|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 13, 2011 2:34:05 GMT -5
Kalau peruntukan sumber cukup iaitu 'duit' semua boleh jadi. Kalau sumbernya tak ada.....?
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 13, 2011 2:55:10 GMT -5
Bagi merealisasikan perancangan bagi penggunaan sumber teknologi maka proses kertas kerja (proposal) perlu dilaksanakan dahulu. Tapi tidak semua guru tahu membuat kertas kerja tersebut sekiranya tidak ada contoh yg boleh dijadikan panduan bagi menyediakan proposal tersebut. Pihak pentadbir ada yg cerewat menyemak proposal dan mahu proposal yg benar2 mengikut citarasa mereka. Sangat setuju....dalam dunia hitam putih skrg ni semuanya memerlukan kertas kerja(proposal) dan kertas kerja ni memang menjadi salah satu elemen dlm perancangan sumber...of course..tak semua guru yg tahu membuat kertas kerja tp dgn adanya teknologi kita boleh tgk contoh dgn mudah kt internet dan boleh bertanya pada yg pakar... ..
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 13, 2011 3:44:21 GMT -5
Bijak merancang sumber bijak la kita dalam segala bidang yang kita ceburi, termasuk la dalam pengurusan sumber teknologi ini
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 13, 2011 7:24:33 GMT -5
zulaikha..
memang betul segala kerja dapat dipermudahkan dengan menggunakan internet.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 13, 2011 8:16:24 GMT -5
Tapi susah juga kalau line x ade. Rancang pengajaran dan pembelajaran punyalah best tetapi kena guna kaedah dan cara lain. Tak pun terdapat kekangan-kengan lain.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 13, 2011 9:24:49 GMT -5
perancangan yang kita buat mestilah sesuai dengan tahap pencapaian murid dalam kelas,barulah mendapat hasil pembelajaran yang terbaik,samada pembelajaran menggunakan kemudahan ICT atau sekadar syarahan aje.
|
|
|
Post by roslinakdd1 on Nov 13, 2011 9:57:51 GMT -5
perancangan ptg.... spt tajuk, objektif, urutan aktiviti, latihan ....spt syarinakdd1 kata..guru perlu ada plan B ..ini ptg agar p&p kita dpt diteruskan....
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Nov 13, 2011 10:21:42 GMT -5
saya setuju dengan pendapat salwa. Memang kita digalakkan menggunakan sumber teknoolgi di dalam P&P, kita juga harus bersedia dengan segala kemungkinan yang tidak disangka-sangka. Pada pendapat saya sumber teknologi dalam P&P ini lebih sesuai digunakan dalam kelas yang muridnya pandai. Ini kerana mereka cepat terangsang dengan sesuatu perkara yang baru. Berbeza bagi kelas yang lemah. Ini kerana guru perlu mengajar mereka secara bersemuka. Contohnya menyebut huruf-huruf hijaiyah. Peranan guru amat diperlukan. Murid lemah perlu menyebut berulangkali mengikut sebutan guru berbanding dengan ICT kurang memberikan kesan. Ini adalah sebahagian daripada pengalaman yang saya hadapi di sekolah agar dapat dikongsi bersama.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Nov 13, 2011 10:25:43 GMT -5
ya betul........ setiap perancangan mesti ada plan A dan plan B, barulah tercapai objektif P&P......
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Nov 13, 2011 10:36:54 GMT -5
Nothing helps move things along better than a good plan. Perancangan yang efektif adalah penting bagi memastikan sumber dapat diuruskan dengan berkesan. Impak - masa, perjalanan program,target dan plan B dapat menjanakan kelancaran program. ;D
|
|
|
Post by nurhudakdc4 on Nov 13, 2011 10:37:41 GMT -5
Perancangan Sumber Teknologi? Pada pendapat sy, perancagn ini adalah 'lesson plan' yg mggunakn teknologi dan bersumberkan teknologi. Kini kita guru masih mggunakn lesson plan kaedah lama dan rujuk kepada buku huraian sukatan yang dibekalkan dan terhad sumber untuk mengembangkan idea utk mengajar. jika kita menggunakn teknologi kita boleh explore mcm2 di alam maya untuk memperolehi maklumat utk disalurkn pd murid, lebih menarik, TAPI bg saya keburukannya jika ada masalah teknikal, ia akn mendtgkan masalah kpd guru.....
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 13, 2011 21:48:24 GMT -5
Perancangan sumber teknologi memang penting banyak aspek yang perlu diambil kira semasa perancangan dibuat. Ia mesti sesuai dengan keadaan dan bahan yang ada. Kalau tidak perancangan cantik tapi perlaksanaannya tidak seperti dirancangkan. Gangguan teknikal merupakan cabaran yang biasa dihadapi oleh guru.
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 13, 2011 23:07:30 GMT -5
Pada pendapat saya perancangan sumber teknologi ialah guru perlu tahu bahan, persediaan tempat dan memeriksa kemudahan teknologi yang hendak digunakan. Cabaran utama yang pernah saya lalui ialah apabila speaker yang digunakan tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki, akibatnya pengajaran tergendala. Ia benar-benar memberi pengajaran kepada saya supaya merancang sumber terlebih dahulu dan menyediakan beberapa pilihan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 13, 2011 23:10:25 GMT -5
Perancangan sumber teknologi amatlah peri pentingnya kepada guru dan proses p&p. Barulah kita nampak apa yang akan berlaku seterusnya dan memudahkan kita merancang sumber2 yang akan digunakan mengikut mata pelajaran, kelemahan murid, kekuatan murid dan masa yang diperuntukkan . "Rancang dengan apa yang ada di tangan."
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Nov 13, 2011 23:19:42 GMT -5
walaupun kemudahan ada disediakan tapi saya lebih suka mencari melalui internet di rumah dan memilih bahan yang sesuai. Internet pun ada keburukannya sebab kdg2 lain yang kita cari lain pulak yang muncul. Buatnya kita guna kt sekolah tiba2terselit yg entah apa2 itu lah murid paling ingat berbanding yg kita nk ajar. Itulah sebabnya merancang sumber sangat-sangatlah penting.
|
|