|
Post by sufadewisukorkdc4 on Oct 30, 2011 21:40:28 GMT -5
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa KPM telah mewujudkan satu sistem baru untuk menganalisis markah peperiksaan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara -SAPS(salah satu contoh penggunaan ICT di kalangan guru)...Apakah dengan adanya sistem ini memberi banyak impak positif dikalangan guru-guru?atau sebaliknya....Bincangkan .Semoga perkongsian pendapat sesama guru dapat memberi kebaikan bersama.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Oct 30, 2011 21:58:59 GMT -5
Salam sejahtera, terima kasih kepada sufadewisukorkdc4 atas topik yang sungguh menarik. Saya melihat projek SAPS satu projek yang baik. yang mana semua markah dapat dikumpulkan secara berpusat. walaubabgaimanapun, masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi. tetapi lumrah untuk setiap pembangungan ICT, akan terdapat kepincangan dan 'loopholes'. kalau kita melihat pembangunan 'windows' pada mulanya pun, Bill Gates terpaksa berdepan dan menyelesaikan banyak isu dan bugs.. yang menjurus kepada update dan upgrade serta muncul versi windows yang baru dari XP- Vista dan 7. benda yang sama saya percaya akan terjadi kepada SAPS.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Oct 30, 2011 22:02:52 GMT -5
salam..memang progm ini boleh membantu guru2 untuk memasuk dan menganalisa data dan markah peperiksaan,namun begitu ianya sedikit sebanyak menimbulkan masalah kerana : 1-Setiap program/akses baru menyusahkan guru pada peringkat permulaan. 2- Sekolah yang tidak mempunyai liputan internet(sekolah pedalaman)tidak dapat manafaat dari program ini. 3-Guru2 berlumba2 untuk mengisi markah kerana desakan dari SUP/GPK 1menyebabkab susah untuk loging 4-Markah yang dimasukkan kadang2 tidak betul. 5-Kebarangkalian program ini merupakan satu analisa ,jika tidak berkesan dan menimbulkan masalah ,pihak atasan(KPM,JPNJ,PPD) akan menukar kepada sistem lain.... tunggu dan lihah. Rumusan. Sebelum sesuatu program dilaksanakan {PIHAK PEMBUAT DASAR} WAJIB mengambil kira pandangan dan idea dari pelaksana dasar{GURU-GURU}barulah berlaku interaksi dua hala yang boleh memberi manafaat pada semua.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 22:06:48 GMT -5
Salam.saya merasakan sistem ini sebenarnya bagus untuk guru tetapi ada satu jer yang tak berapa bagusla...guru terpaksa mengisi bukan waktu peak hour. kalau tak ia akan menyusahkan guru. Ini adalah pendapat peribadi je la... Tak tahula guru2 lain macamana?
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Oct 30, 2011 22:16:29 GMT -5
Salam..mula SAPS diperkenalkan rasanya macam menyusahkan dan membebankan guru. lebih-lebih lagi kepada guru yang kurang pengetahuan IT tetapi apabila kita telah menggunakannya, rupa-rupanya ia memudahkan lagi tugas kita dalam kemasukan markah prestasi murid. Senang & cepat! Syukur, alhamdullah..buat masa ini saya belum ada lagi masalah dalam penggunannya.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 30, 2011 22:20:01 GMT -5
SAPS bagus..kerana guru boleh mengaksesnya dimana-mana sahaja. tidak hanya disekolah dan rumah sahaja. Ibubapa juga boleh memantau perkembangan anak mereka secara online..maka dengan situasi ini memudahkan ibubapa untuk berhubung dengan pihak sekolah mengenai perkembangan anak..
