|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 10:26:47 GMT -5
Kini, teknologi tidak dapat dipisahkan kerana ia berbentuk keperluan.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:27:43 GMT -5
walau secanggih manapun teknologi tetapi teknologi tidak boleh menganti peranan guru.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:29:01 GMT -5
semakin tinggi teknologi yang digunakan semakin perlu kita kepada sentuhan manusia
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:29:16 GMT -5
10 tahun dulu, komputer besar, x boleh angkat dan dibawa kesana sini. kemudian berubah kepada komputer riba/ notebook, seterusnya netbook; kecil sikit drpd notebook dan yang terkini ipad...... canggih sungguh
|
|
|
Post by sitimariammusakdc2 on Dec 17, 2011 10:30:16 GMT -5
Teknologi sangat penting dalam P&P kerana melalui teknologi murid-murid lebih minat untuk belajar sesuatu subjek.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:30:21 GMT -5
bila dah canggih dan mudah alih, senang bagi guru untuk membuat aktiviti P&P di dalam bilik darjah
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:32:13 GMT -5
Teknologi merupakan satu keperluan. x sampai kita ketinggalan untuk mengikuti perkembangan teknologi ini.
|
|
|
Post by suhailahashimkdc1 on Dec 17, 2011 10:38:58 GMT -5
betul tu nurhuda..hendak seribu daya x nak seribu dalih. segala-galanya di atas usaha dan keperihatinan guru tersebut untuk menggunakan teknologi itu di tempat yang betul dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. segalanya akan menjadi mudah sekiranya guru itu benar-benar mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by alruziahkdd2 on Dec 17, 2011 10:44:56 GMT -5
Guru dan teknologi tidak dapat dipisahkan. Semakin tinggi kemahiran teknologi yang dikuasai oleh seseorang guru itu semakin bermakna p & pnya.
|
|
|
Post by suhailahashimkdc1 on Dec 17, 2011 10:47:02 GMT -5
saya setuju dengan norrazila. semakin kecil semakin canggih dan senang dibawa kemana-mana. seperti yang ditunjukan oleh En. Baharum tadi semasa di kelas kecanggihan teknologi pada tahun 2020 hanya sebatang pen sahaja kita boleh menggunakan ICT. Saya sangat teruja melihatnya.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Dec 17, 2011 10:47:38 GMT -5
harapan kita untuk generasi akan datang ,biarlah mereka menguasai teknologi dengan acuan kita sendiri,kadang2 barat mengambil kesempatan dengan teknologi untuk melemahkan umat islam.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:47:52 GMT -5
teknologi ini memudhkn para guru dan murid membawa dan menyimpan pelbagai maklumat serta bahan pengajarannya ke mana sahaja
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:52:29 GMT -5
pada masa akan datang, murid tidak perlu ke sekolah. Duduk di rumah dan membuat persidangan video bersama guru yang juga berada di rumah.
|
|
|
Post by suhailahashimkdc1 on Dec 17, 2011 10:54:34 GMT -5
klu dulu kita buta ICT, tak tahu nak menggunakan peralatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tapi kini alhamdulillah kita mula celik ICT. ini satu perubahan yang baik bagi kita sebagai warga pendidikan.
|
|
|
Post by alruziahkdd2 on Dec 17, 2011 10:55:19 GMT -5
Guru perlu memperdalami kemahiraan teknologi mereka jika tidak mahu ketinggalan daripada murid sendiri yang ada sebahagiannya cukup mahir dalam ict.
|
|