|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 8:17:36 GMT -5
Eh, mana pula zaman kita pun ada teknologi juga tetapi menggunakan teknologi zaman tu. harap-harap kenyataan nie betul kerana zaman dulu kita guna taip writer. tak ke teknologi juga tetapi sesuai dengan zaman tulah. Ada mesin gelek nak gelek kertas soalan. setiap saatkan teknologi semakin berubah.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 7, 2011 8:22:36 GMT -5
Betul...teknologi memang sentiasa berubah dari masa ke semasa..selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan semua rakyat Malaysia celik IT dan negara kita diiktiraf berteknologi tinggi.
|
|
|
Post by suzanaibrahimkdc5 on Nov 7, 2011 9:42:36 GMT -5
Sejajar dengan peredaran zaman guru & teknologi berkait rapat. Teknologi dapat memudahkan tugas guru dan menjadikan p&p semakin seronok.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 7, 2011 10:00:24 GMT -5
Guru perlu seiring dengan teknologi, baru dianggap guru cemerlang dan gemilang. Selain tugas mengajar dan membimbing kita juga perlu meneroka bidang it ni bagi menambahkan ilmu kepada anak-anak didik kita, barulah p&p kita x boring.
|
|
|
Post by sitirahmahkdd2 on Nov 7, 2011 10:06:02 GMT -5
Guru era ICT perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang tinggi dan pengetahuan yang luas dalam bidang ICT memandangkan murid - murid sekarang adakalanya lebih advance daripada guru - guru.
|
|
|
Post by sitirahmahkdd2 on Nov 7, 2011 10:10:51 GMT -5
Apa yang kita dapat perhatikan di sekolah adakalanya guru - guru yang kurang berpengetahuan dalam bidang ICT akan menghadapi masalah. Oleh sebab yang demikian guru - guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dalam bidang teknologi.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 7, 2011 10:12:56 GMT -5
kerana.....parents org kaya....mampu sediakan tknologi terkini utk anak2,sbb tu murid-murid kekadang lebih teror dr ckgu sndiri...hehehe...kita dulu apa yg ada?? skrng bdk2 sek rendah pun dah pkai hp lbih cnggih dr hp ckgu...
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 7, 2011 11:11:20 GMT -5
Guru dan teknologi umpama irama dan lagu.Mana mungkin boleh dipisahkan!Meminjam kata kata guru saya WAJAH GENERASI AKAN DATANG BERGANTUNG BAGAIMANA GURU MENGADAPTASI TEKNOLOGI DI HADAPAN MATA!!!
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 12:03:15 GMT -5
guru dan teknologi...memang mencabar.nak kejar pantasnya teknologi sekarang...wuii..kita mesti bersedia...!!
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 7, 2011 12:22:33 GMT -5
Terlalu ramai mengatakan guru-guru senja ini takut menggunakan ICT dalam P&P, tetapi dari pengalaman ada juga golongan ini yang mahir menggunakan ICT dan ada juga yang terlalu mahir tetapi kemungkinan motivasi itu dah kurang kerana bebanan kerja yang menimbun dan keperluan-keperluan lain yang perlu diutamakan. Jadi guru-guru yang baru dan masih cergas inilah yang perlu memainkan peranan dalam membestarikan sekolah dan memberi sokongan kepada guru-guru diambang sore ini untuk bangun dan berlari seiring dengan perkembangan teknologi masa kini...wallahualam.....
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 20:26:45 GMT -5
untuk mengajar bahasa..penggunaan teknologi amat membantu.. contohnya saya gunakan dalam penyampaian story telling...wah...murid suka...nak pulak...gambar yang cantik...kita relatekan dengan kartun kesukaan mereka.sampai sekarang mereka ingat lagi dialog n jalan cerita...senang ingat...setujulah guru perlu aplikasikan teknologi dalam pnp... ;D
|
|
|
Post by raihankdd1 on Nov 7, 2011 21:21:02 GMT -5
Transformasi dlm ICT telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar .Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara, usaha ke arah meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia adalah amat penting.Guru lah yang banyak memainkan peranan dalam aspek ini.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 2:26:47 GMT -5
;)So guru dan teknologi sebenarnya ibarat gusi dan gigi yang tidak dapat dipisahkan. atau lebih tepat bagai isi dengan kuku. Sekarang nie hampir semua orang menggunakan telefon termasuklah guru dan murid.Jadi semua pembelajaran boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 8, 2011 2:28:23 GMT -5
guru dan teknologi ... Amat penting bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran supaya menjadi lebih menarik. Tidak memyusahkan jika kita tahu mengguna dan mengendalikannya...
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 8, 2011 2:35:56 GMT -5
Penggunaan teknologi ketika pnp tidak menyusahkan jikalau kita tahu mengaplikasikannya.namun ia terpulang pada setiap individu. penggunaan teknologi dalam p&p dapat menarik minat murid ketika belajar.mereka pasti akan teruja.
|
|