|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:02:44 GMT -5
Apabila strukturnya perkakasan menjadi lebih kecil dan efisyen dan ia dapat dibeli dengan harga yang murah...wah... guru dan teknologi tidak dapat tidak dipisahkan...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:28:19 GMT -5
Antara keburukan jika guru dan murid bergantung kepada teknologi sahaja .pada pandangan sayalah... 1. Sumber2 maklumat dalam internet diperolehi kadang kala tidak diketahui sumber kesahihannya. 2. kebergantungan yang sangat tinggi kepada teknologi juga akan memberikan kesan buruk kepada murid seperti plagiat, murid malas dan sebagainya.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:40:42 GMT -5
Rakan2 just imagine... Pada masa akan datang... Teknologi sangat maju sehinggakan komputer sendiri akan mempunyai sifat kemanusian, peranti berfikiran sendiri, rangkaian akan menjadi lebih pintar, web akan menjadi lebih bijak... Guru harus mempersiapkan diri untuk menghadapi teknoligi termaju ini.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:43:04 GMT -5
tambahan maklumat lagi... Ekonomi internet akan berkembang (guru dan murid boleh bisnes), komputer generasi baru, identiti peribadi digital, ramalan pemproses dan hiburan maya. Saya masih memikirkan bagaimanakah P&P pada masa itu, peranan guru dan suasana pada masa itu...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 3:01:07 GMT -5
Guru juga boleh memilih e - pembelajaran untuk meningkatkan kualiti P&P. Murid disekolah saya suka sangat e- learning. nak tak nak saya kena mendalami ICT juga...
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 6, 2011 5:21:51 GMT -5
Semestinya ICT di bawa dalam pembelajaran selari dengan perkembangan semasa teknologi masakini kerana ianya akan emberi impak positik kepada alam pembelajaran.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 6:01:12 GMT -5
benar bagai dikata... Ilmu ICT dgn dunia pendidikan sudah seperti isi dengan kuku...aur dgn tebing...perlu seiring sntiasa agar kemajuan teknologi serta perkembangan pendidikan terus diamalkan. Guru adalah antara pemangkin....
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:04:20 GMT -5
jap.. tengah imagine... tak dapat nak luahkan dengan kata2.. rasenya masa tu kalau guru masih lagi tidak tahu tentang ilmu ICT ni, macam hidup dalam zaman dulu kala.... Betul semua pendapat rakan-rakan di atas.. zaman skrg ni.. guru kena berubah.. ke arah kebaikan.. mempersiapkan diri menuju kemajuan... barulah kita dapat membentuk murid yang celik IT...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:08:38 GMT -5
Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan mempelajari cara-cara menggunakan perisian2 komputer dan aplikasi2 internet yang berlainan. guru harus mengetahui menggunakan perisian2 seperti microsoft word, power point, excel, publishr dan access...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:11:33 GMT -5
Untuk membuat peningkatan diri dalam ilmu ICt, guru juga boleh menyertai 'smart learning environment' (SLE). Ia merupakan satu program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan infranstruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran sumber manusia di kalangan guru...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:14:14 GMT -5
dalam SLE, guru akan mempelajari bagaimana 1) membangunkan model pengajaran 2) menghantar e-mel 3) memuat turun bahan pengajaran 4) membuat perkembangan web 5) membuat grafik 6) membuat pencarian maklumat di internet dan macam2 lagi...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 6:04:03 GMT -5
Ni pendapat syalah...guru KPLI selalunya tiada masalah dengan penggunaan teknologi ni....diaorang selalunya dah biasa dengan ICT ni....kita...alhamdulillah...dengan forum ni pun dapat tingkatkan lagi penggunaan ICT ...dan saya percaya di luar sana ramai guru yang mahir menggunakan ICT...saje buat tak tau...kang banyak pulak kerja GB bagi..hehe
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 7:35:36 GMT -5
Teknologi, teknologi kadang-kadang sampai tak terkejar rasanya. Sebagai guru, teknologi amat penting terutama untuk pengajaran dan pengajaran.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 7:54:18 GMT -5
Saya setuju juga dengan pandangan badrunnisa mengenai kesan daripada pergantungan kepada teknologi. 1. Murid akan menjadi malas untuk berfikir asyik nak membuat plagiat je. 2. Kadang-kadang jika tiada elektrik p&P menjadi tergendala guru tidak membuat persediaan lain.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 7, 2011 8:10:26 GMT -5
betul tu kak edza...kalau kita lihat sekarang ni murid2 memang sangat teruja dengan p&p berasaskan teknologi..zaman mereka memang zaman teknologi..sebagai guru kita perlu berada sezaman dengan mereka..wlu zaman kita takde semua ni
|
|