|
Post by norazzarahtonkdc4 on Oct 29, 2011 19:50:56 GMT -5
Salam! Penggunaan ICT di dalam p&p pasti mengujakan murid dan guru!Support system yang sedia ada di sekolah pasti banyak membantu guru guru.Perancangan yang baik dan teliti dapat membantu guru di dalam melestarikan p&p dengan menggunakan ICT.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 20:16:49 GMT -5
Penggunaan ICT memang mengujakan. Lebih-lebih lagi kpd murid yg tiada komputer dan internet di rumah. Walaubagaimanapun, penggunaan ICT tanpa pengawasan boleh mendatangkan kesan negatif. Ini kerana terlalu mudah utk mendapatkan apa jua perkara melalui web-web tertentu yg tidak sepatutnya mereka layari.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Oct 29, 2011 20:21:46 GMT -5
salam...saya setuju dengan pendapat ini..tetapi masih ada sekolah yang tidak mengaplikasikan penggunaan ict di sekolah dengan kekurangan alatan dan kemudahan yang sepatutnya di rasai oleh semua murid.Pihak pentadbir juga perlu memantau kelemahan ini jika mahu guru-guru menggunakannya secara berterusan
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 29, 2011 20:42:38 GMT -5
Memang mengujakan murid-murid kerana mereka sudah sgt biasa dengan papan tulis dan latihan bertulis. Berkesempatan menggunakan peralatan ict dan berinteraksi dengan murid2, sambutan sangat berbeza dan mereka nampak gembira.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 29, 2011 20:55:52 GMT -5
Nampaknya secara peribadi sek saya xde semua ni. harap laptop sdn bhd n projektor kpm. makmal x diselenggara jd pc yang ada hanya 4 yang elok utk dikongsi 42 pelajar. jd saya sorangje la yg guna laptop murid2 tgk je. itupun ok lah kan daripada x guna langsung.
|
|
|
Post by sitihawabasrikdc6 on Oct 29, 2011 23:51:34 GMT -5
Slm.. penggunaan ICT dalam p&p amat menarik minat pelajar...tapi hati-hati kadang2 pelajar kita tersalah menggunakannya. Oleh itu pemantauan daripada semua pihak amat di perukan..
|
|
|
Post by sitiedaliekdc6 on Oct 30, 2011 1:37:19 GMT -5
Salam.. Setiap sesuatu yang baru sememangnya amat menarik minat semua golongan, tak kira murid ataupun guru..namun sejauh mana ianya diaplikasi sepenuhnya untuk P&P?
|
|
|
Post by rosmawatikdc4 on Oct 30, 2011 2:53:07 GMT -5
salam . Kebanyakan di sekolah sekarang ini sudah ramai guru yang mengaplikasikan penggunaan ict dalam pengajaran .tambahan pula makmal komputer memang disediakan di sekolah. tapi yang menjadi masaalahnya ialah keangan masa dan jadual waktu menyebabkan tidak semua dapat menikmati kemudahan ini. oleh sebab itu pihak sekolah menggalakkan guru-guru membawa laptope sendiri untuk digunakan dikelas dengan bantuan pegawai teknikal yang ada di sekolah.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Oct 30, 2011 2:54:56 GMT -5
salam...ict dalam p&p memang menyeronokkan selaras dengan KSSR yang menekankan elemen tmk.Walau bagaimanapun guru tidak punya banyak waktu untuk menyediakan pengajaran menggunakan ict kerana kengkangan masa dan tambahan pula tidak semua sekolah menyediakan kemudahan ict yang lengkap.So sebagai guru perlu kreatif dan yang penting murid dapat terima apa yang diajar oleh guru.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 30, 2011 9:32:19 GMT -5
salam semua....x semua cikgu ada laptopkan?...dan x semua sekolah lengkap dengan peralatan komputer kan? Alangkah bagusnya kalau ada pihak yg menyumbangkan laptop utk setiap guru....ala ala mcm ckgu PPSMI tu....barulah harapan utk laksanakan p&p guna ICT akan terlaksana..sapa setuju sila angkat tangan...:-)
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 30, 2011 10:07:50 GMT -5
Penggunaan ict dalam P&P memang sesuatu yang menyeronokkan buat murid-murid namun menyediakan dan memasangnya kadang kala akan mengambil masa yang lama. Sedangkan waktu yang ada amat terhad sebab bukan semua kelas dilengkapi kemudahan ICT
|
|
|
Post by azalinaabdullakdc2 on Oct 30, 2011 10:19:19 GMT -5
Salam, Saya bersetuju dengan pandangan rahayukdc2. Bebanan tugas guru yang semakin bertambah juga adalah punca mengapa guru-guru tidak sempat (bukan tidak mahu) menggunakan ICT dalam p&p. Kekangan masa amat menghimpit guru2.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 30, 2011 10:31:09 GMT -5
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,Misalnya masalah kecekapan guru dalam penggunaan ICT boleh diatasi dengan memperbanyakkan guru dengan kursus-kersus berkaitan ICT dan sebagainya. Pendedahan guru diperingkat awal terutamanya semasa di maktab/institusi pendidikan dapat menambah kecekapan tersebut.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 30, 2011 10:38:30 GMT -5
Saya berpendapat sebaliknya dengan pandangan Azalina, walaupun beban tugas guru yang banyak, tetapi dengan penggunaan ICT jugalah ianya dapat diringankan, tetapi hendahlah dengan tahap kecekapan yang baik yang diiliki oleh guru itu sendiri. Tugas-tugas yang remeh yang membebankan boleh diselesaikan dengan cara mudah dengan diadaptasikan penggunaan ICT.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Oct 30, 2011 10:41:22 GMT -5
salam...... kebanyakan guru menjalankan tugas perkeranian disekolah.....pendedahan ICT kepada guru-guru baru telah diajar di Maktab lagi memag tak boleh dinafikan,tapi bila posting guru dah bertukar watak
|
|