|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:16:21 GMT -5
Guru perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan teknologi terkini kerana teknologi dapat membantu guru meningkatkan prestasi P&P di sekolah.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:18:15 GMT -5
Teknologi terkini semakin cepat dan pantas, jadi guru perlu mengejarnya dengan mempelajari dan mencari ilmu tentang teknologi yang semakin berkembang luas di selurus dunia.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:22:14 GMT -5
Guru tidak boleh berdiam diri dengan beranggapan cara, strategi dan kaedah mengajar yang pernah dipelajari sudah mencukupi untuk dipersembahkan kepada pelajar. Guru perlu mempelbagai corak pengajaran dengan kemudahan terkini yang tersedia ada iaitu teknologi, hanya guru sahaja yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:24:49 GMT -5
Saya sendiri amat teruja untuk terus mengetahui dan sekaligus mempelajari tentang teknologi, kerana hidup kita masa ini dikelilingi oleh teknologi. Jika kita tidak mengambil peduli tentangnya tentulah kita jadi orang yang ketinggalan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:29:18 GMT -5
Malahan di sekolah, bila ditinjau secara rambang, anak-anak murid kita sendiri sudah terlalu kehadapan dan amat mengetahui tentang teknologi. Mereka boleh menggunakan telefon bimbit, komputer, melayari internet, hiburan maya dsb. Adalah tidak wajar jika sebagai guru, kita tidak tahu atau pun tidak pernah mendengar tentang ini semua. sekurang-kurangnya kita tahu asas teknologi ini.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:33:07 GMT -5
Guru perlu mempelajari teknologi terkini agar kita dapat mengaplikasikannya dalam proses P&P. Ini kerana ia dapat menjadi P&P lebih menarik dan berkesan kepada murid dan guru sendiri.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:52:18 GMT -5
Menyertai forum adalah salah satu daripada teknologi. Melaluinya banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama. Jadi mengapa perlu meninggalkan teknologi yang banyak membantu meringankan tugasan seorang guru.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:54:55 GMT -5
Pencapaian PnP yang berkesan berkait rapat dengan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:56:18 GMT -5
Penyampaian maklumat menjadi lebih berkesan dengan bantuan teknologi dalam PnP.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:58:43 GMT -5
Pendidikan berkembang selaras dengan arus dunia. Para pendidik perlu mempersiapkan diri bagi menyahut seruan kecanggihan teknologi.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:02:15 GMT -5
Teknologi adalah menarik, tetapi tiada gunanya jika kita tidak mengaplikasikannya dalam penyampaian dalam bilik darjah. Kaedah yang cepat dan ringkas banyak membantu dalam penyelesaian pendidikan.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:05:25 GMT -5
Teknologi dapat memotivasikan murid untuk belajar, menyukai pembelajaran, ingin mempelajari lebih dari apa yang diperlukan menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan. Jadi inilah tugas seorang pendidik mendalami ilmu teknologi.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:07:40 GMT -5
Mendapatkan tumpuan pembelajaran. Guru perlu menggunakan komputer serta alatan multimedia yang lain sebagai tarikan bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:09:53 GMT -5
Bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna, guru perlu menggalakkan murid menggunakan teknologi. Jadi guru perlu lebih ilmu pengetahuan dalam teknologi.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 5:14:21 GMT -5
Teknologi dapat :- a) mengaitkan murid kepada sumber maklumat b) mengaitkan murid kepada sumber pendidikan c) memvisualisasikan permasalahan dan rumusan kepada murid d) menjejaki perkembangan murid e) mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran. Tugas-tugas di atas adalah sepenuhnya tanggungjawab seorang pendidik. Jadi apa perlu seorang pendidik lakukan? Dalami ilmu teknologi...
|
|