|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 0:19:41 GMT -5
Kedua : Guru dan pihak pentadbir sekolah juga perlu berusaha untuk menggunakan makmal komputer secara menyeluruh.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 0:21:28 GMT -5
Ketiga : Selain itu, guru-guru juga perlu ada kesedaran untuk menguasai lebih banyak ilmu dalam bidang teknologi maklumat ini agar pengetahuan yang ada dapat disalurkan dalam P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 0:23:11 GMT -5
Keempat : Guru-guru juga perlu ada inisiatif sendiri dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan ICT secara menggunakan internet yang ada untuk tujuan P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 1:30:52 GMT -5
Ciri-ciri teknologi masa hadapan yang dapat membantu proses P&P ialah yang penting perlu adanya internet.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:48:58 GMT -5
Guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT dan teknologi komputer yang lengkap sebagai persediaan untuk era Teknologi Maklumat yang semakin pantas.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:49:49 GMT -5
Guru-guru juga perlu ada inisiatif sendiri dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan ICT secara menggunakan internet yang ada untuk tujuan P&P
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:56:52 GMT -5
Saya bersetuju guru perlu mendalami ICT dalam era teknologi maklumat ini. Banyak perkara yang perlu diambil kira sama ada pada diri individu itu sendiri dan juga pihak yang lain . Antara teknologi kini yang dapat membantu p&p seperti jaringan internet , edu web tv dan sebagainya.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 6:58:48 GMT -5
Agar semua guru-guru memajukan diri dalam bidang teknologi dalam mengharungi bidang yang serba mencabar pada masa hadapan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:10:38 GMT -5
Terdapat petanda pembinaan teknologi baru dapat meningkatkan prestasi pembelajaran di sekolah. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bhw penggunaan inovasi teknologi baru (termasuk internet) telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan, di antaranya : Pertama : Menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver dan Short, 1997)
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:12:59 GMT -5
Kedua : Teknologi ini dapat menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy dan McNaught, 1997).
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:14:49 GMT -5
Ketiga : Teknologi dapat menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley, Tupper dan Musser, 1998).
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:16:15 GMT -5
Keempat : Teknologi dan internet juga dapat menyediakan alat untuk guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen dan Reevers, 1996)
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:19:07 GMT -5
Charp (2000), pula menyatakan, kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:25:42 GMT -5
Teknologi dan internet perlu ada ciri-ciri yang berfungsi dengan baik bagi membantu proses P&P. Diantara ciri-ciri yang perlu ada ialah : 1. Komunikasi - Mail Elektronik (E-Mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan meluas. Melalui emel ini, guru dan murid boleh menyertai kumpulan perbincangnan untuk bersoal-jawab, bincang soalan dan kongsi pengalaman / pengetahuan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 7:28:11 GMT -5
2. Perolehan maklumat - Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan murid dalam internet. Maklumat tersebut tersedia dalam web dalam bantuk pangkalan data, dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer.
|
|