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Oct 30, 2011 22:29:09 GMT -5
sahabat-sahabat semua...tq atas pandangan yang sangat bernas dan membina...memang banyak kebaikan yang dapat melancarkan lagi proses menganalisis markah tetapi ada satu masalah yang mana jika kita tidak ada kolaborasi dengan sekolah lain ia jadi rumit dan menyusahkan... Contohnya jika ada seseorang murid kita yang pindah ke sekolah lain dan sekolahnya itu di kawasan yang agak pedalaman dan tidak mempunyai ruang jalur lebar yang sepatutnya..bagaimana saya katakan susah? apabila guru di sekolah baru murid kita itu tidak klik button TERIMA..maka kita terpaksa berhadapan dengan maklumat markah yang tidak lengkap sedangkan murid itu telah pun pindah dan kita tidak boleh klik button HAPUS utk mereka yang berpindah kerana hapus itu bermakna murid itu telah meninggal dunia....yang inilah yang saya rasa agak kurang flexible kan....just 4 sharing je
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 30, 2011 23:52:11 GMT -5
SAPS... Ade kebaikan dan ada keburukan. Ibu bapa boleh memantau markah anak-anak, manakala pihak PPS atau Jabatan Pelajaran boleh mengakses markah murid secara online. Bagi guru-guru pula perkara ini memang membebankan. Ye laa kene mengadap komputer/laptop berjam-jam, baik waktu free di sekolah atau di rumah... Bos hanye nak tengok bende ni siap..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 0:08:01 GMT -5
Saya setuju dengan pendapat sufadewisukorkdc4 tu. saya juga mengalami masalah yang sama. Adakalanya kita masih belum menerima lagi markah murid yang berpindah. Untuk menyelamat diri daripada button merah saya terpaksa membuka semula rekod kemajuan murid dan mengisi semula markah mereka kerana jika merah guru besar akan tanya nanti. SUP dalaman kata tak sepatutnya masalah ini timbul tapi saya berfikiran positif jelah. maybe guru disana ada banyak kekangan... ;D Terima kasih sufa atas sharing tu. Sharing is Caring.
|
|
|
Post by adillahsaidkdc1 on Oct 31, 2011 1:41:24 GMT -5
Assalammualaikum....bagi pendapat peribadi saya....SAPS ini ada kebaikannya. Setiap guru yang mengajar matapelajaran akan key in sendiri markah. Ini meringankan sedikit kerja guru kelas.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 31, 2011 2:23:22 GMT -5
Program SAPS..banyak memberi kebaikkan dan memudahkan banyak pihak tapi....adakalanya membebankan guru kerana terpaksa menyiapkan kerja di luar waktu pejabat kerana kesibukan tugas hakiki terutamanya guru agama yang rata-rata masa mengajarnya mencecah 36 waktu dan lebih menyusahkan lagi jika guru tersebut mengajar diluar bandar yang tidak mempunyai capaian internet di rumah, mereka terpaksa mencari mana-mana cyber cafe yang berdekatan untuk menyiapkan tugas memasukkan markah.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 31, 2011 3:38:47 GMT -5
Alhamdulillah setakat ini Sistem SAPS telah banyak membantu, mudah dan cepat. Semua program tersebut malah banyak lagi seperti Emis, SkpM, e-operasi, egTukar dibangunkan untuk kemudahan semua pihak.Bergantung kepada persepsi individu untuk menerimanya. Pedalaman bukan masalahnya..kerana sekolah saya berada di kawasan felda di mana sesetengah tempat kadang-kadang talian telefon pun terganggu..Namun dengan kerjasama para guru yang tahu komitmen masing-masing, maka sume berjalan lancar..come on la cikgu!..setakat ajar 4-5 subjek namun masa yang diberi untuk mengisi markah adalah panjang..ambil lah inisiatif...bukankah kita diharapkan supaya menjadi pemangkin kecemerlangan negara!..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 31, 2011 3:42:35 GMT -5
Untuk makluman Sufa Kdc4,setakat ini saya 'HAPUS'data murid tiada sebarang masalah, selalulah refresh n kemaskini, kemudian pilih semula tahun dan kelas..
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 4:44:11 GMT -5
Salam.......saya sangat teruja dengan topik ni...semua pendapat rakan2,hebat2 belaka....sebagai seorang guru...SAPS yang diperkenalkan oleh KPM ini...sangat bagus.Dahulu sewaktu pertama kali menggunakan sistem ini,banyak kelemahannya...Antaranya...sistem amat2 lah 'lembap' apabila key in markah.....sampai ada di antara guru2 di sekolah saya memboikot sistem ini.....tetapi sekarang,banyak perubahannya yang dapat diatasi oleh KPM....di antaranya.....amat mudah,cepat dan yang penting sekali dapat menjimatkan waktu apabila key in kan markah....Sebagai seorang pendidik....sekarang saya amat berpuas hati dengan sistem SAPS ini....bagi saya....tak tahulah rakan2 di luar sana......
|
|
|
Post by mazhamabdullahkdc4 on Oct 31, 2011 4:52:06 GMT -5
assalamulaikum.pada saya SAPS ni bagus.
|
|