|
Post by ninaharyanikdd2 on Oct 8, 2011 9:21:16 GMT -5
salam....pada pendapat saya ICT hanyalah sebagai satu tool yang menggerakkan P&P. Unsur ini penting,namun guru lah yang memainkan peranan utama agar ilmu itu sampai kepada murid dengan berkesan. Tidak dinafikan ICT penting kerana dunia hari ini mempunyai kebergantungan yang tinggi dengan ICT. Jadi guru wajarlah mendalami ICT dan menggunakannya bagi mengoptimumkan impak P&P.
|
|
|
Post by shamsidah on Oct 8, 2011 12:57:53 GMT -5
Pendapat saya, alam persekolahan sekarang tidak lagi seperti dulu. Anak-anak generasi kini sejak awal lagi didedahkan dengan teknologi-teknologi canggih. Penggunaan teknologi dalam p&p dirasakan perlu sejajar dengan perubahan ini. Ia secara tidak langsung akan dapat mendekatkan kita dengan generasi ini. Implimentasinya mungkin dirasakan agak susah pada awalnya, tetapi dengan latihan dan kemudahan yang mencukupi dan berterusan beserta dengan fikiran terbuka yang sedia menerima perubahan, Insya-Allah ia akan menjadi lebih mudah.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 8, 2011 22:21:42 GMT -5
penggunaan alatan ict di sekolah semakin kurang. sesi penyediaan sahaja mengambil masa 1/2 jam. selepas digunakan perlu disimpan untuk keselamatan. kesimpulannya agak sukar untuk melaksanakan P&P berteraskan ICT. Lainlah jika semua alatan telah tersedia guru2 hanya on off shj alatan. Kaang-kadang bila diminta oleh pelawat barulah terkial2 memasang sbb dah lama tidak digunakan.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 8, 2011 23:56:37 GMT -5
Sekarang murid-murid pergi ke sekolah membawa buku teks dan buku tulis. Mungkin di masa akan datang laptop ataupun i-pad telah menggantikan peranan buku teks...
|
|
|
Post by azlina36kdd1 on Oct 9, 2011 6:01:27 GMT -5
salam En Manan n kwn2.. andai kata anda diberi pilihan antara typewriter n komputer untuk mbuat soalan ujian, saya hampir pasti x seorg pn mahu menyusahkn diri memilih typewriter..sedngkn suatu ketika dahulu ia merupakan alat yg mmberi smbgn t'bsr pd manusia.. Ini jelas menunjukkn perkmbgn teknologi berperanan memudahkn urusan manusia..Begitulh juga dalam P&P, penggunaan teknologi mampu mmbawa impak yg besar dlm bidang pndidikan..Cuma, pada pendapat saya terdapat kekurangan dalam segi pelaksanaannya yg menyekat keberkesanan teknologi itu sendiri di sekolah..penambahbaikan dapat dilakukn antaranya 1. memastikn guru2 kompeten dlm mengendalikan alatan teknologi yg dbekalkn..(Kekurangan tenaga mahir hanya merugikan teknologi yg secanggih mana pun) saya setuju dgn kata En.Manan kursus yg berterusan perlu dlakukan berikutan teknologi semakin brkmbg.. 2. kemudahan penyediaan yg lbh praktikal n tidak memakan masa yg panjang serta alatan yg mencukupi dan diselenggara dgn baik.(andai setiap kelas ada OHP n kita cuma plug in aje tentu lbh mudahkn..maklumlah semua maklum kekangan masa n beban kerja seorg guru kan..)
|
|
|
Post by safuankdc3 on Oct 9, 2011 20:46:29 GMT -5
Salamun 'alaik... Sebenarnya ia tak menyusahkan. Tetapi kekurangan alatan teknologi di sekolah yang sedikit menyusahkan guru untuk menggunakannya. Jika dilihat pada awalnya alatan2 teknologi yang dibekalkan ke sekolah adalah untuk kegunaan etems, tapi sekarang semua subjek memerlukannya. murid semakin ramai, guru semakin pandai dan berkemahiran... tetapi kemudahan semakin berkurangan.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Oct 10, 2011 11:45:11 GMT -5
Salam..saya sangat bersetuju dengan apa yang tuan-tuan dan puan-puan katakan. Tidak dinafikan Penggunaan teknologi sangat penting dalam mewujudkan suasana P&P yang lebih berkesan dan memberi impak kepada pengajaran tersebut..Dengan kemudahan yang ada, guru2 dapat bersedia lebih awal seblm p&P dijalankan.
