|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 3, 2011 1:32:39 GMT -5
Salam semua.Bagi pendapat saya, untuk mewujudkan kebitaraan ICT di sekolah semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh semua warga sekolah...daripada barisan pentadbir, guru-guru sehinggalah kepada murid-murid.
Peranan barisan pentadbir adalah sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan pihak JPN/KPM agar banyak kursus yang berkaitan dengan ICT ini dijalankan kepada guru- guru di sekolah agar guru-guru menjadi celik IT dan berkemahiran.
Manakala guru-guru pula perlu bersedia dan ikhlas untuk mempelajari ICT ini agar mereka akan bertambah mahir dalam penggunaannya dan tidak menjadikan alasan susah atau tidak tahu untuk tidak mempelajarinya.
Murid-murid pula perlu diingatkan dan diajar agar menjadikan peralatan ICT yg ada di sekolah perlu dijaga dan tidak digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada pengawasan daripada guru.
Apabila setiap warga sekolah sentiasa bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing, perjalanan P&P dgn menggunakan peralatan yang canggih ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mewujudkan kebitaraan ICT di sekolah.
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 3, 2011 4:22:43 GMT -5
kebitaraan ict disekolah boleh dicapai kalau semua pihak bergandingan bahu menjayakan nya...guru, pentadbir sekolah,kerajaan....masyarakat...lebih-lebih lagi sekolah yang besar dan di bandar..itupun kalau ada budget yang cukup...insyaAllah boleh...
|
|
|
Post by sitiganikdc3 on Nov 3, 2011 5:41:46 GMT -5
Belum sempat baca tajuk ini... apa maksud "kebitaraan" ; boleh sesiapa tolong jawab..??
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 9:25:00 GMT -5
Kebitaraan maksudnya tiada taranya...senang kata penggunaan ICT di sekolah digunakan semaksimanya...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 9:31:09 GMT -5
Bitarakan sekolah kita dengan dunia ICT...sekaligus menjadikan semua warga sekolah bukan saja celik IT tapi pakar dlm pengintegrasiannya...
|
|
|
Post by noornazilawatikdc3 on Nov 3, 2011 10:57:48 GMT -5
Apakah keperluan & persediaan sekolah untuk menjadikan ICT sebagai kebitaraan? kebitaraan m'bawa maksud tiada taranya, hanya satu-satunya.antara keperluan &p'sediaan yg harus dilaksanakan oleh sesebuah sekolah ialah dgn m'jadikan bidang ICT sbg satu2nya medium khas @ wadah utk guru2 & murid2 m'aplikasikan sumber p&p di dlm bilik darjah. pihak pentadbir perlu menyediakan prasarana,kelengkapan & alatan ICT yg secukupnya serta blh b'fungsi dgn baik..selain itu pastikan setiap guru mahir mengendalikannya.
|
|
|
Post by rodiyahkdc3 on Nov 4, 2011 2:17:46 GMT -5
utk mrealisasikan hasrat tersebut, semua phk hrslah sama2 ganding bahu. kmudahan perlu lengkap & blh digunakan dgn baik, guru2 prlu dipertingkatkan kmhrn dlm ICT, murid2 juga perlu diberi pdedahan & dgalakkan utk mggunakan ICT.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 4, 2011 8:10:35 GMT -5
Dlm bidang pendidikan,terlalu banyak peralatan teknologi yang dicipta..contohnya buku elektronik, kamus elektronik dan juga komputer telapak...ala...ipad...ipod...macam2 lah...nak sebut pn xthu... Penggunaan alat2 ini akan dpt membantu menimbulkan suasana pembelajaran yg lebih menarik dan meningkatkan motivasi belajar anak murid kita...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 8:24:20 GMT -5
Kejayaan merancang dan melaksanakan Niche area(kebitaraan) ICT adalah kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah. Sangat menabik kepada sekolah2 yang memilih ICT sebagai kebitaraan. Bukan mudah untuk melaksanakannya...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 4, 2011 8:35:46 GMT -5
Guru-guru kena rajin joint kursus ICT yg selalu saja dianjurkan oleh pihak luar...xperlu tggu disuap dlm mengejar ilmu terutamanya ilmu teknologi yg tiada hentinya....ada saja gajet baru...program baru..sistem baru..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 8:38:44 GMT -5
Ye betul tu,JV adalah kelebihan kepada sekolah berprestasi tinggi... Intel misalnya selalu membuat JV dan memberi latihan kepada guru2 apabila ada perisian yang baru diperkenalkan.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 4, 2011 10:06:50 GMT -5
Namun begitu...setiap sekolah di Malaysia perlukan sebuah makmal komputer yg lengkap dengan prasarana...pihak berwajib kena survey sekolah mana yg langsung tiada makmal komputer bagi mengatasi masalah ketinggalan dlm kecanggihan IT...
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 4, 2011 20:31:05 GMT -5
smua guru, pentadbir dan kakitangan sekolah perlu mengambil bahagian untuk menjadikan ICT kebitaraan di sekolah..bukan hanya terletak pada bahu guru..murid2 juga perlu diterapkan dengan ICT semaksimum yg mungkin...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 4, 2011 20:42:57 GMT -5
setuju2... nanti kita anjurkan sendiri la.. jemput orang luar untuk membantu dalam penggunaan ICT.. lebh2 lagi dlm bidang atau tajuk yang betul2 kita perlukan tunjuk ajar untuk menambah kemahiran....
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 5, 2011 0:01:37 GMT -5
selagi guru masih terbeban dengan kerja 'perkeranian,pekebunan,jurulatih dan sbgnya',kebitaraan ke apa ke?susah mahu cakapla,itu belum dikira sekolah yang kecil,keluar kursus dan mesyuarat memanjang je,hari ni balik kursus esok pergi kursus lain plak...mcm mana tu?
|
|