:22:18 GMT -5
Mengapa kita perlu merancang? salam , kita perlu merancang agar benar2 bersedia dan mahir dengan bahan2 PnP yang akan digunakan semasa mengajar. ini seterusnya mengelakkan pembaziran waktu jika berlaku ralat atau kerosakan.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Nov 22, 2011 18:25:57 GMT -5
Mengapa kita perlu merancang? salam , kita boleh meminta pedapat rakan2 bagi tujuan penambahbaikan. disamping itu sumber teknologi yg digunakan haruslah bersesuaian dan mampu meningkatkan kefahaman murid2
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 20:32:37 GMT -5
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses p&p. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 20:34:24 GMT -5
Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi. Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 20:36:14 GMT -5
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 22, 2011 20:37:39 GMT -5
Guru juga boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian, temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. Praujian, temubual atau perbincangan ini dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 21:36:42 GMT -5
Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? Antara cabaran nya: 1. Memerlukan kepakaran dalam perancangan, dalam ICT, dalam pengurusan..dan yang berkaitan 2. Penyediaan nya memerlukan waktu yang lama 3. Pelaksanaannya dipengaruhi oleh faktor luaran - input fizikal 4. Sumber teknologi hanya berperanan sebagai alat sokongan penyampaian maklumat/ fakta.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:17:08 GMT -5
Cabaran yang biasa dihadapi: 1. Kepakaran guru yang terhad. Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan internet. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh pelajar. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:18:46 GMT -5
Selain itu, 2.Kekurangan khidmat sokongan. Membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:20:32 GMT -5
Lebih memburukkan keadaan, 3. Masalah isi kandungan dalam internet. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarakat mendapati 48% guru sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibu bapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan kebencian...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:22:54 GMT -5
Selain itu, 4. Masalah maklumat yang tidak tepat. Keistimewaan internet ialah tiada seorangpun yang memilikinya dan mengawalnya. Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahana sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet (Nancy, 1997). Oleh yang demikian, guru perlu berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan pelbagai sumber serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. ;D
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 22, 2011 22:24:31 GMT -5
Di samping itu, 5. Masalah mencari maklumat. Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan memberi kesan kepada pemilihan. Oleh itu guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin mencari maklumat yang dikehendaki daripada internet..
|
|