|
|
|
Post by aziahpahramlikdd1 on Oct 11, 2011 1:13:01 GMT -5
salam. pada pendapat saya bagi guru yang kreatif ianya amat menyenangkan dan menyeronokkan tetapi bagi sekolah yang kurang kelengkapan ianya munkin menyusahkan.terpulang kepada diri individu itu sendiri.
|
|
|
Post by ahmaduzirkdd1 on Oct 11, 2011 5:21:36 GMT -5
Teknologi masa kini banyak memudahkan lagi kerja kita sebagai guru. Perlukan gambar, cari dekat internet dan download sahaja. Bagi guru2 seperti saya yang tidak pandai melukis tak perlu susah2 lagi. Nak bahan seperti poetry atau poem google sahaja.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 11, 2011 13:12:20 GMT -5
Bajet 2012, memang banyak peruntukan untuk sekolah tapi adakah ia merangkumi penambahbaikkan peralatan ict? Kebergantungan kepada kpm juga boleh jadi isu besar. Pada zaman perlaksanaan eTEMS, guru2 terlibat dibekalkan laptop untuk tujuan P&P. Jika dipantau peralatan tersebut semakin ketinggalan dari aspek teknologi terkini. Teknologi sentiasa berubah2 hari demi hari dan tahun demi tahun. Kita akan dapati ada di kalangan guru2 ini yang memiliki laptop sendiri agar tidak ketinggalan dengan kesan globalisasi ict. Inisiatif guru ini sepatutnya diberi pujian kerana persaingan di dalam teknologi semakin meningkat. Jangan pula nanti anak2 murid lebih efisien daripada cikgu2 sekalian. Ianya satu cabaran bagi kepada semua guru.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 11, 2011 15:53:26 GMT -5
di kalangan guru2 sendiri mempunyai peralatan ict yg mungkin lebih canggih & terkini.maka gunakanlah sebagai media yg membantu p&p di dalam kelas kita.percayalah hanya sebiji komputer mampu mengubah sebilangan masa depan anak didik kita
|
|
|
Post by aziahpahramlikdd1 on Oct 12, 2011 19:06:55 GMT -5
but for my pupils bila di beri peluang melayari internet n menggunakan teknologi lain pula kepandaiannya. facebook aje.........ada pula yg curi2 playing game. pening kepala.tp bg murid yg cerdik mereka manfaatkan semua kemudahan yg ada disekolah secara maksimum.so semuanya terpulang kepada kesedaran individu........kita sebagai guru hanya bantu menunjuk jalan je tp mereka yg pilih nak jln mana...kan?
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 12, 2011 21:56:57 GMT -5
murid2 sekarang mmg lebih advance & panjg akalnya.sbg guru kita perlu bersedia dgn membuat penyaringan web. dh ada kemudahan ini n perlu rujuk penyelaras makmal supaya kemudahan internet di sekolah tidak disalah guna
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 14, 2011 10:27:45 GMT -5
mata pelajaran ICTL bagi murid-murid sekolah rendah telah diperkenalkan bagi mendedahkan murid-murid dengan teknologi. Guru perlu mahir dalam IT sebelum mengajar mata pelajaran ini.
|
|
|
Post by raihanfaissalkdd1 on Oct 14, 2011 15:41:04 GMT -5
Salam, Penggunaan ICT sebenarnya adalah amat penting dalam proses p&p pada masa kini.I dapat menjimatkan masa dan membuat proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan efektif.Namun jika terdapat kekangan contohnya kurang peralatan atau kemudahan yang disediakan,sebagai guru,kita boleh memanfaatkan alat bantu mengajar lain yang lebih mudah.Terpulang kepada guru dan terletak atas kebijaksanaan beliau untuk memilih yang terbaik untuk murid.
|
|