|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 7:29:01 GMT -5
Ya. Saya setuju dengan pendapat badrunnisah,norhayati dan k.emy. Guru ibarat lilin yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Contoh melalui teladan.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 9, 2011 8:24:33 GMT -5
tetapi sekarang guru dah tak boleh jadi lilin sebab lilin akan habis...tapi jadilah mentari yg sentiasa menerangi bumi bila tibanya waktu pagi....
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 9:19:26 GMT -5
tambahan.
bagi pentadbir khususnya guru besar. perlu tahu, tiada satu pun teknologi atau ICT yang dikatakan sempurna dan boleh menyelesaikan masalah. Maka pastikan sebarang pelaburan besar yang melibatkan ICT yang dibuat tidak berkesudahan dengan pelaburan yang mengongkong. ICT sentiasa berubah pastikan pelaburan yang dibuat tidak mengekang dapatan teknologi lain.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 9, 2011 9:23:09 GMT -5
Ya k.redza, tepat sekali.Apapun keutamaan kepada teknologi yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak di sekolah. Tak kiralah sama ada guru itu lilin atau mentari tapi peranannya tetap sama.Menyuluh yang gelap agar bercahaya.
|
|
|
Post by azizahabubakarkdc3 on Nov 9, 2011 9:24:05 GMT -5
Guru Besar hendaklah mempastikan pelaksanaan ICT dilakukan secara berterusan. Pemantauan juga hendaklah dilakukan terhadap guru-guru. Kaji selidik juga hendaklah dijalankan terhadap murid-murid untuk mempastikan pelaksanaan ICT efektif di sekolah.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 9:37:14 GMT -5
Betul kata azizah disamping itu juru teknik komputer di sekolah juga dapat membantu guru-guru yang kurang mahir komputer dalam mengendalikan komputer.
|
|
|
Post by adillahsaidkdc1 on Nov 9, 2011 9:49:36 GMT -5
Memang betul pemimpin hendaklah menggunakan ict terutama semasa bermesyuarat atau pun taklimat. Barulah orang2 bawahan ikut. macam di sekolah saya , guru besar memang mahir ict dan sentiasa memastikan prasarana ict yang ada diselenggara dengan baik.Guru besar juga sentiasa menggalakkan guru2 supaya belajar dan mahir ict.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 9, 2011 10:00:43 GMT -5
mahir atau tidak perkara kedua..apa yang paling penting adalah kemahuan dan buang rasa malu utk belajar...
|
|
|
Post by bushraramlikdc5 on Nov 9, 2011 22:01:32 GMT -5
Sikap, sokongan, prasarana, sokongan pentadbir semuanya perlu dalam mewujudkan sekolah yang tidak ketinggalan dalam dunia ICT. Jika pemimpin sahaja yang beria-ia tetapi sikap guru masih ditahap lama, perkembangan ICT di sekolah tidak akan berkembang. Pemimpin dan guru haruslah seiring dan perlu memberikan sokongan antara satu sama lain.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 9, 2011 22:46:20 GMT -5
Betul tu bushraramli.Semua warga sekolah mestilah memainkan peranan masing2.Pastikan laptop yang dibekalkan dimanfaatkan sepenuhnya untuk proses p&p. Sikap positif, mengoptimumkan peluang, gigih, suka bertanya adalah kunci kejayaan. Guru lama bertanya kepada yang baru. Yang tidak mahir bertanya yang pakar.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 9, 2011 23:23:59 GMT -5
apabila adanya kolaborasi antara pemimpin dan yang dipimpin maka matlamat yang disasarkan akan tercapai.......semuanya perlu bersatu hati dan bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi.....
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 10, 2011 1:45:23 GMT -5
Dalam hal ni semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha untuk menjayakan program ICT.. pentadbir mereka hendaklah mengoptimumkan prasarana ICT di sekolah dgn wujudkan suasana persekitaran ICT di sekolah spt memperbanyakkan bilangan komputer, memasang internet dan wifi untuk kegunaan warga sekolah serta menyediakan kursus dan latihan ICT untuk cikgu2... cikgu2 pula hendaklah bersikap terbuka dan menerima ICT sebagai sebahagian dpd dunia pendidikan kini, hendaklah menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan ICT dan bersedia untuk mengajar menggunakan kemudahan ICT.. Murid-murid pula perlu diberi peluang untuk menggunakanya
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 10, 2011 1:47:38 GMT -5
Pemantauan oleh pihak atasan perlu dilaksanakan secara berterusan... danguru perlu diberi kursus yang sesuai.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 10, 2011 6:38:49 GMT -5
Rasanya sekarang nie ramai yang akan membantu dalam menjayakan ICT di sekolah. Kementerian pun semakin meng up gradekan sistem pelajaran berasaskan ICT lihat sajalah sisitem saps.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 10, 2011 7:45:10 GMT -5
betul tu kak reza.....
|
|