|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 5:21:41 GMT -5
en.mazhamabdullahkdc4....pendek je ke.... ;D
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 31, 2011 7:40:12 GMT -5
SAPS tu memang bagus untuk guru,hanya pada mula aje rasa menyusah dan membebankan kepada yang kurang pengetahuan IT,tetapi apabila telah digunakan memudahkan dalam kemasukan markah prestasi murid,senang dan cepat.
|
|
|
Post by yusfidakdc4 on Oct 31, 2011 8:03:42 GMT -5
Salam. saya berpendapat SAPS sangat baik walaupun pada peringkat awal agak merumitkan semua guru. Atas keperihatinan pihak KPM, sistem ini telah dinaik taraf. Dan yang paling saya suka ialah apabila saya dapat melihat laporan analisa keputusan anak saya dengan cepat.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 8:33:22 GMT -5
Kelemahan sistem SAPS yg dpt sya lihat adlh w/pun data telah diisi scr b'pusat kita ttp kna isi markah2 murid secara manual mcm dulu2 sbb ada beberapa perkara yg sistem ni xdpt nk buat cthnya nk kesan kedudukan murid dlm kelas mahupun aliran..
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:14:39 GMT -5
Menarik topik ni... Secara peribadi ianya sangat bagus dari perspektif guru dan ibu bapa. Salah satu penglibatan guru secara optimum dengan ICT. Oleh kerana ianya digunakan di seluruh Malaysia, adakalanya ia menguji tahap kesabaran saya semasa mengaksesnya. Walaupun begitu ianya memudahkan guru-guru kelas.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Oct 31, 2011 9:16:43 GMT -5
salam. bagi saya SAPS ini bagus kerana setiap guru itu akan lebih bertanggungjawab terhadap tugasnya.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:42:09 GMT -5
Saya juga suka sebab semua guru subjek elektif juga terlibat sama. Kalau tidak mereka tidak begitu cepat nak bagi markah. Bila ada dateline baru nampak semua guru bertungkus lumus menanda dan kemudiannya memasukkan markah. Sama2 merasai maksud perkataan 'segera'.
|
|
|
Post by azalinaabdullakdc2 on Oct 31, 2011 9:52:55 GMT -5
SAPS-Bagus, mudah dan cepat. Walaupun pada awal pengenalanya banyak rugutan dari guru2 lantaran sistemnya yang lembap, tetapi kini setelah KPM membuat penambahbaikan pada sistemnya, ternyata ianya banyak membantu dan memudahkan kerja guru terutama kpd guru kelas.Oleh itu kerjasama semua guru amatlah penting sekali. -Ibubapa pun boleh memantau prestasi anak mereka dari rumah (hanya di hujung jari). Namun begitu hanya segelintir sahaja ibu bapa yang menyedari kewujudan sistem SAPS ini.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Oct 31, 2011 10:19:07 GMT -5
SAPS memang bagus, tetapi bila nak key in markah Tahun 1 kena guna cara manual coz diaorang KSSR. So, isi-isilah PBS pulak bagi Tahun 1, KSSR. Hai pening juga kepala dibuatnya.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 11:05:57 GMT -5
Pihak KPM sntiasa m'cari sesuatu yg baru yg dpt m'bnatu guru2 di sekolah..sebagai guru kita boleh mengutarakan apa sahaja yg berkaitan sbg penambahbaikan.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 12:06:51 GMT -5
Betul tu k gie...saya setuju dgn pendapat k gie tu....asalkan ada penambahbaikkan yang baik serta dpt memberikan manfaat kpd semua warga pendidik...itu sudah dikira satu langkah yang positif...
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 17:38:35 GMT -5
SAPS memang bagus. Namun sejauh mana program ini akan berjalan? Sekarang pula sudah ditambah pelaporan KSSR. Adakah apabila bertukar Kepala Kementerian Pelajaran akan bertukar lagi sistem pendidikan? Tak lama lagi mungkin akan bertambah satu persatu pelaporan yang perlu guru-guru online kan....
|
|
|
Post by sharina240772 on Oct 31, 2011 22:16:48 GMT -5
Saps memang dapat memudahkan kerja guru kelas... X mcm dulu guru kelas perlu mngejar guru-guru yg x memberi markah kpd mereka tapi skrg blh buka terus saps je... Jimat tenaga, jimat masa dan jimat sgala2 nya.. Ibubapa pn blh online untuk melihat kputusan peperiksaan anak2 mereka melalui saps jg..
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 22:30:42 GMT -5
Pagi ini saya mengisi markah PKSR 2 sebanyak 4 kelas. Selama 2 jam baru la selesai . Talian agak lemah kerana lebih 1300 online pada masa yang sama.Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program berkenaan susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 1, 2011 1:49:17 GMT -5
Saya tak terlibat dengan SAPS sbb ngajar tahun 1 dan pra sekolah tapi adalah juga terdengar rungutan guru2 pada peringkat permulaan tapi sekarang dah ok.. Perkara baru memang susah sbb tak biasa
|
|