|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:53:14 GMT -5
Teknologi tidak dapat dipisahkan dari pendidikan. Penggunaan teknologi menyokong kepada teori pembelajaran. Teknologi yang digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan serta menjadi pemangkin kepada tercapainya objektif.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:54:38 GMT -5
Teknologi dalam pendidikan adalah integrasi proses dan produk untuk meningkatkan proses P&P
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:57:05 GMT -5
DAlam pendidikan segala aktiviti dalam pnp perlu disokong dengan teknologi, jadi pendidik perlu mengaplikasikan teknologi ini agar objektif mudah dicapai.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:00:05 GMT -5
Penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai 4 perspektif :- *sebagai media dan komunikasi audio visual *sebagai sistem instruksional *sebagai latihan vokasional *sebagai sistem komputer
|
|
|
Post by norlilywatikdc6 on Dec 22, 2011 21:40:27 GMT -5
zaman sekarang Guru dan teknologi memang tidak dapat dipisahkan.......
|
|
|
Post by norlilywatikdc6 on Dec 22, 2011 21:42:06 GMT -5
zaman ini guru perl mengejar teknologi agar tidak ketinggalan
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 23:24:53 GMT -5
Sampai bila guru hendak bergantung kepada teknik pengajaran tradisi? Murid semakin dahagakan pendedahan teknologi, sedangkan guru suapkan hidangan lama. Tentu amat mengecewakan.. Jadi berubahlah demi anak bangsa.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 23:39:52 GMT -5
Kesungguhan guru dalam penyampaian PnP tidak dapat menjamin penumpuan sepenuhnya dari pelajar sekiranya guru hanya bersyarah tanpa menggunakan alatan tertentu. Teknologi adalah salah satu kaedah yang sangat berkesan yang dapat menarik minat pelajar.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 23:51:00 GMT -5
Penggunaan teknologi yang sinonim dalam pendidikan adalah komputer. Penggunaan komputer di dalam sekolah banyak membantu guru-guru dalam proses PnP. Guru boleh mengurangkan bercakap yang biasanya membosankan pelajar, teknologilah yang membantu. Tetapi perlu diingat teknologi bukan pengganti guru tetapi hanya membantu.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 0:17:23 GMT -5
Penggunaan teknologi amat dituntut pada masa kini terutama dalam proses pembelajaran. Jadi adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mempelajari dan menguasainya.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 0:19:33 GMT -5
Pendidikan dan teknologi perlu seiring dalam era masa kini.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 8:21:47 GMT -5
Dalam pendidikan, teknologi tidak dapat dipisahkan. Banyak kemudahan yang telah disediakan terutamanya dari internet. Pelajar-pelajar juga dapat menumpukan lebih perhatian semasa PnP dijalankan kerana biasanya pelajar lebih tertarik dengan paparan yang baru.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 8:25:45 GMT -5
Namun adalah menjadi sesuatu yang menyedihkan sekiranya kemudahan ini diabaikan oleh pendidik, kerana kemudahan ini dapat membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran. Jadi bergantung kepada guru itu sendiri sama ada untuk menggunakannya atau tidak.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 24, 2011 2:58:14 GMT -5
Menggunakan ICT dalam p&p adalah sangat bagus. Guru perlu mempunyai kemahiran menggunakan perkakasan dan perisian komputer.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 24, 2011 3:37:37 GMT -5
Guru perlu mengetahui cara menggunakan teknologi. Guru dan teknologi akan berkhidmat lebih cepat dan berkesan.
|
|