salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 24, 2011 19:59:03 GMT -5
Setuju dengan Kak Liza kdd1.. kadangkala hendak berurusan dengan juruteknik komputer pun susah kerana mengasingkan diri hanya menghadaop komputer sahaja..kadangkala tidak tahu pun kewujudan juru teknik tersebut terutamanya di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai murid..
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 24, 2011 23:10:28 GMT -5
Terdapat ramai juga juruteknik yang kompeten dengan tugas mereka. Seringkali dilihat guru lebih mahir dari.mereka.
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 24, 2011 23:11:50 GMT -5
Bertambah buruk apabila mereka kerap menghabiskan masa dengan laman sosial berbanding dengan membuat penyelenggaraan.
|
|
|
Post by azinahkdd1 on Oct 25, 2011 4:51:47 GMT -5
kalau macam sek saya tiada juruteknik tapi sek berhampiran ada. jadi bila komputer di sekolah rosak maka terpaksa lah menunggu juruteknik luar datang yang akhirnya memakan masa kadang-kadang sehingga sebulan.
|
|
|
Post by aslizaalikdd1 on Oct 25, 2011 18:38:28 GMT -5
sekolah saya mula2 ada j/teknik..dia memang sangat membantu wlaupn peralatan kami tak sebanyak sek besar...tapi lepas raya ari tu dia di pindakan atas alasan sekolah kurang murid mcm kami tak layak de j/teknik...hmmm x tau la adil ke tak...mula2 hantar pas tu kena tarik semula....
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Oct 25, 2011 19:00:53 GMT -5
KEBITARAAN...maksudnya "satu-satunya" atau "hanya satu" (kamus dewan). ICT akan lebih gah di sesebuah sekolah seandainya ICT menguasai sekolah tersebut dalam semua bidang. Namun, yang mengerikan... bagaimana pula sekiranya sekolah tersebut hanya ada SATU komputer... itu pun kat office...
|
|
Rosliza Bt Mohamadkdc1
Guest
|
Post by Rosliza Bt Mohamadkdc1 on Oct 25, 2011 19:08:57 GMT -5
Perancangan untuk menjadikan ICT sebagai kebitaraan di sekolah adalah amat baik, namun ia mestilah seiring dengan segala kemudahan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT itu sendiri. Ini kerana masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai peralatan dan kemudahan ICT untuk digunapakai oleh guru dan murid, termasuklah sekolah saya. Guru terpaksa mengguna komputer dan printer sendiri untuk menyiapkan tugasan di sekolah...tersangaaatlah sedih. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada kesedaran dlm diri pentadbir untuk menyediakan segala kemudahan ICT untuk warga sekolah. Apa yang penting, untuk memastikan kebitaraaan itu dapat dicapai ialah, setiap orang guru mestilah mahir menggunakan ICT samada menghadiri kursus atau sebagainya, peralatan mesti lengkap, seperti komputer, LCD,internet, serta tenaga mahir yang betul2 pakar dalam ICT supaya dapat membantu sekiranya terdapat masalah.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 25, 2011 22:26:34 GMT -5
Hangat sungguh topik ini yang nampaknya macam x leh nak sejuk... Berbalik kita kepada persoalan tentang persediaan sekolah menjadikan ICT kebitaraan sekolah..Saya yakin kita harus melihat kepada kepimpinan sesebuah sekolah tersebut gak... Sekiranya para pentadbir dan pengurus sekolah menitik beratkan tentang ICT maka ia akan menjadi bitara dan sebaliknya..Sekiranya kemudahan mencukupi namun tiada aplikasi dan pengurusan yang baik maka ia akan hanya menjadi bahan pameran jew..namun walau kemudahan tidak lengkap,tapi ada inisiatif dari pentadbir dan warga sekolah maka ICT tetap kan menjadi kebitaraan sekolah...pokok pangkalnya kita semua guru yang sentiasa berfikir...berfikirlah untuk kemajuan bersama...
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Oct 25, 2011 22:47:10 GMT -5
Pada saya dalam menjayakan misi ini, bitara @ tidak ICT di sekolah banyak faktor yang membantu antaranya perancangan, pengurusan da kelengkapan ICT itu sendiri. Guru memain peranan yang penting begitu juga dengan sokongan pihak pentadbir yang perlu mengambil berat dalam segala aspek. Bila semuanya telah ada terpulang pada guru untuk menjayakannya...
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 26, 2011 0:28:04 GMT -5
Agak beruntung bagi sekolah-sekolah yang ada juruteknik sendiri, bagi sekolah saya yang tiada juruteknik, agak susah untuk mendapatkan bantuan dari juruteknik sekolah berhampiran. Ada kalanya komputer yang dihantar dipulangkan semula dengan pelbagai alasan...
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 26, 2011 2:47:10 GMT -5
Mujur juruteknik sekolah saya bukan hanya mempunyai kepakaran yang diperlukan malah berkebolehan dan mudah untuk meminta pertolongan. Akan tetapi seperti yang saya nyatakan dulu ada juruteknik yang sebaliknya.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 26, 2011 2:53:07 GMT -5
syafie kdd 2.. alhamdullilah sek anda mempunyai juruteknik yang berwibawa.. pada sekolah-sekolah yang tiada juru teknik... kitalah juru tekniknya..bukankah seorang gur itu.. kerani..pengganti ibubapa di sekolah..pelakon di hadapan kelas..jaga..hatta makcik kantin sekali pun..semuanya adalah guru?
|
|
|
Post by rosliezakdd1 on Oct 26, 2011 6:04:07 GMT -5
Salam... Berbagai-bagai pendapat mengikut acuan sekolah masing2... Rata2 saya sangat setuju, senario di sekolah saya pun begitu. Bagaimana mahu mewujudkan Kebitaraan ICT di sekolah sedangkan kemudahan fizikal nya amat menyedihkan tambahan lagi jika pentadbir tiada semangat ke ICT an.. Lambakan kerja yang berkaitan dengan ICT semuannya diserahkan kepada guru-guru penolong yang sememangnya terlalu banyak bebanan tugas... Segala yang berkaitan dengan online dilepas tangan... Bagaimana mahu BITARA?
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 26, 2011 12:53:57 GMT -5
pemantauan dari pihak ppd / pkg ke skola2 sgt diharapkan bagi memastikan setiap permaslahan berkaitan dgn ict dpt ditangani sebaik mungkin. mengharapkan guru2 utk melaksanakn & menangani masalah berkaitan ict secara total adalah mustahil
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 26, 2011 15:51:58 GMT -5
pelbagai aspek perlu diambil kira dan dititikberatkan untuk menjadikan kebitaraan ict di sekolah.guru dan murid haruslah bersedia menyiapkan diri dalam penggunaan it. sebagai contoh guru dihantar berkursus mengenai it.dalam kursus ini perkara yang patut ditekankan ialah sejarah pengkomputeran di Malaysia.sejak bila digunakan dan bilakah ianya berkembang.tidak dinafikan semua guru tahu menggunakan MS word tapi tahukah kita MS word ini adakah suatu perisian atau sistem atau sebagainya.
|
|