|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 10:44:52 GMT -5
Saya merasakan penggunaan ICT akan memberikan kesan yang baik kepada murid terutama sekali bagi menarik minat murid - murid, memahami konsep, kronologi, fakta - fakta yang perlu dikaitkan dengan tajuk lama dan baru serta ia juga memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan potensi diri kepada murid yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan keupayaan.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 30, 2011 10:48:01 GMT -5
Assalamualaikum. Masalah yang sering dihadapi oleh sebilangan sekolah kecil terutama di luar bandar. Ini termasuklah peralatan, kemudahan internet, kepakaran dan pembantu makmal. Sekolah kecil di luar bandar tidak mempunyai peralatan secukupnya di setiap kelas. Dalam hal ini, selain Pentadbir sekolah, pihak Jabatan Pendidikan serta kementerianyang bertanggungjawab perlu memberi perhatian bagi memastikan murid luar bandar tidak tercicir dalam kepesatan ICT dewasa ini.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 30, 2011 15:08:56 GMT -5
Memang mengujakan....bukan murid je tapi cikgu pun teruja nak mengunakannya. Tapi nak menyedikannya bukan satu kerja yang mudah, dengan kekangan masa dan urusan pengkeranian yang banyak akhirnya 'chalk n talk yang sedia menanti'.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Oct 30, 2011 21:48:42 GMT -5
Salam sejahtera kepada semua rakan yang membalas di topik ini. pendapat yang anda semua lontarkan memang banyak benarnya.. kekangan masa.. tugasan.. kekangan peralatan.. tetapi jika melihat kepada tajuk topik ini iaitu 'masalah dan cara atasi' saya lebih suka melihat kepada cara untuk mengatasi.. masalah memang terlalu banyak. sebagai contoh, jika masa persiapan yang menjadi kekangan, saya yakin, guru boleh merancang dengan lebih awal. seperti meletakkan jadual pengajaran yang melibatkan ICT setiap hari Rabu contohnya. dan persiapan itu mungkin boleh dibantu oleh guru lain yang mempunyai kelapangan (jika ada)
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 30, 2011 22:26:17 GMT -5
Setuju dengan Nina KDD2
kekangan masa ..tugas ..kemudahan...insfratuktur..pentadbir..semuanya adalah masalah dalam ICT disekolah..
banyak cara untuk mengatasinya skirannya semua pihak mengembleng tenaga untuk menjayakan ICT di sekolah..
Jika difikirkan masalah wujud dimana-mana..cuma cara penyelesaiannya sahaja yang harus dipraktikkan..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 0:02:52 GMT -5
Saya berpendapat ICT sangat terkesan di hati murid kerana rata2 murid sekarang sudah pandai surfing, facebook, blogging dan email. Kita sebagai guru mestilah seiring dengan era globalisai dan mempersiapkan diri... Masalah memang ada...Tapi kalau hari2 kita biasakan diri membuka komputer dan LCD insya Allah alah bisa tegal biasa. Pengalaman dulu saya juga terkial2 nak memasang LCD...
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 31, 2011 0:12:47 GMT -5
Yup...setuju dengan nisa...mula-mula mmg susah...lebih2 lg untuk sediakan bahan p&p.Tapi bila bahan dah ada...senang. Apakata kita usulkan kepada pentadbir agar menyediakan kemudahan yang sama dengan yang ada dalam makmal komputer....maksudnya...x perlu pasang dan cabut segala wayar...so ckgu masuk kelas terus cucuk pendrive atau bahan berkaitan dan mula mengajar...palin lama pun mungkin 5 minit je..
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 5:39:29 GMT -5
kak ima...bab pasang2 LCD di makmal komputer...saya pon x mahir...banyak masalah...ada sekali bila nak belajar pasang...terkejut disebabkan terkena sedikit kejutan elektrik.....bila ditanyakan kepada pembantu makmal komputer...rupa2nya memang ada sedikit masalah wayar di situ.....so,bila nak una...jadi takut pulak...bila la masalah tu nak diselesaikan... ?emmmm....
|
|
|
Post by mfikrinajibkdd2 on Oct 31, 2011 5:54:16 GMT -5
saya rasa kebanyakan sekolah di kebanyakan PPD masih lg lemah dlm urusan maintainance ni..tak tahu sape nak bertanggungjawab
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Oct 31, 2011 10:39:35 GMT -5
Jangan terlalu lekakan anak-anak kita dengan games2 yang ada dlm computer tu, kena kawal ketat penggunaannya. Kalau tak, hancur masa depan dia. Jangan kita menyesal nanti satu hari kita balik, anak-anak dok sebut melayan fb, dgn kita pun buat2 x tahu dan bercakap sama, so salah siapa?
|
|
|
Post by norainkdc2 on Oct 31, 2011 10:49:23 GMT -5
Sebenarnya ;D semua masalah ini dapat diatasi sekiranya kita sendiri meningkatkan kemahiran menggunakan alatan yang dibekalkan dengan baik. Satu lagi, setiap sekolah rasanya telah ada seorang guru ICT atau penyelaras bestari yang mahir menggunakan dan faham selok belok teknikal komputer dan alatan-alatan ICT yang lain. Minta tolong dengan mereka2 ini je...dan paling berkesan ialah dengan meminta tolong dengan suami atau isteri kita yang mahir ICT ni...hehehehe ;D
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 12:25:17 GMT -5
Stu pendapat yg bagus norainkdc2....
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 18:24:08 GMT -5
Penggunaan ICT dalam PnP memang menyeronokkan murid Guru pun seronok juga...tekan je punat, keluar lah gambar dan suara. Takpayah talk and chalk banyak-banyak...
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 31, 2011 21:22:27 GMT -5
aah...betul....sungguh berguna bila guru tgh sakit tekak ke kan...:-)
|
|
|
Post by mohdfazali_kdc6 on Oct 31, 2011 21:29:00 GMT -5
memandangkan dunia globalisasi masa kini tidak timbul lagi soal masalah penggunaan. Hari ini adakalanya murid lebih menguasainya berbanding guru terutama dikawasan bandar. Persoalannya adakah kuantiti dan kualiti komputer disekolah memuaskan? Itulah hakikat masalah yang dihadapi sekarang.
|
|