|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 2:58:50 GMT -5
;D ya guru memang mempunyai banyak peluang untuk menggunakan teknologi dengan kepelbagaiannya pada masa kini. kerana jika guru menggunakan teknologi tersebut murid akan : 1. mendapat tumpuan pembelajaran. 2. dapat mengaitkan dengan produksi kerja 3. mengaitkan murid dengan alatan pembelajaran 4. menjejaki perkembangan murid.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 8, 2011 3:21:30 GMT -5
proses p&p akan lebih menarik sekiranya guru menggunakan teknologi dalam kelas.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 8, 2011 3:28:33 GMT -5
Salam... Dalam era ledakan maklumat kini, penguasaan guru dan pelajar terhadap pemerolehan serta pemprosesan maklumat dengan cekap dan pantas menjadi suatu perkara yang tidak dapat dielakkan untuk menjadikan masyarakat kita bertaraf dunia.. Oleh sebab itu, mahu atau tidak, penyediaan masyarakat ke arah penguasaan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari peringkat sekolah perlu dititikberatkan...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 8, 2011 3:35:07 GMT -5
Zaman perubahan teknologi ini memerlukan seorang guru beralih daripada seorang guru tradisional kepada seorang guru yang lebih bijak menguruskan kelas dan bilik darjah. adalah sesuatu yang memenatkan apabila seseorang guru cuba mengekalkan pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi sedangkan teknologi telah jauh juga dan guru tersebut juga turut mempunyai kemahiran dalam bidang ini.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 8, 2011 3:37:19 GMT -5
Peranan guru perlu beralih daripada menjadi seorang "pendeta di atas pentas" kepada seorang "pembimbing di sisi" atau sebagai fasilitator yang menjadikan Kecerdasan Emosi sebagai elemen penting dalam pengajaran..
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Nov 8, 2011 4:37:36 GMT -5
betul. memang banyak kelebihan dan kekurangannya.teknologi ini bila belajar teorinya memang susah tetapi bila kita selalu menggunakannya, barulah kita tahu menggunakannya.
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 8, 2011 4:40:26 GMT -5
Sangat setuju dengan NorhayatiKDC5 .Teknologi memang MEMBANTU kita.Just to share dengan kawan kawan ,saya selalu jadikan assignment mencari bahan dari internet kepada murid muridsebagai tugasan wajib.Lepas tu kita share dgn rakan sekelas mereka.ALANGKAH SENANG NYA
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 5:44:29 GMT -5
Teknologi sebenarnya amat memudahkan,cuma pada awal dan permulaannya ia agak remeh kerana kita perlu mengetahui dan mahir untuk apa yang kita hendak lakukan. Teknologi terutamanya ICT dlm pembelajaran......akan memberi kepelbagaian dalam pengajaran guru dan ianya meberi satu impak kepada keprihatinan dan perhatian murid dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 6:22:07 GMT -5
tapi nak buat macam mana maizatulemly jika guru tu tak mahir-mahir. dah banyak dipelajari semakin tidak tahu. camna tu sampai takut dengan teknologi.
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 8, 2011 8:00:53 GMT -5
salam..guru & teknologi memang tidak boleh dipisahkan dalam P&P di zaman sekarang,guru mesti mengetahui perkembangan teknologi dlm pengajaran supaya kaedah P&P yang akan disampaikan lebih memudahkan kefahaman dan minat murid belajar...jadi jangan cakap dan menulis aje...
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 8, 2011 8:16:34 GMT -5
Kak reza...mmg tak dinafikan masih ramai lagi guru2 kita yg takutkan teknologi....itu sudah menjadi perkara biasa di sek2.....tp x semuakan....masih ramai juga guru2 kita yg hendak mempelajari ilmu teknolgi ini....maklum la...'masa dh berubah'...kalo kita tak 'kejar'...alamat ketinggalan la guru tu...hehehe
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 8, 2011 8:24:49 GMT -5
Memang betul...masih terdapat segelintir guru yang kurang yakin untuk menggunakan komputer..ada juga yang malu hendak bertanya untuk sesuatu berkaitan teknologi...
|
|
|
Post by wanrazidakdc6 on Nov 8, 2011 9:51:35 GMT -5
salam ....sebagai guru kita perlu akur dengan kehendak semasa. teknologi dalam p&p membantu memudahkan kerja guru. jika guru menyalin, menulis tak jemu2. tetapi sekarang kerja semakin senang dengan kemudahan komputer.
|
|
|
Post by ruzimahmjaidkdc5 on Nov 8, 2011 14:37:57 GMT -5
Salam. Dalam ledakan era ICT sekarang ini, guru dan teknologi umpama lauk yang cukup bumbu garamnya. Penggunaan teknologi sangat-sangat membantu dalam melaksanakan p&p. Murid-murid sekolah rendah sekarang ini pun semakin handal ber'ICT'. Sebutlah apa sahaja; facebook, twitter, blog, youtube dan dwnload pelbagai sudah menjadi 'mainan' pada sebahagian mereka. Sebagai guru kita harus lebih ke hadapan berteknologi dalam p&p. Ianya lebih menarik minat murid dan secara tidak langsung objektif pengajaran akan tercapai. Kekangan-kekangan menjalankannya memang ada tetapi tepuk dada tanya minda.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 8, 2011 20:20:53 GMT -5
ruzimahmdjaid...saya setuju dengan pendapat anda..nampaknya guru2 sekarang pun berlumba-lumba untuk buka akaun facebook,twitter....tidak ketinggalan juga guru2 yang veteren termasuk guru besar sendiri...syabas pada guru2 yang berusaha meningkatkan penggunaan teknologi cuma perlulah ada batasan ...bukan semua benda boleh dipaparkan di laman mukabuku,perlu jaga juga kredibiliti kita sebagi seorang guru..
|
|