|
Post by samsilakdc2 on Nov 24, 2011 3:10:40 GMT -5
3. Tutorial Merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk forum, perbincangan secara berkumpulan, Pembelajaran tutorial, dimana pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem. Tujuan toturial adalah untuk menyampaikan kandungan, soal jawab, permasalahan dan mendapat maklumbalas. Contoh: melalui forum !.. ;D = Memberi ruang kepada murid lebih kreatif dalam mencari bahan untuk berforum di samping menambah input ilmu mereka..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 24, 2011 3:11:46 GMT -5
4. Perbincangan Perjumpaan antara pelajar-pelajar dan pengajar. Pelajar diberi peluang untuk menganalisis maklumat, berkongsi pandangan sesama mereka dan memberi pelbagai idea bersama-sama pengajar. Persedian awal diperlukan bagi menjayakan perbincangan yang diadakan di atas talian menjadi efektif krn perbincangan ini adalah secara 2 hala.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 24, 2011 3:12:27 GMT -5
5. Latih tubi Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan cara perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar-pelajar. -Contoh:laman web, Cd-Rom
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 24, 2011 3:13:40 GMT -5
6. Permainan Pengajar akan memberikan kepada pelajar satu permainan untuk diselesaikan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. -Contohnya: menyelesaikan silang kata dan puzzle yang dsediakan. = Menambah minat murid kepada mata pelajaran yang diajar..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 24, 2011 3:21:21 GMT -5
Dengan pengenalan teknologi Internet, telah wujud sistem pengurusan yang boleh dicapai dalam talian selain dari rangkaian kampus. Sistem Pembelajaran Bersepadu (ILS) adalah umpama one-stop center bagi murid dan guru memperolehi bahan P&P. Sistem Pembelajaran Bersepadu menawarkan pelbagai teknik dan strategi pembelajaran secara berpusat, kebiasaannya sebagai pakej kurikulum yang lengkap dengan bantuan teknikal dan latihan. ILS juga berkeupayaan menyimpan rekod setiap individu murid seperti tugasan, markah, keaktifan dan sebagainya. Rekod ini juga boleh dicetak oleh guru untuk pemantauan atau simpanan. ...
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:18:47 GMT -5
PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM BIASA DAN INSTRUKSIONAL Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala instruksi memberi tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar .
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:21:15 GMT -5
LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 1. Reka bentuk 2. Pengembangan/Pembinaan 3. Penggunaan 4. Pengurusan 5. Penilaian
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:22:15 GMT -5
Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:23:50 GMT -5
teknologi instruksional juga didefinisikan sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:24:07 GMT -5
Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:25:27 GMT -5
amalan dlm konteks ini adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:27:17 GMT -5
Domain penggunaan merupakan salah satu daripada lima domain teknologi instruksional. Domain Teknologi Instruksional:- Teori dan Amalan Pengembangan PenggunaanPenilaian Reka bentuk Pengurusan
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:28:12 GMT -5
Domain Penggunaan Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 24, 2011 8:28:55 GMT -5
Domain penggunaan terdapat empat kategori:1. Penggunaan media dan kaedah 2. Penyerapan atau difusi inovasi 3. Pelaksanaan dan 4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 24, 2011 8:29:01 GMT -5
Perisian instruksional adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran masa hadapan tidak sama dengan sekarang iaitu proses pengulangan melalui perisian dapat membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanging proses pengulangan melalui bahan cetak.
|
|