|
Post by hidayawatikdc3 on Oct 31, 2011 9:14:08 GMT -5
semua yang canggih tu memang ict. kalau boleh la.... tanda paper eviden band 1- 6 pun nak guna ict. kalau blh belajar dari rumah lagi baik. persoalannya adakah penggunaan ict semakin sesuai dengan program KSSR yang skrang ni tengah terkejar-kejar nak menyiapkan eviden2.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Oct 31, 2011 10:13:49 GMT -5
Kalau anak-anak kita lagi pandai it drpd kita alahai malulah, so kita pun kena bangun kejar mereka dalam dunia globalisasi karang ni. Benar kata pepatah, biar susah2 dulu senang2 kemudian. Insyaallah baru cemerlang...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 10:27:35 GMT -5
Menemubual beberapa orang murid pagi tadi: "seronok tak kalau cikgu masuk kelas guna laptop n lcd?" "seronok sangat cikgu!!" " Cikgu saya boleh create group kat facebook untuk kelas kita.kalau kami tak faham atau apa2 maklumat boleh kita guna facebook ja. saya ada i PAD." Guru hanya ter :)dalam hati advance betul anak2 murid aku. Just 4 sharing ya!
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 10:37:14 GMT -5
Pada pendapat saya jika guru menggunakan teknologi secara kreatif dalam p&P ia akan membawa kesan yang positif seperti: 1. menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang 2.penglibatan pelbagai deria 3. memperkayakan pengalaman guru 4. perluasan batasan komunikasi 5. pembelajaran individu 6. keseronokan belajar 7. Bank maklumat (maklumat di hujung jari sahaja) ;D
|
|
|
Post by norainkdc2 on Oct 31, 2011 10:42:21 GMT -5
Tak ada dalam dunia ni senang. Semua kena berusaha dan ICT sebenarnya banyak membantu manusia dewasa ini. Namun, kecanggihan sistem yang dibangunkan itu sebenarnya kadangkala membuatkan kita ini berasa was-was dengan kemahiran yang kita ada. Menyusahkan? Rasanya tidak....
|
|
|
Post by norainkdc2 on Oct 31, 2011 11:17:30 GMT -5
Terlalu banyak sistem teknologi yang diperkenalkan kepada sistem pendidikan kita. Sejak awal tahun 2000 kita di dedahkan dengan PPSMI yang menggunakan alatan ICT (laptop, troli, lcd,dsb) dan kemudiannya pembekalan alatan ICT ini semakin menurun. Rasanya ramai masih belum tahu dengan pengenalan satu lagi sistem pengajaran yang lebih canggih oleh KPM iaitu dengan menggunakan alat kawalan jauh dalam P&P iaitu sistem IES (Interactive Evaluation System). Sistem ini bagaimanapun masih belum diperluaskan penggunaannya dan masih dalam projek rintis lagi di 150 buah sekolah diseluruh Malaysia. Sekiranya ia diperluaskan, guru-guru disekolah yang masih takut2 dengan ICT nampaknya kena bangun dan belajar menggunakan teknologi yang semakin canggih ini....
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 18:34:48 GMT -5
kadang-kadang guru nak belajar mengenai ICT, namun mungkin pendedahan mengenainya kurang disebar kepada guru-guru. Pihak Panitia peringkat Daerah perlu mengambil inisiatif untuk membuat bengkel membina BBM multimedia. Panitia Pendidikan Islam Daerah rembau misalnya, setiap tahun akan membuat kursus berkenaan bagi menmantapkan lagi ilmu GPI di dalam ICT...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 20:28:33 GMT -5
Apa yang penting dalam bidang teknologi ICT ialah reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan proses P&P iaitu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan proses P&P dan prestasi murid serta disokong pula oleh teknologi dan media yang memudahkan guru atau murid belajar.
|
|
|
Post by mohdfazali_kdc6 on Oct 31, 2011 21:49:08 GMT -5
dalam dunia pendidikan masa kini antara guru dan teknologi amat berkait rapat. Sekiranya dipisahkan maka jadilah kita seorang guru yang ketinggalan zaman. dunia hari ini merubah sagalanya...jadi kita perlu bijak menggunakan peluang dan ruang.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 22:50:09 GMT -5
salam... pada masa sekarang guru tidak boleh lari daripada mengaplikasikan IT. Hampir keseluruhan kerja perlu diselesaikan melalui teknoligi komputer.Semua guru tidak dapat tidak perlu belajar agar tidak ketinggalan.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 22:59:29 GMT -5
Guru perlu merebut peluang yang ada. Kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif. Keberkesanan menyampaikan ilmu tercapai agar 'berlaku proses pembelajaran' kepada anak murid kita.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 1, 2011 2:06:39 GMT -5
kalaulah semua guru berfikiran positif dan sentiasa inginkan pembaharuan. Bagi yang telah senja menanti malam tiba tidak mahu mengubah tradisi mengajar cara lama...camna ek?
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 1, 2011 3:09:11 GMT -5
Sangat mengujakan apabila murid2 ternanti2 apakah kejutan yang akan dibawa oleh guru setiap hari dan apakah yang akan ditayangkan dan ditunjukkan oleh guru... Guru dan teknologi perlu seiring tetapi tugas membimbing,menerang dan mengajar supaya murid faham masih utama.
|
|
|
Post by shahrulbariahkdc6 on Nov 1, 2011 6:31:50 GMT -5
As Salam. Menjadi seorang guru di abad sekarang... kita kena lah mahir dalam teknologi masa kini.... x boleh ketinggalan terlalu jauh dari orang lain... apatah lagi dengan anak didik kita.... Teknologi boleh meletakkan kita di satu level berlainan dari orang lain samada dari urusan kerja sekolah atau teknik pengajaran kita..... renungkanlah.....
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 1, 2011 8:07:07 GMT -5
Semakin banyak pendedahan yang saya perolehi....semakin seronok untuk terus mencuba dan terus mencuba....teknologi terkini memudahkan segala urusan dgn cepat dan y paling penting amat berkesan di dlm menjayakan p&p.
|
|