|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:12:58 GMT -5
Salah satu ciri-ciri PJJ yang paling utama ialah pengintegrasian pelbagai bahan teknologi media dalam P&P seperti bahan cetak, persidangan video, pita audio, CD-ROM, emel, perbincangan dalam talian, internet dan sebagainya.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:15:04 GMT -5
PJJ juga merupakan kaedah P&P yang membenarkan pelajar belajar berdasarkan pembelajaran kendiri sesuai dengan keperluan dan motivasi tinggi setiap pelajar.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Nov 20, 2011 8:16:34 GMT -5
Bagi saya, PJJ ini dapat memberi peluang kepada guru bagi menganjak paradigme, walau pun guru-guru menyambung pelajaran namun ianya tidak menjejaskan tugas rasmi di sekolah.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:19:36 GMT -5
Diantara ciri-ciri PJJ lagi ialah pengintegrasian teknologi media dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Nov 20, 2011 8:21:23 GMT -5
Walau pun PJJ ini biasanya hanya di hari-hari tertentu yang telah ditetapkan, ini adalah satu cara dan galakan bagi pelajar untuk belajar dan mencari maklumat secara kendiri.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:27:16 GMT -5
KELEBIHAN PJJ TERUTAMA BAGI GOLONGAN YANG BEKERJA:- 1. penjimatan masa terutama bagi yang berkeluarga 2. memudahkan perhubungan komunikasi serentak dalam satu masa meskipun berlainan tempat 3. menyambung pengajian ke peringkat tertinggi tanpa perlu mengambil cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 20, 2011 8:32:35 GMT -5
Pendidikan Jarak Jauh dapat meningkatkan mutu pelajaran negara. Dengan kekangan waktu bekerja , PJJ merukan satu altenatif baru untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Untuk tempoh jangka panjang, rasanya semua guru akan dapat meningkatkan taraf pendidikan masing-masing
|
|
|
Post by rosmawatikdd1 on Nov 20, 2011 8:34:03 GMT -5
Dalam menuju pembestarian pendidikan, guru-guru perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dan salah satu caranya ialah melalui PJJ.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Nov 20, 2011 8:34:47 GMT -5
PJJ dapat meningkat taraf pendidikan guru-guru, sekaligus dapat menaiktaraf tahap pendidikan di sekolah kerana guru-guru dapat mengaplikasi apa yang dipelajari kepada pelajar-pelajar agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
|
|
|
Post by rosmawatikdd1 on Nov 20, 2011 8:36:36 GMT -5
Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur hidup
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:37:03 GMT -5
kesan jangka panjang PJJ di antara lainnya ialah mungkin akan menyebabkan tanggapan "bekerja dahulu baru belajar" dikalangan anak-anak remaja sekarang.
|
|
|
Post by shahrulazuarkdc4 on Nov 20, 2011 8:37:27 GMT -5
salam, bagi saya PJJ byk faedah dan kebaikannya, walaupun ada yang mempertikaikan program ni, kita mesti lihat PJJ dalam sudut yang positif, jgn sempitkan fikiran kita
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 8:40:25 GMT -5
PJJ merupakan satu alternatif bagi menyambung hasrat untuk belajar ke menara gading.Jadual yang fleksibel membantu pelajar untuk menguruskan masa dengan baik.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 8:41:49 GMT -5
PJJ ini juga menimbulkan rasa cemburu di kalangan orang yang bersusah payah menyambung pengajian dengan mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit, kasih sayang dan masa lapang demi menggenggam segulung ijazah. Namun begitu, ramai juga yang bersyukur kerana generasi sekarang tidak perlu merasa serik seperti mereka dahulu.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Nov 20, 2011 8:42:19 GMT -5
Antara kesan jangka panjang PJJ kepada sistem pendidikan ialah guru sentiasa dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan sistem pendidikan.
|
|