|
Post by sitihawabasrikdc6 on Oct 29, 2011 23:53:53 GMT -5
slm..ICT memang membantu guru2 dalam proses p&p yang lebih berkesan
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Oct 30, 2011 3:21:45 GMT -5
salam... sepatutnya guru-guru di sekolah boleh menggunakan teknologi yang disediakan sekurang-kurangnya kemahiran asas. p&p lebih menarik dan menyeronokkan. Masalahnya adalah masa`dan kekurangan kemudahan teknologi disekolah.Semangat nak menggunakan teknologi hilang apabila nak guna lcd tiba-tiba x boleh guna atau terpaksa tunggu giliran.....huhuhu
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Oct 30, 2011 8:17:03 GMT -5
pada masa yang serba canggih ini pastinya penggunaan ict sangat penting,apatah lagi kita sebagai guru berhadapan dengan murid-murid yang melalui zaman IT yang serba canggih...manakan berkesan proses p&p jika murid-murid merasakan yang penyampaian seseorang guru itu sangat membosankan dengan kaedah cakap dan tulis sahaja,,....renung2kanlah.
|
|
|
Post by khairulanuarkdc4 on Oct 30, 2011 8:58:02 GMT -5
Dunia tanpa sempadan,hari ini guru mesti mempunyai kemahiran IT. Guru hendaklah menanam minat terhadap IT dan mempelajari bidang ini dengan penuh minat.Dengan ilmu IT guru boleh mengaplikasikan kepada murid didalam bilik darjah.
|
|
|
Post by norlilywatikdc6 on Oct 30, 2011 9:06:23 GMT -5
Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran .
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 11:06:54 GMT -5
Penggunaan teknologi dalam pendidikan ini menyokong kepada teori pembelajaran yang wujud sekian lama. maka percanggahan pendapat tentang teori mana mengungguli landasan ini masih hebat diperdebatkan di kalangan kita. Walau bagaimanapun teori yang diasaskan, satu perkara yang penting ialah teknologi yang digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan serta teknologi itu menjadi pemangkin kepada tercapainya objektif pembelajaran.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 30, 2011 11:23:33 GMT -5
Kalau ada kemudahan, rugi jika tidak diguna. Terpulang kepada guru memilih kaedah mahupun alatan yang sesuai....
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 11:30:12 GMT -5
Ada 3 asas penting yang harus dikuasai oleh guru adalah penguasaan pengetahuan berkenaan teknologi yang dipilih, penguasaan kemahiran pedagogi dan memiliki pengetahuan berkaitan kandungan mata pelajaran. ;D
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 30, 2011 14:26:25 GMT -5
Guru dan ICT kini memang tidak boleh dipisahkan. Dengan kemudahan yang disediakan,jika dimanfaatkan sebaiknya akan memudahkan guru.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 0:12:59 GMT -5
Salam... Sebelum guru sebagai pemudah cara, kepada murid, guru perlu memahirkan diri dalam ICT ini.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 0:26:21 GMT -5
Guru perlu merebut peluang ini.....
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 1:50:18 GMT -5
harus diingatkan bukan semua teknologi dapat dijadikan sebagai penyelesaian terbaik dalam pendidikan. Peranan guru untuk menerang, mengolah dan membimbing murid masih lagi unggul. Kebanyakan ibu bapa termasuk pendidik sendiri melihat teknologi sebagai penyelesaian masalah besar di dalam bidang pendidikan. namun jangkaan yang tinggi untuk produk perisian pendidikan telah mengajar kita satu perkara. Walau dengan kecanggihan sistem teknologi terkini sekalipun ia masih belum dapat memberikan kaedah cepat dan ringkas kepada penyelesaian pendidikan. Jika kita mempunyai jangkaan yang lebih realistik maka kita mempunyai potensi untuk berjaya dan memberi impakkepada p&p.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 1:52:52 GMT -5
Sebagai guru,tanya kepada diri anda sendiri, " apakah kehendak mata pelajaran yang anda pelajari dan selaku guru apakah sumber sedia ada yang boleh digunakan untuk memudahkan pengajaran?" GOOD LUCK kawan2...
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 4:41:51 GMT -5
Salam kengkawan.....penggunaan ICT di zaman yang canggih ini amat memudahkan dan mempercepatkan semua urusan kita....sebagai guru,kita takkan terlepas dengan semua ini....kita suka ke..tak suka ke...kita memang kena menempuhi juga....Sebagai seorang pendidik,kita seharusnya berfikiran lebih positif dan komited di dalam merealisasikan hasrat negara.Ingat...'masa sudah berubah'....jangan kan pula nanti...murid2 kita lebih 'advance' dari kita.....tak kan haru nanti jadinya....
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Oct 31, 2011 7:48:44 GMT -5
Sememangnya pada zaman ini, guru dan IT tidak boleh dipisahkan, di mana tuntutan kerja memaksa guru2 pandai dan mahir dalam ICT. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana penggunaan ICT bukan sahaja digunakan semasa PnP, bahkan untuk mengisi borang pertukaran, memasukkan markah murid, pendaftaran murid tahun 1 dan sebagainya. Oleh itu, adalah menjadi satu kemestian kepada guru agar mahir dalam penggunaan ICT. Bagi guru yang mahir ICT, adalah satu kelebihan kepada mereka untuk mengajar dengan cara yang mudah dan menarik, serta membuat kelainan untuk memberi pengalaman baru kepada murid2.
|
|