|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:26:43 GMT -5
Terdapat 6 strategi yg digunakan untuk menjayakan perisian ini iaitu: 1. latih tubi 2. tutorial 3.simulasi 4.permainan instruksional 5. penyelesaian masalah 6. sistem pembelajaran bersepadu.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:37:34 GMT -5
Perisian instruksional menggunakan konsep di mana teks, lisan, grafik, animasi dan video di gabungkan atas skrin yang sama.Ini dapat meransang minat murid dan membina kemahiran kognitif mereka.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:42:25 GMT -5
Perisian intsruksional mempunyai kelebihan dalam menyediakan platform pembelajaran kendiri dan murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan dan kesesuaian mereka.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:48:05 GMT -5
Perisian instruksional menggalakkan pembelajaran secara aktif pada sebarang peringkat umur. Pembelajaran secara ini adalah lebih pantas dan membina ingatan jangka panjang.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:52:22 GMT -5
Elemen animasi dalam perisian instruksional amat menghiburkan khasnya bagi murid prasekolah untuk menarik minat mereka dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:55:31 GMT -5
Perisian instruksional menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid walaupun melibatkan murid yang ramai.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 1:59:03 GMT -5
Pendidikan menerusi perisian instruksional akan menggerakkan setiap deria murid . penglibatan lebih dari satu deria memberi impak positif terhadap proses pembelajaran
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 23, 2011 2:05:57 GMT -5
Banyak dapatan kajian menunjukkan perisian instruksional mampu menjimatkan masa berbanding kaedah tradisi.
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Nov 23, 2011 2:14:40 GMT -5
Sebenarnya saya belum begitu faham tentang perisian instruksional..Tetapi yang boleh saya gambarkan, melalui ujian-ujian yang dijalankan dengan penggunaan perisian ini dapat menjimatkan masa kerana murid hanya perlu 'klik' sahaja jawapannya tanpa menulis. Memang ia menjimatkan masa.
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Nov 23, 2011 2:17:12 GMT -5
Ia dapat menjimatkan masa pembelajaran video-video yang dipaparkan dalam p&p. Guru tidak perlu banyak memberi penerangan kepada murid apalagi menulis di papan putih..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 2:18:57 GMT -5
Yer betul tu saudari norainiekson, instruksional sangat menjimatkan masa dan membolehkan guru menyerlahkan potensi diri menyampaikan p&p dengan menggunakan pelbagai strategi. boleh rujuk modul ms 51.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 23, 2011 2:42:17 GMT -5
Khan B.H 1997 pula menambah ...."hypermedia - based instructional program which utilizes the attributes and resources of the World Wide Web to create a meaningful learning environment where lwarning is fostered ang supported."
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 23, 2011 2:43:06 GMT -5
Perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat berasaskan perisian instruksional sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran berasaskan media tradisi.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 23, 2011 2:50:36 GMT -5
Dengan peningkatan kemampuan perkakasan dan perisian komputer, persembahan maklumat berasaskan perisian telah semakin meningkat dalam kalangan pengguna komputer.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 23, 2011 2:54:48 GMT -5
Jika dibandigkan dengan media instruksional lain, komputer merupakan alat kognitif yg paling efisien dan efektif serta kawalan pengguna ini membolahkan murid mengawal, memanipulaqsi dan menjelajah maklumat didalam perisian instruksional dan aspek ini memberi kesan yg sgt positif terhadap murid.
|
|