|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 8:04:38 GMT -5
Semua guru perlu menghadiri kursus peningkatan ICT yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Latihan ini hendaklah secara beterusan. Dengan cara ini barulah ICT dapat di laksanakan di sekolah.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 8:09:55 GMT -5
ICT di sekolah perlu ditingkatkan selaras dengan keperluan dunia tanpa sempadan.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 8:46:00 GMT -5
Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.
|
|
|
Post by sarojahsahnukdc2 on Dec 17, 2011 8:59:03 GMT -5
Sediakan kemudahan komputer yang mencukupi untuk digunakan setiap pelajar.
|
|
|
Post by sarojahsahnukdc2 on Dec 17, 2011 9:00:19 GMT -5
Kemaskini kemudahan ICT di sekolah seiring dengan perkembangan ICT semasa.
|
|
|
Post by sarojahsahnukdc2 on Dec 17, 2011 9:04:22 GMT -5
Rata-rata guru sudah mendapat pendedahan yang mencukupi di universiti tempat mereka belajar, tetapi apabila bertugas, kemahiran ict mereka disia-siakan dek kekurangan kemudahan ICT di sekolah. Lama-kelamaan kemahiran mereka ini jadi berkarat dan susah untuk mereka mengejar teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari jika masalah ini berterusan.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 9:30:40 GMT -5
Perisian ICT yang terlalu cepat antara faktor guru ketinggalan dalam penguasaan ICT
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Dec 17, 2011 9:50:52 GMT -5
Pihak sekolah hendaklah menyediakan tempat dan peralatan yang mencukupi.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 10:07:54 GMT -5
kebitaran ICT disekolah juga ada kaitan dengan kekerapan menggunakan ICT semasa sesi P & P
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:10:46 GMT -5
Pihak sekolah perlu melengkapkan kemudahan ICT di sekolah dengan sebaik mungkin
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:12:20 GMT -5
Pihak sekolah perlu sentiasa memantau dan membaik pulih segala kelengkapan ICT yang sedia ada di sekolah dari semasa ke semasa
|
|
|
Post by norrusledakdc06 on Dec 17, 2011 10:13:27 GMT -5
Pendedahan tentang ICT kepada guru dan murid dengan mengadakan kursus jangka pendek dari semasa ke semasa
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 10:24:47 GMT -5
GPI yang kreatif dan inovatif mengaplikasikan ICT dalam P&P harus diberi penghargaan........
|
|
|
Post by alruziahkdd2 on Dec 17, 2011 10:48:12 GMT -5
Semua pihak perlu bekerjasama di sekolah bagi menjayakan misi menjadikan sesebuah sekolah itu bitara.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 10:52:04 GMT -5
Sekolah yang ada liputan internet boleh mencari maklumat dengan cepat,bagaimana dengan sekolah di pedalaman Sabah dan Serawak.
|
|