|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 13, 2011 23:25:03 GMT -5
Betul tu, sebab tu Wi fi disekolah sentiasa di pantau guru ICT. Beberapa 'segmen' atau enjin carian terpaksa di blok/ disekat oleh Kementerian Pelajaran. Jika tidak, bahananya kepada murid2 yang masih mentah yang masih tidak dapat menapis maklumat/ imej yang diterima positif atau tidak. bersetuju dengan norzila. tqvm kerana memberikan pandangan.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 13, 2011 23:52:52 GMT -5
perancangan teknologi itu penting selain memastikan objektif pengajaran tercapai,ianya bagi memastikan memudahkan pengajaran guru.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 13, 2011 23:56:34 GMT -5
selain daripada itu pengajaran teknologi itu penting dan memerlukan persediaan daripada guru adalah disebabkan untuk menarik minat murid untuk belajar.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:30:25 GMT -5
Teknologi pendidikan merupakan kajian dan analisia untuk membantu proses belajar da lammeningkatkan kualiti dengan membuat, menggunakan, dan mengelola proses dan sumber teknologi yang mencukupi. Istilah teknologi pendidikan sering dihubungkan dengan teori pengajaran dan pembelajaran. Apabila teori pengajaran dan pembelajaran mencakupi proses dan sistem dalam pengajaran dan pembelajaran, teknologi pendidikan juga merangkumi sistem lain yang digunakan dalam proses mengembangkan kemampuan manusia
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 14, 2011 2:33:45 GMT -5
Tujuan utama teknologi pembelajaran adalah (1) untuk mengatasi masalah dalam PnP (2) untuk meningkatkan prestasi pengajaran
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 14, 2011 7:38:47 GMT -5
Salam....... Perancangan dalam pengajaran amatlah penting bagi memastikan P&P kita dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.Bukan sahaja merancang bagi penggunaan teknologi.....apa sahaja yang kita lakukan sebenarnya memerlukan perancangan.Cuma...bila teknologi yang kita gunakan,perancangan kenalah lebih rapi lagi kerana ianya adalah teknologi terkini yang memerlukan lebih pemerhatian dan perancangan.
|
|
|
Post by harneedahasankdc1 on Nov 22, 2011 3:47:08 GMT -5
Perancangan sumber teknologi akan lebih efektif jika melibatkan perkongsian Visi dari kalangan pendidik ,ibubapa, ahli komuniti dan ahli perniagaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi. Ia bagi memastikan ternologi dapat meningkatkan keberkesanan kurikulum dan menyokong pembelajaran yang bermakna serta menarik kepada semua murid.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 22, 2011 5:32:04 GMT -5
kita perlu merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula unuk menjadikan pelajaran yang diajar menarik dan tidak membosankan pelajar.
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:22:17 GMT -5
Ada beberapa pendangan kenapa harus gunakan media atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Heinich, et al (1989) memberi tiga rasional kenapa media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran • Untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan
• Instruksi harus dirancang secara sistematik menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi
• Media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:25:19 GMT -5
pentingnya menggunakan teknologi dalam P&P pada saya sebagai guru, murid..
50% daripada apa yang dilihat dan didengar
30% daripada apa yang dilihat
20 % daripada apa yang didengar
10% daripada apa yang dibaca
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:26:32 GMT -5
dan sekolah saya juga merupan kawasan wifi gred A dari pintu pagar sehinggalah ke tandas wifi kami full bar!!
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:31:30 GMT -5
CT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:32:08 GMT -5
Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:33:56 GMT -5
integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 8:34:34 GMT -5
Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
|
|