|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 3:58:58 GMT -5
PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan telesidang.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 3:59:34 GMT -5
Matlamat PJJ dalam talian ialah menghasilkan pelajar yang celik IT dan dapat memanfaatkan pengetahuan tersebut di dalam pembelajaran dan kehidupan. ;D
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:00:12 GMT -5
Pelajar berupaya untuk menangani cabaran serta peluang pada hari ini yang banyak menjurus ke arah penggunaan IT.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:01:08 GMT -5
P ;)engimplementasian PJJ dalam talian ini juga meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi pendidikan yang bersesuaian.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:01:45 GMT -5
Di antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-bahan pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. ;D
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:02:31 GMT -5
Bahan-bahan pembelajaran PJJ pula merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran, glosari dan rujukan ke laman Web yang berkaitan. Bantuan pembelajaran juga disediakan melalui telefon dan faks.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:03:05 GMT -5
Pelajar PJJ juga berinteraksi dengan pensyarah, tutor dan pelajar lain secara dalam talian.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:03:47 GMT -5
Segala maklumbalas mengenai tugasan, penerimaan dan penghantaran tugasan, persidangan dan perbincangan dilakukan secara dalam talian di antara pensyarah dan pelajar.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:04:19 GMT -5
PJJ dalam talian membawa pembaharuan dalam arena pendidikan. Pembaharuan yang diperkenalkan menarik perhatian banyak pihak untuk melaksanakan PJJ dalam talian.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:05:06 GMT -5
Isu penting yang perlu disedari oleh semua pihak ialah pertama, PJJ dalam talian adalah berbeza dari PJJ konvensional dan kedua, keadaan sosial dan interaksi di antara pihak yang terlibat juga berbeza daripada persekitaran konvensional.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:06:03 GMT -5
Salah satu elemen penting dalam perubahan pendidikanPJJ ialah tenaga pengajar
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:07:35 GMT -5
Perubahan pengendalian PJJ pada hari ini disebabkan penggunaan teknologi maklumat. PJJ dalam talian melibatkan kepakaran penggunaan teknologi maklumat.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:08:24 GMT -5
;)Pentadbiran universiti perlu memberi perhatian sama ada tenaga pengajar PJJ bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:09:40 GMT -5
:)Pihak pentadbiran universiti perlu mengambil berat mengenai persepsi pensyarah terhadap sesuatu pembaharuan yang berlaku dalam persekitaran pendidikan seperti PJJ sebelum melaksanakannya.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:12:10 GMT -5
Langkah untuk melaksanakan PJJ dalam talian : • Mengekalkan interaksi secara langsung di antara pengajar dan pelajar • Menggalakkan penyediaan bahan pengajaran dalam talian di kalangan pensyarah. • Memastikan adanya kawalan keselamatan di dalam penghantaran dan penerimaan bahan pengajaran. • Kemudahan komputer yang dilengkapi dengan Internet. Internet membolehkan pelajar mencapai maklumat dengan mudah dan cepat. • Penyediaan isi kandungan dan pendekatan bahan pengajaran yang interaktif dan mudah difahami.
|
|