|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:30:10 GMT -5
3. Teknologi dan internet sebagai penyiaran maklumat - Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding saluran tradisional.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:33:04 GMT -5
4. Ciri pembelajaran interaktif dalam talian. - E-Pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaannya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Kaedah ini amat memudahkan P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:34:43 GMT -5
5. Ciri E-Library - Merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat ilmu pengetahuan yang sangat berguna khususnya dalam P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:38:56 GMT -5
6. EdukasiNet - Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita dan secara perbincangan berasaskan aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan emel secara berkesan. Guru dan murid boleh berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan dalam bidang-bidang khusus mereka.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:40:23 GMT -5
7. Ciri Pindahan Fail (FTP) - FTP adalah kaedah menggunakan internet bagi menyalin satu fail dari satu komputer ke satu komputer yang lain.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:42:44 GMT -5
8. Telesidang Video - Pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video yang dikenali sebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumat dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor video.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:47:46 GMT -5
Pada pendapat saya, semua ciri teknologi dan internet di atas perlu ada di setiap sekolah di masa hadapan. Walaupun sesetengah ciri tersebut sudah pun beroperasi dan diaplikasi, namun ianya adalah kebanyakan di peringkat yang lebih tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, dan mungkin juga di sekolah-sekolah perintis yang berasaskan ICT. Di masa hadapan, teknologi ini perlu dikembang dan dimajukan agar semua guru dan pelajar di semua peringkat sekolah dapat menikmati proses P&P yang lebih berkesan, mudah dan menyeronokkan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 9:23:59 GMT -5
Guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu ICT yang lenkap untuk persediaan di masa hadapan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 9:28:17 GMT -5
Guru boleh menggunakan kemudahan Internet untuk mengajar murid kerana ia lebih murah,mudah dan cepat berbanding menggunakan kertas.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 10:28:37 GMT -5
Komputer sesuai untuk dijadikan bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:24:47 GMT -5
Ciri-ciri teknologi komputer pada masa hadapan:- 1. Komputer yang mempunyai sifat kemanusiaan- dapat memehami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya serta mengenal kelakuan atau emosi
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:29:30 GMT -5
2. Peranti berfikiran sendiri - peranti-peranti ini dirangkaikan kepada rangkaian luar bagi menyediakan sebuah rangkaian bersepadu dan pengguna mendapatkan perkhidmatan tambahan.
3. Rangkaian menjadi lebih bijak - ciri-ciri lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih pintar, penggunaan teknologi IPV4, talian digital dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:36:21 GMT -5
4. Web menjadi bertambah bijak - Web akan memperkenalkan teknologi portal peribadi, penggunaan XML untuk menggantikan HTML dan penggunaan imej atau QBIC. Perisian ini menghasilkan kandungan Web juga menjadi bertambanh mudah dan lebih mampu menghasilkan animasi atau interaktiviti yang menarik.
5. Ekonomi internet akan berkembang - Ekonomi internet akan berkembang dengan pesat dan laman sesawang e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Jumlah yang bakal dibelanjakan dalam internet menjelang 2013 adalah AS$41.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:43:21 GMT -5
6. Komputer generasi baru - menggunakan paparan Super XGA untuk penghasilan monitor. Paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3 inci dengan revolusi 2560 x 2048 merupakan paparanyang luas serta besar.
7. Identiti peribadi digital - maklumat diri menjadi lebih terbuka serta mudah dicapai. Penggunaan kad pintar digabungkan bersama kad kredit atau kad pengenalan untuk mudahkan integrasi maklumat di seluruh dunia.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:46:55 GMT -5
Penggunaan komputer di rumah. Ia akan disambungkan bersama semua peralatan elektrik. Rumah-rumah akan diisi dengan kabel optik fiber untuk memindahkan data membolehkan semua perkara dilakukan dengan lebih pantas.
|
|