|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 3, 2011 8:56:13 GMT -5
Salam, semua, Jika guru tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa, maka guru akan terus ketinggalan kebelakang. Teknologi, seharusnya lebih menyenangkan guru dalam urusan pendidikan dan matlamat akan lebih senang dicapai dengan pengunaan teknologi semasa.TQ
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 3, 2011 9:34:22 GMT -5
Keperbagaian teknologi semasa ditambah dengan kreativiti guru dalam penggunaan teknologi sediada, pasti memberi impak yang baik dalam kaedah pengajaran sediada. Penggunaan teknologi akan membuka ruang lebih luas kepada guru untuk menyampaikan ilmu serta akan lebih menarik perhatian murid-murid. Pembelajaran akan lebih menarik dan mudah difahami oleh murid-murid.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 3, 2011 9:47:05 GMT -5
Salam kawan-kawan... Jarang sekali kita dengar guru-guru zaman sekarang tidak tahu menggunakan IT. Dahulu penggunaan IT lebih bertumpu pada membuat lembaran kerja murid, membuat kertas soalan dan P&P didalam bilik darjah. Tapi kini penggunaan teknologi telah diperluaskan.Sebagai contoh, Pendaftaran kemasukan murid darjah 1 pun perlu dibuat atas talian. Mungkin kawan-kawan masih ingat tentang Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah ( SAPS ). Ia merupakan "kerja sepanjang hayat" kita sebagai seorang guru selagi program itu tidak dimansuhkan. Pada masa kini guru dan teknologi tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bersikap positif untuk kebaikan bersama...
|
|
|
Post by roslinakdd1 on Oct 3, 2011 21:30:39 GMT -5
Salam.....topik ini memang hangat....pelbagai pandangan tlh diberikan... memang x dinafikan kita warga guru x blh ketinggalan untuk mengikuti arus teknologi...ttp perlu diingatkan...semua mempunyai pandagan dan tangapan terhadap teknologi...pandangan serta perasaan yg negatif akan mempengaruhi individu utk mempelajari....memang tdk dinafikan pengetahuan serta peralatan memainkan ptg....biar kita bergerak dulu utk mempelajari ilmu IT sebelum diketawakan oleh anak didik kite......
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 3, 2011 22:05:18 GMT -5
Salam.. Teknologi dlam P&P menyusahkan?.. sangattidak setuju kerana dalam setiap mata pelajaran KSSR sekarang pun diwujudkan segmen TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi). Bagaimana kita sebagai seorang guru untuk lari daripada perkara tersebut?
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 5, 2011 4:57:22 GMT -5
Sememangnya teknologi IT memudahkan P&P tetapi apabila berlaku perubahan dasar, wujudnya kssr dan sebagainya memberi bebanan kepada guru untuk mengaplikasikan teknologi ini dalam P&P.Guru bukannya tidak mahir dalam IT,kalau tak banyak sikit pun tahu juga la cara nak menggunakan teknologi IT ni.Tetapi bila banyak perkara yang wujud serentak ini yang menjadi punca guru kurang menggunakan IT dalam P&P.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 5, 2011 8:50:56 GMT -5
;D pengertian ict sgt luas & tanpa disedari segala urusan harian bergantung dgn teknologi ini. sekiranya guru2 ketinggalan dgn kemajuan teknologi ini pasti akan ditertawakan oleh anak murid yg lebih advance dgn ict. salah satu cara memartabatkan profesyen perguruan adalah dengan mempertingkatkan ilmu ict tidak kira di bandar, pinggir bandar or luar bandar.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 5, 2011 21:00:46 GMT -5
guru perlu kreatif menggunakan kemahiran ict walaupun hanya ada sebiji komputer di dlm sekolah.lambakan bahan rujukan dari pelbagai sumber memudahkan kita sebenarnya.perlu ada semangat,rajin & +ve thinking
|
|
|
Post by syarina on Oct 6, 2011 4:35:03 GMT -5
salam...ICT mmg penting utk kehidupan seharian kita apatah lg dalam dunia pndidikan ttp x dinafikan kekangan masa n kemudahan mmbuatkan seorang guru give up n langsung malas nk mengaplikasikannya..
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 6, 2011 9:59:52 GMT -5
IT boleh membantu guru meningkatkan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran. Contohnya, guru membuat rekod pengajaran harian menggunakan komputer. lebih mudah dan kemas...
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 7, 2011 0:43:44 GMT -5
Salam. Sebagai warga pendidik kita perlu seiring dengan perkembangan teknologi kerana ia adalah cara yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat. Pendidik dan yang dididik adalah ibarat 'bagaimana acuan begitulah kuihnya.Kuih yang dihiasi pelbagai hiasan ibarat guru yang kreatif.Sekiranyanya kuih itu menarik untuk dimakan begitulah minat murid terhadap pembelajaran. Jadi gunalah teknologi secara pintar dan kreatif. Kesimpulannya guru dan teknologi tak boleh dipisahkan.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 7, 2011 4:53:44 GMT -5
namun masih terdapat segelintir warga pendidik yg lebih senior sukar menerima penggunaan tek. ict di sekolah. katanya tidak original.. terkesima seketika kerana masih ada yg berfikiran sedemikian..
|
|
|
Post by jamalisaidkdc1 on Oct 7, 2011 10:58:17 GMT -5
salam, bg saya ict itu luas klu menggunakan cd/vcd, radio juga dikira teknologi, teknologi sgt membantu tetapi cikgu mestilah mempelbagaikn teknik pengajran juga selaras dngn kemajuan...tetapi dgn KSSR ini teknologi sgt membantu meringankan tugas cikgu...
|
|
noredzawatiazizkdc4
Guest
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Oct 8, 2011 7:01:58 GMT -5
Bagi saya guru dan teknogi tidak dapat dipisahkan kerana anak-anak zaman ini begitu terdedah dengan teknologi. jika tidak guru itu akan ketinggalan. ajarlah murid mengikut kesesuaian zamannya.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 8, 2011 8:34:24 GMT -5
Salam.. dengan belanjawan 2012 yang baru diumumkan.. peruntukan untuk sek juga tidak terkecuali. Jadi, secara tidak langsung peningkatan dalam teknologi juga tidak dipinggirkan begitun juga dengan peranan guru. Gaji mahu naik.. tetapi ilmu yang ingin disampaikan yidak mencapai objektif yang dikehendaki kerana segelintir guru masih takut dan cuak dengan ICT. Guru dan teknologi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini kerana P&P hari ini hampir 80% bergntng kpd teknologi.
|
|