|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:14:35 GMT -5
Kehadiran lebuhraya maklumat dan Internet membawa perubahan kepada kaedah pengajaran konvensional. Ia memperkenalkan konsep pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat. Kaedah PJJ dalam talian dilihat sebagai suatu peluang merealisasikan konsep ini. Justeru, asas pengetahuan pengajar dan pihak pentadbiran yang kukuh adalah penting di dalam menjana halatuju kaedah pengajaran PJJ dalam talian ini. Ini dapat membantu masyarakat menghadapi persaingan di dalam pekerjaan dan kehidupan di dalam arus perdana globalisasi.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:19:06 GMT -5
Keberkesanan PJJ adalah dengan terdapatnya interaktif diantara guru dan pelajar, diantara pelajar dengan persekitaran pembelajaran dan diri pelajar itu sendiri. Gabungan diantara audio dan video juga dapat meningkatkan keberkesanan didalam pembelajaran.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:20:40 GMT -5
Proses pembelajaran PJJ yg aktif juga memberi kesan kepada pelajar terhadap cara bagaimana pelajar memahami pelajaran tersebut.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:21:55 GMT -5
Proses PJJ yang effektif adalah dengan membuat persediaan, dengan memadankan strategi pembelajaran tradisional kepada keadaan pembelajaran baru, di mana kerap kekurangan tanda visual.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:23:07 GMT -5
Dalam proses PJJ juga,pelajar mestilah cepat menyesuaiakan diri dengan cara baru berkomunikasi, belajar bahagi masa, dan responbiliti dalam pelajaran. Pengajar pula mestilah membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pengajar.
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 21, 2011 4:23:19 GMT -5
PJJ ni adalah salah satu proses pembelajaran seumur hidup. Sebagai guru, kita harus mengambil peluang ini
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:25:49 GMT -5
Pelajar PJJ yang terdiri daripada pelajar dewasa memilih cara ini di antaranya ialah kerana faktor kesuntukan masa, jauh, kewangan dan mahukan pengalaman baru serta kawan-kawan baru yang berbeza personaliti. Di sini dapat lihat bukan sahaja pengetahuan baru tetapi juga kemahiran sosial baru termasuk abiliti untuk komunikasi.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:28:03 GMT -5
Dalam proses PJJ sekarang lebih banyak menggunakan koperatif. Bagaimanapun, pembelajaran yang effektif adalah cara pelajar itu sendiri dan persediaan yang rapi.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:31:32 GMT -5
Dalam pengajian tradisional, guru-guru berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar mereka. Mereka menyediakan sendiri bahan-bahan sokongan, nota-nota kuliah dan ujian serta mereka mempunyai kuasa autonomi dan bebas mengkoordinasikan dalam bilik darjah, Berbeza dengan PJJ, tenaga pengajar PJJ tidak terlibat secara langsung dalam bilik darjah dengan pelajar-pelajar mereka. Komunikasi diperantarakan bukan sahaja dengan menggunakan teknologi, tetapi juga dengan rakan sepasukan yang mungkin termasuk editor, pereka, pengeluar, juruteknik, pakar media,tutor tempatan , pembantu dan fasilitator.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:33:32 GMT -5
Kemahiran tenaga pengajar PJJ :- • Pemahaman sifat dan falsafah tentang pendidikan jarak jauh • mengenal pasti karakter pelajar secara maya • Membangunkan perisian kursus interaktif sesuai dengan perkembangan teknologi semasa • Penyesuaian strategi untuk menyampaikan arahan • Mengelolakan sumber pengajaran dalam format yang sesuai untuk “independent study” • Latihan dan amalan dalam penggunaan telekomunikasi • Terlibat dalam organisasi, perancangan usaha-sama dan membuat keputusan dasar
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:38:17 GMT -5
Dalam Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), pembelajaran berasaskan web boleh membantu pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah tertentu atau bagi mereka yang dibataskan oleh masa.
|
|
|
Post by jamalibinsaidkdc1 on Nov 21, 2011 4:54:56 GMT -5
Assalam, PJJ memang bagus dan sesuai kepada mereka yang bekerja dan pada masa yang sama ingin meningkatkan ilmu pengetahuan dan manaikkan taraf kelulusan mereka. Buat masa ini PJJ masih baru di negara kita dan keboleh pasarannya pelajarnya juga belum ketara. Pada pendapat saya sistem pembelajaran ini akan menjadi lebih popular kerana beberapa perkara dapat dilakukan secara serentak. Antaranya jika seseorang itu telah berkeluarga dan pada masa yang sama ingin melajutkan pelajaran sistem pembelajaran melalui PJJ ini amat bersesuaian. Sambil bekerja masih boleh belajar dan sentiasa berada disamping keluarga. Kedua, mereka yang bekerja juga tidak perlu berhenti kerana belajar dan bekerja dikukan serentak. Ketiga, had umur juga tidak menjadi masalah lagi, kerana sistem pembelajaran secara sepenuh masa biasanya didominasi oleh golongan muda. Manakala bagi surirumah tangga, masih boleh meningkatkan pengetahuan dan pada masa yang sama masih boleh menguruskan rumahtangga. Akhir kata, PJJ membantu semua golongan yang ingin menaikkan taraf pendidikan mereka dengan memberi kebebasan dan pilihan sejajar dengan masa kehendak individu..... Lebih ramai yang memilih cara ini bermakna lebih ramai lagi rakyat negara kita yang berkelulusan bersesuaian dengan era serba moden. Sekian.....
|
|
|
Post by norlizahkdc3 on Nov 21, 2011 5:10:45 GMT -5
kesan jangka panjang PJJ: *menarik lebih ramai guru menyambung pelajaran dengan kemudahan yang di sediakan.
Persoalannya?...adakah iannya sama kualiti dengan pembelajaran sepenuh masa? Malah mungkin ada sesetengah individu menyalah gunakan kemudahan bagi memperolehi hasil sendiri...
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 21, 2011 6:01:45 GMT -5
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 21, 2011 6:31:04 GMT -5
Pemahaman pelajar terhadap bahan ajar mungkin juga terjadi keswalahan visi dan persepsi terhadap tujuan yang ditentukan. Pelajar meraa bahawa dia telah mencapai tujuan pembelajaran sedangkan pensyarah masih menganggap belum tercapai sepenuhnya.
|
|