|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 23, 2011 8:06:18 GMT -5
Penggunaan perisian instrusional dapat mengatasi masalah bilangan murid yang ramai kerana perisian ini menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap individu serta menjamin pencapaian yang baik.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Nov 23, 2011 8:10:51 GMT -5
enam strategi perisian Instruksional: 1. LATIH TUBI 4. PERMAINAN INSTRUKSIONAL 2. TUTIORAL 5. PENYELESAIAN MASALAH 3.SIMULASI 6.Sistem pembelajaran bersepadu.
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 23, 2011 8:14:52 GMT -5
Seterusnya...... antara kelebihan perisian instruksional.....
* Dapat mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar *Dapat mengatasi bilangan murid yang ramai *Melibatkan lebih dari satu deria....
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 9:20:50 GMT -5
Kepentingan dan kelebihan perisian instruksional dalam pendidikan ialah : a. membina kemahiran kognitif b. menggalakkan pembelajaran kendiri c. menjadikan pembelajaran aktif d. menggalakkan pembelajaran menghiburkan. e. mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 9:22:08 GMT -5
tambahan... dismaping itu juga ia dapat mengatasi bilangan murid yang ramai, melibatkan lebih daripada satu deria, menjimatkan masa pembelajaran dan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 9:23:52 GMT -5
secara umumnya terdapat 6 stretegi yang boleh diguna pakai untuk membangunkan perisian instruksional seperti latih tubi, tutorial, simulasi,permainan instruksional, penyelesaian masalah san sistem pembelajaran bersepadu.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 11:57:30 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional atau kowser adalah sangat penting kerana bentuk pengajaran pada masa hadapan tidak sama seperti sekarang.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:02:02 GMT -5
Antara kepentingan dan kelebihan perisian instruksional dalam pendidikan ialah menjimatkan masa pembelajaran kerana proses pembelajaran melibatkan lebih daripada satu deria.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:10:00 GMT -5
Terdapat enam strategi yang bolah digunapakai oleh perisian instruksional yang boleh menjimatkan masa pengajaran iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan instruksional, penyelesaian masalah & sistem pembelajaran bersepadu.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:12:32 GMT -5
Aktiviti instruksional yang wujud dalam ILS merangkumi dari latih tubi yang mudah sehinggalah tutorial yang pintar.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:15:22 GMT -5
Kebanyakan ILS kini menggunakan konsep tutorial pintar yang lengkap sebagai pengganti guru dalam mengendalikan keseluruhan aktiviti p&p.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:18:53 GMT -5
Sistem yang berasaskan rangkaian atau dalam talian ini memudahkan guru dan murid untuk mengakses kepada bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:21:18 GMT -5
Perisian instruksional telah mula digunakan dalam proses p&p sejak tahun 60-an dan 70-an lagi dan penggunaannya terus berkembang sehingga kini seiring dengan perkembangan teknologi.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:26:40 GMT -5
Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian instruksional atau koswer lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 23, 2011 12:29:23 GMT -5
Perisian instruksional mempunyai kelebihannya dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku.
|
|