|
Post by wandianakdc4 on Nov 20, 2011 8:43:44 GMT -5
PJJ satu peluang kepada guru untuk bekerja sambil belajar tanpa perlu mengambil cuti atau meninggalkan kerja serta tugasan dirumah.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:45:24 GMT -5
kaedah pembelajaran PJJ perlukan pengintegrasian pelbagai bahan media. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu melengkapkan diri dalam ilmu ICT.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 8:45:45 GMT -5
PJJ telah berjaya membuka peluang pelajaran kepada semua, sama ada dari segi kelayakan asas, umur, tempat, masa (bila untuk mendaftar dan bila untuk menamatkan pelajaran).
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:49:15 GMT -5
Pihak kerajaan khususnya KPM telah banyak menaja penjawat-penjawat awam mengikuti progrsm PJJ terutama guru supaya meningkatkan lagi tahap pendidikan masing-masing. Contohnya...kita la...
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 8:49:30 GMT -5
PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.
|
|
|
Post by norasikinismakdc1 on Nov 20, 2011 8:51:00 GMT -5
:-*saya amat bersetuju bahawa pjj ini merupakan satu langkah atau altenatif untuk meningkatkan taraf akademik para pendidik.Selain itu ia juga merupakan satu peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan kepada golongan profesional. PJJ ini memberi peluang kepada kita (para guru) untuk meningkatkan taraf ekonomi selain menambahkan ilmu pengetahuan.Dengan adanya pjj ini golongan yang bekerja tidak perlu bersusah payah untuk menghadirkan diri ke kuliah yang diadakan di universiti2....walaupun berada dirumah kita masih boleh belajar dan menambah ilmu pengetahuan...
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 8:51:34 GMT -5
Sistem PJJ ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Namun begitu usaha untuk mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah adalah menjadi matlamat yang utama.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:55:05 GMT -5
PJJ? Umumnya terdiri daripada pelajar dewasa yang telah lama meninggalkan alam persekolahan dan sedang bekerja(contohnya guru) serta kebanyakannya telahpun berkeluarga (contohnya pelajar program PPG)
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 8:55:31 GMT -5
PJJ memerlukan cara belajar kendiri dimana kita bertemu pengajar secara berkala dan belajar mengikut kaedah sendiri dan ia pasti menuntut pengorbanan yang besar untuk berjaya menggenggam segulung ijazah.
|
|
|
Post by norasikinismakdc1 on Nov 20, 2011 8:56:43 GMT -5
;D Dsebenarnya pjj ini telah membuka ruang dan memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan taraf akademik...disamping itu ia juga sebenarnya memberi kita satu jalan untuk meningkatkan taraf ekonomi...so tak de lah duk kat takuk itu je....
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 9:00:11 GMT -5
USM&OUM merupakan IPTA &IPTS pertama menjalankan PJJ dan merupakan perintis yang telah memberi inovasi kepada sistem pendidikan negara yang pastinya semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:01:02 GMT -5
PJJ menjadi alternatif bagi mereka yang berkerjaya dan ingin menyambung pelajaran,namun tidak mahu meninggalkan kerjaya tetap mereka. PJJ merupakan penyelesaian yang tepat di mana pembelajaran terus di bawa ke rumah pelajartanpa perlu hadir ke universiti ataupun ke kuliah.
|
|
|
Post by syahiraazlinkdc3 on Nov 20, 2011 9:01:44 GMT -5
Kesan yang dapat dilihat ialah kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat kian meningkat. Ini kerana pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.
|
|
|
Post by norasikinismakdc1 on Nov 20, 2011 9:02:31 GMT -5
walaupun pada mulanya pjj ini amat sukar tapi lama-lama best juge ..disamping dapat tambah ilmu pengetahuan,dapat tingkatkan taraf akademik,dapat naikkan taraf ekonomi kita juga dapat ramai kawan, dimana kita dapat bertukar2 fikiran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mendidik pelajar kite...
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 20, 2011 9:02:41 GMT -5
Peningkatan taraf akademik guru-guru sekaligus meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.
|
|