|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 8:55:18 GMT -5
Selain itu, Guru Besar perlu menyediakan persekitaran yang memberansangkan guru dan murid dalam penggunaan ICT.
|
|
|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 8:57:12 GMT -5
Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam penggunaan ICT dan bukan terletak tanggungjawab kepada Guru Besar sahaja.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 9:02:09 GMT -5
Sebagai pemimpin, kita mestilah berfikiran positif dan tenang, tentang ICT pemimpim (GB) mestilah peka dengan kehendak dan tuntutan guru – maksudnya tidak cepat jadi gundah gulana. Seperti kisah seekor burung kecil yang melepaskan najis tepat pada muka seorang pemuda yang sedang memerhati keindahan langit. Pemuda yang bijaksana itu hanya berkata … “bertuahlah saya kerana lembu tidak boleh terbang”.
|
|
|
Post by sarojahsahnukdc2 on Dec 17, 2011 9:07:10 GMT -5
Rata-rata guru sudah mendapat pendedahan yang mencukupi di universiti tempat mereka belajar, tetapi apabila bertugas, kemahiran ict mereka disia-siakan dek kekurangan kemudahan ICT di sekolah. Lama-kelamaan kemahiran mereka ini jadi berkarat dan susah untuk mereka mengejar teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari jika masalah ini berterusan.
|
|
|
Post by sitimariammusakdc2 on Dec 17, 2011 9:09:51 GMT -5
Guru besar juga sepatutnya terlebih dahulu mendalami ilmu ICT dan seharusnya memberi galakan kepada guru-guru agar selalu menggunakan ICT dalam p&p.
|
|
|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 9:32:08 GMT -5
Guru Besar dan para pentadbir perlu memikirkan dan menerapkan nilai-nilai atau sikap agar guru-guru menggunakan ICT kerana ia juga merupakan tanggungjawab guru memberi pendedahan sesuatu yang baik dan baru.
|
|
|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 9:33:21 GMT -5
Guru Besar juga patut memasukkan bajet dalam menyediakan perkakasan ICT dalam bajet kewangan sekolah.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 9:38:29 GMT -5
Perlaksanaan ICT di sekolah amat baik sebenarnya, sayangnya terlalu banyak masalah. antaranya guru penyelaras merangkap menjaga makmal komputer,merangkap guru data dan banyak merangkap lag
|
|
|
Post by alruziahkdd2 on Dec 17, 2011 9:42:27 GMT -5
Walaupun saya kurang arif apakah maksud soalan ini, namun kepimpinan itu tentulah merujuk kita sebagai seorang guru yang akan memberi pendidikan kepada anak didik kita menggunakan ict. Oleh itu sebagai pemimpin kita kena pimpin diri kita dulu memajukan diri dalam teknologi ict.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Dec 17, 2011 9:48:39 GMT -5
Pihak sekolah hendaklah menyediakan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan setiap pelajar dapat mempelajari ICT di sekolah.
|
|
|
Post by marziatimisrikdc2 on Dec 17, 2011 10:05:46 GMT -5
Guru yang mahir dalam ICT di sekolah mestilah berbesar hati untuk berkongsi ilmu dgn guru2 lain. Sekurang2nya bebanan tugas guru ICT dapat dilaksanakan bersama2.
|
|
|
Post by marziatimisrikdc2 on Dec 17, 2011 10:08:05 GMT -5
Guru besar memainkan peranan penting dalam pengurusan ICT di seklah. Beliau adalah org yang bertanggungjawab melantik beberapa org guru yg mahir utk memimpin guru2 lain yg kurang mahir dalam ICT ini.
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:15:46 GMT -5
Guru sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan ICT untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka ke arah lebih baik
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:19:42 GMT -5
Kewangan juga penting dalam memajukan ICT di sekolah tanpa sumber kewangan yang mencukupi kelengkapan ICT tidak dapat diadakan
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:22:23 GMT -5
Guru-guru yang mempunyai kemahiran boleh membantu guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT
|
|